Eight

16 2 0
                                    

Yoongi merenggangkan tubuhnya. Hari ini dia tidak bangun awal pagi seperti yang selalu dia lakukan. Hari ini, dia bangun sedikit lambat. Celik sahaja matanya, dia segera ke dapur. Ingin menyiapkan sarapan untuk kedua adiknya itu. Ibu bapanya tidak ada di rumah, jadi dia tidak perlu memasak secara sembunyi-sembunyi lagi.

"Tumbeng udah bangun, Yosh." tegur Yoongi saat melihat seseorang berada di meja makan, memunggunginnya.

Orang yang disangka Yoshi itu segera berpaling ke arah Yoongi yang berada dibelakangnya. Yoongi berhenti melangkah. Ternyata dia tersalah orang.

"Maaf. Hyung pikir kamu Yoshi."

Namanya juga kembar. Keduanya tidak mempunyai banyak perbezaan. Jika hanya melihat dari belakang, sesiapa pun akan tertukar yang mana Yoshi dan yang mana Hyunjun.

Hyunjun hanya diam tak menjawab. Dia kembali memandang ke depan. Manakala Yoongi hanya berbuat biasa. Dia tetap akan meneruskan acara memasaknya. Tadi malam Yoshi sempat request ingin makan toaster sebagai sarapan. Jadi mau tidak mau Yoongi harus membuatnya. Jika tidak, bersiaplah untuk menerima rajukkan si adik.

Yoongi segera mengambil bahan-bahan untuk membuat toaster tanpa memperdulikan Hyunjun yang sedang memerhati setiap gerak-gerinya. Lebih tepatnya berpura-pura tidak peduli. Di dalam hatinya, ingin sekali dia menyapa Hyunjun dan berbicara seperti saat dia bersama Yoshi. Tapi niatnya itu, dia kurungkan. Tidak mahu menganggu mood pagi adiknya itu.

Beberapa minit dalam keheningan, Hyunjun mengambil keputusan untuk masuk ke biliknya. Dia tahu Yoongi akan ke dapur untuk membuat sarapan, kerana itu dia pagi-pagi sudah berada di sana. Berharap Yoongi setidaknya akan cuba berbicara dengannya. Tetapi angannya musnah saat Yoongi mengira dirinya Yoshi. Dia kecewa. Dan tambah kecewa lagi saat Yoongi sibuk dengan acara memasaknya tanpa memperdulikan Hyunjun. Jadi dia membuat keputusan untuk pergi bersiap. Sebentar lagi dia harus ke sekolah.

Tak butuh waktu lama. 3 buah toaster pun jadi. 3 piring yang berisi toaster di letakkan di atas meja. Tak lupa 3 gelas susu juga.

"Good Morning hyung!" Suara ceria milik Yoshi bergema di ruang dapur. Dia sudah lengkap dengan seragam sekolah.

"Good morning. Kamu datang tepat waktu. Nihh, toasternya udah siap," ujar Yoongi lalu duduk di salah satu kerusi di meja makan.

"Wahh... kelihatannya enak banget," Mata Yoshi berbinar seperti selalu saat melihat masakan Yoongi. Dia segera mengambil tempat di sebelah Yoongi.

"Yosh! Aku pergi duluan," kata Hyunjun yang baru saja datang. Dia sadar, mungkin tidak ada ruang untuknya disana, jadi lebih baik dia ke sekolah dulu.

"Okey."

Hyunjun membalikkan badannya. Baru sahaja mahu melangkah pergi, suara Yoongi menghentikan langkahnya.

"Mau ke mana? Hyung sudah membuatkan breakfast untukmu. Tidak mahu makan dulu?"

Hyunjun terkaku ditempatnya. Dia diam tak menjawab.

"Rugi loh, Jun. Hyung buat ini dengan penuh kasih sayang tau. Rasanya tidak ada di kedai mana pun," seru Yoshi.

Eccedentesiast [ MYG ] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang