Di kawasan pinggir hutan simpan kerajaan Pulau Rintis, terdapat 2 buah rumah yang tinggal di dalam kawasan hutan tersebut. Kawasan hutan yang dilengkapi dengan sumber alam semula jadi seperti air sungai yang bersih, buah-buahan yang masak ranum dan cuaca panas lembap yang sesuai dengan suhu yang sepertimana setiap makhluk sesuai tinggal.
Senang cakap situlah rumah Harru dan Ani.
Untuk tiba di situ bukan sebarangan, ianya kerana terdapat sebuah gua yang hanya disetkan kebenaran kepada orang tertentu sahaja.
Setelah lama mereka berjalan memasuki kawasan gua tersebut, apa yang mereka ketemukan pada akhir jalan ialah dinding gua yang sudah tentu tiada jalan keluar.
Raja Aba berasa hairan. Di mana kawasan tempat tinggal mereka?
Harru: Ani, kau tolong bukakan. Biar aku tolong pegangkan maharaja.
Ani tidak membantah. Dia menggangguk faham dan melepaskan tangannya dari bahu Raja Aba dan biarkan Harru yang memapah maharaja.
Ani berjalan ke hadapan dan melihat kawasan atas ruang gua. Yup, di hujung kawasan gua itu sangat luas dan tinggi dan ketinggiannya boleh mencecah ketinggian bangunan sekolah 3 atau 4 tingkat.
Itu baru tinggi, luas kawasan gua itu tidak seberapa tetapi cukup-cukup dengan luas kawasan tasik yang sepertimana kita lihat.
Ani melompat setinggi yang boleh dan meletakkan tapak tangan kirinya pada dinding gua pada bahagian atas.
Di kawasan yang Ani meletakkan tapak tangannya tiba-tiba keluar cahaya yang diikuti sambungan daun-daun dan bunga yang bercahaya.
Akar-akar yang menjalar itu berhenti di tengah-tengah dinding gua yang seolah rupa seperti pintu gerbang yang gergasi.
GRRRrrOOooOOoooo~~!!!!
Sebaik sahaja kesan tapak tangan Ani dikesan, dinding gua yang tadi seolah tidak dapat ditembusi kini telah berubah menjadi pintu gerbang dan perlahan-lahan membuka ruang untuk mempersilakan Ani, Harru dan Raja Aba masuk.
Dari kawasan gua yang suram dan sejuk kini mereka seolah melangkah ke dunia yang berbeza. Kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan tumbuhan yang unik dan menarik. Spesis yang tidak pernah ditemui.
Walaupun suasana lain, kawasan itu masih lagi di kawasan Pulau Rintis. Masih terdapat cahaya matahari yang bersinar, serangga-serangga kecil berterbangan ke sana ke mari dan bunyi aliran air. Udara yang sungguh nyaman.
Tenang hati Raja Aba melihat suasana itu. Sungguh cantik!
Ani kembali ke arah maharaja dan Harru dan sambung memapah membawa Raja Aba ke rumah kediaman mereka yang tidak jauh dari kawasan gua itu.
Pintu gerbang kembali tertutup dan akar-akar yang mejalar tadi kembali mundur dan cahaya kembali malap. Akhirnya pintu tersebut kembali ke dinding gua dan suasana gua tersebut kembali dari ceria ke suram dan sunyi.
°•°•°
Raja Aba: Kamu berdua pergilah dahulu. Beta mahu berehat sebentar di pokok yang redang ni.
Raja Aba melabuhkan punggungnya di atas tanah di bawah sebatang pokok yang rendang. Jelas kelihatan wajahnya yang begitu kelelahan kerana serangan yang mengejutkan tadi dan perjalanan yang lama untuk tiba di situ.
Ani: Huh? T-tapi..tidak mengapakah tinggalkan tuanku sendirian?
Raja Aba: Tidak mengapa. Sudah, segera dapatkan ibu bapa kalian.
Ani: Tapi...
Harru: Sudah! Jom Hana!
Dengan tidak semenanya tangan Ani ditarik oleh Harru tanpa sempat dia bersedia.
ANDA SEDANG MEMBACA
Missing [HIATUS]
Fanfiction[On Hold!] "Cari cucu-cucu pengendali element beta dan bawa mereka ke pulau ini. Hanya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan kerajaan Pulau Rintis ini." - Raja Aba "Macam mana kita nak cari mereka?" - Ani "Aku rasa...setiap seorang element ada di...
![Missing [HIATUS]](https://img.wattpad.com/cover/133315191-64-k91180.jpg)