Di dalam istana dan singgahsana pemerintah Thunder Kingdom, suasana di sana terbilang cukup dingin dan menyeramkan sekali. Mana tidaknya? Kini di situ terdapatnya Harru, Ani dan Ochobot yang sedang berlutut di atas lantai sambil mata mereka menatap ke lantai dengan penuh pasrah. Sedangkan di atas singgahsana diraja pula adanya Putera Halilintar yang sedang merenung tajam ke arah 3 hamba yang menyedihkan di bawah sana.
Ani menjeling ke arah Harru dan begitu juga dengan Harru. Masing-masing tak tahu apa yang perlu diperkatakan kerana mereka sudah jelas tahu bahawa mereka yang bersalah di situ. Pertama, bersalah kerana telah mengekori putera secara senyap-senyap seperti ingin menyamun. Kedua, telah datang dan menyerang putera sewaktu baginda sedang menjalankan tugasnya. Dan ketiga, telah melontarkan kata-kata kesat dan biadab kepada putera. Jadi memang tidak hairanlah kini mereka sedang berlutut persis hamba yang sedang menunggu hukumannya ditentukan.
Halilintar: Haih... aku tak faham kenapa korang tiba-tiba nak datang menghadap aku dan masih kekal di sini untuk cari tahu apa yang aku buat tiap masa.
Kedua-dua Laksamana Muda tadi mendongak memandang ke arah Putera Halilintar dengan terkejut. Oh, si putera sudah tidak menggunakan bahasa diraja kepada mereka?
Harru: Uuhh... kan patik berdua sudah khabarkan tadi? Kedatangan kami adalah untuk meminta pertolongan tentera tuanku bagi membantu kerajaan-
Halilintar: Tak payah nak formal sangat. Hanya kita berempat ada di sini.
Ani mengerling di sekeliling mereka. Benar lah apa yang dikatakan oleh Putera Halilintar itu. Tiada sesiapa mahupun pengawal yang ada melainkan dia, Harru, Ochobot dan Putera Halilintar sahaja.
Putera Halilintar berdiri dari takhta tempat duduknya dan berjalan menghampiri sebuah tingkap gergasi yang ada di sebelah kanan berdekatan dengannya.
Halilintar: Aku dah hantar tentera sebanyak yang aku mampu. Itu saja, kan?
Harru dan Ani diam. Memang betul tujuan mereka datang ke Thunder Kingdom adalah salah satunya untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan-kerajaan yang mempunyai hubungan dengan kerajaan mereka. Namun selain itu, tujuan utama mereka ialah untuk mencari cucu-cucu Raja Aba dan bawa mereka bersama-sama ke kerajaan utama Pulau Rintis.
Ani: Uhh... t-tentang itu...
Ani dan Harru saling berpandangan. Masing-masing seolah-olah sedang menggunakan bahasa telepati mereka untuk membincangkan mengenai apa yang perlu mereka lakukan berkaitan dengan soalan Putera Halilintar sebentar tadi.
Halilintar: Korang cakap yang Tok Aba yang hantar korang kan?
Ani&Harru: (angguk)
Halilintar: Jadi mesti baginda ada sebut pasal kembar aku, kan?
Ani&Harru: Hah? Uuhh....
Ani: Y-ya, tuanku... baginda Raja Aba ada perintahkan kami untuk cari cucu-cucunya di samping meminta bantuan tentera daripada kerajaan-kerajaan tuanku sekalian. Raja Aba nak cucu-cucunya kembali semula dan bersama-sama bantu kalahkan musuh dalam peperangan ni.
Halilintar: Hmmh...
Putera Halilintar tidak berkata banyak. Sejurus selepas mendengar jawapan daripada persoalannya, dia pun beredar dari situ tanpa berpaling mahupun memanjangkan lagi sesi perbualan mereka.
Ani dan Harru beserta Ochobot yang sedari tadi lagi mendiamkan diri hanya mampu saling berpandangan antara satu sama lain sambil melihat pemergian Putera Halilintar dari singgahsana diraja. Masing-masing tertanya-tanya akan apa yang sedang ada dalam fikiran putera tersebut. Kelihatan jelas sekali dia seperti sedang memikirkan sesuatu yang serius.
ANDA SEDANG MEMBACA
Missing [HIATUS]
Fanfiction[On Hold!] "Cari cucu-cucu pengendali element beta dan bawa mereka ke pulau ini. Hanya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan kerajaan Pulau Rintis ini." - Raja Aba "Macam mana kita nak cari mereka?" - Ani "Aku rasa...setiap seorang element ada di...
![Missing [HIATUS]](https://img.wattpad.com/cover/133315191-64-k91180.jpg)