Bertolak ke Cyclone Kingdom

55 5 0
                                        

Pppuuunnnn...!!

Bunyi bingit daripada hon kapal jelas kedengaran di persisiran pantai Thunder Kingdom. Di kawasan pelabuhan, terdapat sekumpulan besar rakyat jelata dan barisan balai bawahan diraja berkumpul di sana atas dasar tujuan yang sama iaitu ingin melihat serta menghantar pemimpin pulau mereka sebelum bertolak ke Cyclone Kingdom.

Ochobot: Uish, banyaknya orang! Femes betul Putera Halilintar ni, ya?

Ani: Hahaha! Orang hensem kan ramai peminat! Lagi-lagi yang hebat macam Putera Halilintar tu!

Harru: Huh, hebat la sangat...

Ani dan Ochobot saling memandang antara satu sama lain tatkala mereka terdengar suara bisikan kesal yang keluar daripada mulut Harru. Mereka tidak tahu hendak membalas apa kerana khuatir yang lelaki itu sedang dalam keadaan emosi yang tidak baik jadi akhirnya mereka teruskan sahaja sesi membantu mengangkut barang-barang yang diperlukan naik ke kapal.

Halilintar: Nampaknya semua kelengkapan sudah cukup. Datuk Bendahara, saya serahkan segala urusan pulau ini kepada tuan hamba dan Datuk Menteri Besar.

Datuk Bendahara: Menjunjung perintah, tuanku. Semoga perjalanan tuanku sentiasa lancar dan tiba dengan selamat ke Cyclone Kingdom.

Putera Halilintar mengangguk dan sejurus selepas itu dia pun mula melangkah tapak menaiki kapal yang akan menghantarnya ke pulau kerajaan milik adindanya, iaitu Putera Taufan. Agak sedikit berat hati terasa di sudut hatinya kerana harus berlayar meredah lautan dan meninggalkan kerajaannya namun demi tanggungjawab, dia perlu lakukannya.

PUUUNNNNN!!

Ani dan Harru serta Ochobot dapat melihat seluruh rakyat jelata sedang melambaikan tangan mereka ke arah mereka dan Putera Halilintar. Namun si tuan putera sama sekali tidak membalas lambaian tangan mereka. Sebaliknya, dia hanya memandang sahaja rakyat mereka yang semakin lama semakin mengecil tatkala kapal semakin jauh dari pelabuhan Thunderstorm Kingdom.

Ani: Macam tak percaya saja yang rakyat jelata masih mesra sebegitu dengan tuan putera... (bisik)

Ochobot: Mungkin tuan putera tak sejahat yang kita sangka?

Ani memutarkan bola matanya dan berdecih kecil.

Ani: Itu tetap tak mengubah memori saya yang tengok tuanku sanggup bunuh rakyatnya tanpa belas kasihan!

Harru: Sebab tu lah dia buat dekat tempat yang tak ramai orang nampak. Lagipun kau sendiri tahu kan yang orang-orang tuanku jatuhkan hukuman tu adalah orang-orang yang jelas bersalah?

Ani: Hmph!

°•°•°

Matahari sudah mula kelihatan ingin terbenam di penghujung lautan. Suasana warna langit yang berwarna jingga di angkasaraya memeriahkan dunia di bumi diikuti dengan terbangnya sekumpulan kecil burung-burung membelah langit di atas lautan. Pada masa yang sama, kapal Thunder Kingdom kelihatan masih lagi sedang berlayar membelah lautan luas untuk menuju ke Cyclone Kingdom, sebuah kerajaan yang terapung di bendang langit luas dan serba segar persis angin bayu yang sentiasa meruangi kerajaan tersebut.

Kebanyakan para anak-anak kapal yang ikut serta berlayar kini sedang merehatkan diri di dalam ruang kabin khas yang disediakan oleh mereka. Sementara di tempat kemudi pula terdapat sekitar 3 ke 4 orang yang sedang rancak berbual di samping bergilir-gilir untuk menjaga kemudi dan melihat keadaan di sekitar lautan supaya kapal yang dinaiki oleh mereka tidak diserang hendap secara tiba-tiba seandainya musuh tiba-tiba muncul.

Pada masa yang sama juga, sang putera kelihatan sedang meluangkan masa terluangnya dengan berada bersendirian di bahagian paling depan kapal yang sederhana besar itu. Pandangan dari matanya yang sedang merenung jauh di dataran lautan kelihatan begitu redup sekali seolah-olah fikirannya sedang tenggelam di dalam jurang lautan yang dalam.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 23, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Missing [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang