MALU

5.1K 193 2
                                    

Ini adalah versi yang belum diedit

Ketika sedang membuat assignment bersama Ayuni dibiliknya, Kayla terpandang pada payung yang diberi Izzat seminggu yang lalu.

Dia masih tidak berkesempatan bertemu lelaki itu. Minggu lepas, kelas amali programming ditangguhkan. Esok dia akan bawa payung itu ke kelas untuk dipulangkan semula kepada Sir Izzat.

"Kayla, oii...kayla. Mengelamun pula dia." Sergahan Ayuni mematikan lamunannya.

"Kau dengar tak aku cakap apa kat kau ni?" Soal Ayuni.

"Oh...sorry. Aku tak dengar. Kau cakap apa tadi? Sorry...sorry." Jawab Kayla.

"Aku cakap... jom beli makanan kat cafe sekejap. Aku lapar ni." Ayuni mengadu kelaparan sambil memegang perutnya.

Kayla hanya menurut. Tak sanggup dia biarkan rakannya itu kelaparan di malam hari nanti.

Dia juga perlu mengisi perut agar malam-malam perutnya tak merengek meminta makanan.

Di cafe, Kayla dan Ayuni berpisah kerana Ayuni ingin pergi membeli nasi ayam penyet dan Kayla ingin membeli nasi berlauk. Sedang Kayla sibuk memilih makanan, sebelah kanannya ada seorang lelaki memakai sweater putih dan berseluar jeans.

Tiba-tiba kuah kari yang disenduk Kayla tertumpah sedikit dan mengenai lengan sweater lelaki tadi.

Kayla tergamam. Lelaki itu pun memandang Kayla disebelahnya.

"Kau apa hal? Mata kau letak kat mana hah?" Marah Akif Hakimi lelaki yang memakai sweater putih itu.

"Saya...minta maaf...err...saya tak sengaja." Kayla hanya menunduk tak berani dia memandang wajah bengis lelaki di hadapannya itu.

"Kau tahu tak baju ni mahal? Dah lah malas aku nak pakai baju bau kari ni." Lelaki itu menanggal sweater tersebut dan hanya memakai tshirt putih di dalamnya.

"Nah! Kau ambil la sweater ni. Kalau tak nak kau boleh buang je." Lelaki itu menghulur kasar ke arah Kayla.

Semua mata memandang adegan tersebut. Kayla menjadi malu dengan perlakuan lelaki itu padanya.

"Dah la...hilang selera aku nak makan kat sini. Jom shah, kita makan tempat lain. Semak lah kat sini." Marah Hakimi lagi.

Lelaki itu berlalu pergi begitu saja. Kayla mengetap bibir. Panas hatinya dengan tindakan biadap lelaki itu.

Sweater di tangannya masih dia pegang. Dia juga berlalu pergi dari tempat itu setelah perasan orang disekeliling sedang memerhatikannya.

Ayuni datang menghampiri Kayla dari belakang. Dia menyapa gadis itu.

"Kayla, tengok apa yang aku beli ni." Ayuni menyapa mesra rakannya.

Namun tiada jawapan dari Kayla. Ayuni melihat wajah Kayla muram.

"Kau apa pasal muka macam kucing tertelan asam ni? Tegur Ayuni.

Ayuni melihat sweater putih ditangan Kayla. "Ni sweater siapa pula kau bawa ni?" Soal Ayuni lagi.

"Ayu...aku malu." Kayla menerkup mukanya dengan kedua belah tangan.

"Kau buat apa weh... kau jangan malukan aku.".Ayuni memandang keliling.

"Kau ni...aku tengah frust ni. Kau patut tenangkan aku. Bukan kutuk aku...ishh!" Kayla memuncungkan bibir.

"Sorry lah aku gurau je tadi. Kenapa? Cer cerita." Soal Ayuni pula.

"Ada mamat ni tadi dia marah aku sebab tumpahkan kuah kari dekat sweater dia ni. Aku malu la. Aku dah minta maaf tapi still dia marah aku. Ramai orang kut kat situ." Cerita Kayla.

"Siapa mamat tu? Bapak biadap. Sikit je pun tumpahnya. Ishh! Kalau masa tu aku ada, tak selamat dah dia." Ayuni geram rakan baiknya diperlakukan sebegitu.

"Dah la... benda dah nak jadi. Jom lah balik." Ajak Kayla.

"Makanan kau mana?" Tanya Ayuni.

"Aku tak jadi beli. Dah la... aku tak ada selera nak makan dah." Jawab Kayla lemah.

"Aku ada beli aiskrim vanila untuk kau. Kau suka vanila kan. Nanti kita makan eh." Pujuk Ayuni.

"Nasib baik kau ada..kau la kawan terbaik aku." Puji Kayla.

"Eh, baru tahu ke?" Balas Ayuni dengan muka bangga. Kemudian tawa mereka pecah.

Suamiku Ex-pensyarah (TERBIT)Where stories live. Discover now