Harru mengelap peluh yang mengalir turun dari dahinya. Nampaknya dia sudah terlebih menggunakan kuasanya.
Manakala Ani hanya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada robot tadi. Matanya terkebil-kebil melihat robot itu yang semakin lama semakin pulih.
Ani: Macam mana, Harru-chan? Dia dah ok ke?
Harru: Haih... Nampaknya macam tu lah. Aku nak berehat dulu.
Harru bangun dari duduknya lalu meninggalkan Ani bersama robot tadi dan duduk berehat di bawah sebatang pokok yang rendang tidak jauh dari tempat Ani dan robot tadi. Ani hanya mampu mendengus sebelum menoleh semula ke arah robot tadi. Dan ternyata robot itu kini sedang terbang!
Ani: U-uwaaahh!!! Macam mana kau boleh terbang ni?!
???: Haih... Aku robot yang sudah dianik taraflah. Nama aku Ochobot!
Ani: O-oohh... Hi Ochobot!! Aku Ani! Dan lelaki tadi ialah Harru! Kami ni remaja pengembara yang sedang dalam perjalan menuju ke Thunder Kingdom!
Ochobot: Thunder Kingdom? Korang tau koordinatnya?
Ani mengetuk dagunya sambil berfikir. Jujur saja dia tidak minat akan hal peta dunia atau lokasi bagai kerana baginya ia amatlah menyusahkan! Namun ada yang dapat membantunya.
Ani: HARRU-CHAAANN!!!
Jeritan Ani membuatkan Harru yang barusan sahaja ingin terlelap terus tersedar. Harru sedikit merengus kesal lalu bangkit semula dari rehatnya. Dia berjalan menghampiri Ani dan Ochobot Si Robot Kuning tadi dan bercekak pinggang.
Harru: Apahal?
Ani: Koordinat Thunder Kingdom apa?
Harru: Buat apa kau nak tahu?
Ani: Takdelah. Ochobot ni hah tanya.
Ani menunjukkan jari telunjuknya ke arah robot kuning yang baru sahaja Harru merawatnya. Harru memandang ke arah robot tadi.
Harru: Ochobot?
Harru memalingkan wajahnya memandang ke arah robot kuning yang sedang terbang itu dengan tanda tanya. Seolah-olah faham dengan pandangan Harru, robot kuning yang dipanggil Ochobot itu mengangguk sambil tersenyum.
Ochobot: Betul! Akulah Ochobot! Aku akan bantu korang berdua dengan kuasa teleportasi aku sebagai penghargaan kerana telah merawat aku!
Harru menggaru-garu tengkuknya sebal. Namun kemudian dia mengangguk faham.
Harru: Baiklah Ochobot. Aku berikan kau koordinatnya, kau tolong kitorang ok?
Ochobot menganggukkan kepalanya tanda bersemangat. Manakala Ani yang melihat terus tersenyum.
Kini mereka bertiga sedang memerhatikan sebuah hamparan peta dunia yang sedang dipandu oleh Harru. Harru menunjukkan sebuah lokasi di atas hamparan peta tersebut dan menyatakan koordinatnya. Manakala Ochobot mengangguk faham.
Ochobot: Baiklah, teleportasi akan dibuka sekarang!
ZZiiuuuUuu!!
Portal teleportasi terbuka. Kagum Harru dan Ani jadinya tatkala mereka dapat melihat keadaan di sebelah sana yang menunjukkan sebuah kerajaan yang begitu maju sekali. Mereka dapat melihat begitu hebat sekali sebuah pulau yang sedang terapung di atas permukaan air dan banyak kepulan asap yang keluar dari pulau tersebut.
Ani: I-itu ke Thunder Kingdom? Seramnya..
Pucat wajah Ani kerana melihat kerajaan tersebut. Tingginya bukan main, besarnya mungkin tidak sebesar kerajaan Pulau Rintis punya tetapi masih saja sangat besar jika dilihat dari mata sendiri!
ANDA SEDANG MEMBACA
Missing [HIATUS]
फैनफिक्शन[On Hold!] "Cari cucu-cucu pengendali element beta dan bawa mereka ke pulau ini. Hanya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan kerajaan Pulau Rintis ini." - Raja Aba "Macam mana kita nak cari mereka?" - Ani "Aku rasa...setiap seorang element ada di...
![Missing [HIATUS]](https://img.wattpad.com/cover/133315191-64-k91180.jpg)