Cerita di wattpad ini adalah
versi yang belum diedit.Sebuah Perodua Myvi Putih keluar dari perkarangan rumah Encik Johan. Puan Sarah memandu kereta tersebut dan ditemani anaknya Kayla Anisha.
Perjalanan dari Puchong ke Kuala Pilah memakan masa hampir dua jam. Kayla terpaksa menemani ibunya melawat saudara mereka yang sakit kerana ayahnya sibuk bekerja pada hari itu.
Setibanya di rumah saudara mereka, seorang wanita dalam usia 40 tahun menyambut mereka dengan ramah. Kayla tidak pernah datang melawat saudaranya itu setiap kali raya. Baru kali ini dia dapat berkenalan dengan saudara jauh di sebelah ibunya.
Menurut ibunya, datuknya Haji Dollah mempunyai adik tiri yang digelar nek jah. Usia Nek jah sudah mencecah 79 tahun.
Nek jah mempunyai lima orang anak iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Perempuan yang menyambut mereka tadi adalah anak keempat Nek jah yang bernama Zaleha.
Puan Zaleha mesra membiasakan dirinya Leha dengan Puan Sarah. Walau mereka kini jarang berjumpa, mereka masih erat kerana Haji Dollah sering datang menziarahi keluarga setiap kali raya.
"Ini anak saya Kayla. Ingat lagi tak saya pernah bawa sekali ke sini. Masa itu dia kecil lagi." Beritahu Puan Sarah kepada Puan Zaleha.
Kayla mencapai tangan Puan Zaleha untuk bersalaman.
"Oh..iya. Saya ingat..Masya Allah dah besar panjang. Dia la kan yang selalu kena buli dengan anak saya si Izzat tu." Balas Puan Zaleha pula.
"Izzat.." Terlintas di kepala Kayla wajah seseorang yang diberi nama sama seperti itu.
"Haa..betul la tu. Dia lah budak kecil tu. Seorang lagi anak saya lelaki. Dia sekarang dekat asrama. Jadi si Kayla ni je lah yang dapat jadikan teman ke sini. Suami pula ada kerja tak dapat nak datang." Beritahu Puan Sarah panjang.
Kayla dan Puan Sarah melabuhkan punggung di kerusi. Puan Zaleha menuju ke dalam sebuah bilik.
Sepuluh minit kemudian, kelihatan dia menolak kerusi roda yang di atasnya seorang perempuan tua yang kurus kering tetapi wajahnya masih lagi tersenyum.
Meskipun dia sakit, dia masih mahu mengukirkan senyuman untuk tetamunya. Lalu Puan Zaleha ke dapur untuk membuat minuman.
Hampir dua jam Puan Sarah berborak dengan Nek Jah, Kayla hanya menjadi pendengar setia. Sejak dari tadi dia asyik menghirup air sunquick. Kemudian, dia mula berasa ingin ke tandas.
Dia meminta izin untuk ke tandas. Puan Zaleha menunjukkan arah untuk ke tandas.
Seusai keluar dari tandas, kelihatan seorang lelaki keluar dari sebuah bilik tanpa berbaju dan hanya berseluar pendek. Terdapat tuala berwarna biru di bahu kirinya.
Mereka berdua saling terkesima. Namun, mereka saling mengenal antara satu sama lain.
"Kayla?" Duga Izzat.
"Sir?" Kayla berkerut dahi. Dia tak menyangka dia bertemu semula dengan pensyarahnya setelah setahun mereka tidak bertemu.
Jadi..sir la Izzat yang dimaksudkan tu...Izzat Hafizi. Kayla berbisik di dalam hati.
Novel SEP ini dijangka akan terbit di PBAKL tahun ni(2024). Author akan update chapter awal2 je utk tujuan promosi.
![](https://img.wattpad.com/cover/307849308-288-k555090.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Ex-pensyarah (TERBIT)
RomansTERBIT PADA MEI 2024 "Kayla boleh tak datang majlis tu nanti sebagai bakal isteri abang?"- IZZAT HAFIZI Perkahwinan yang tidak diduga itu dirahsiakan daripada rakan kelas Kayla. Dia bimbang akan dikecam kerana rakannya ramai yang meminati lelaki it...