" Nadia! Kau jadi tak balik rumah family kau? " Tanya Aireen
" Jadi lah, kenapa kau nak ikut ke? "
" Eh tak lah aku nak tumpang kereta kau je balik rumah family aku sebab kereta aku masuk bengkel hehehe " Ucap Aireen
" Ceh...nasib kawan kalau tak memang aku biar je kat tepi jalan, kau nak gerak pukul berapa? " Tanya Nadia sambil tangannya ligat mengemas barangannya.
" kau balik kul berapa? Aku ikut kau jelah Nad " Ucap Aireen
" Tapi aku nak kena gerak dalam pukul 2 tau sebab aku nak kena ambik adik aku kt airport "
" Bila masa kau ada adik? Asal kau tak bagitau "
" Kau tak nak tanya buat apa aku beria bagitau...dah lah cepat siap aku tinggal kau jap lagi kang baru tau "
" Weyh sabar jap " Ucap Aireen sambil dia tergesa-gesa mengemas barangnya .
" Kau dah kenapa termenung macam tu? Macam orang tak betul dah aku tengok kau ni Ash "
" Aku rindu someone..." Ucap Ashraf dengan tangannya kekal menongkat dagunya.
" Uish...kau ada makwe ke dho! Asal tak bagi tau aku " Ucap Naufal
" Bila masa pulak aku cakap aku ada makwe? "
" Habis tu yang kau cakap rindu someone tu sape pulak? "
" Bro....aku cakap pasal adik aku lah, kan dia dah lama tak balik sejak bertugas sebagai seorang cikgu kat Pahang....Haih, aku rindu lah adik aku tu " Ucap Ashraf
" Ceh rindu adik sendiri rupanya...mati-mati aku ingat kau ada makwe, dah lah daripada layan kau baik aku sambung buat kerja...kau tu tak buat kerja pun takpe kau kan boss " Ashraf tertawa mendengar rungutan daripada Naufal itu.
" So...adik kau tu umur berapa? Dia still belajar lagi ke? " pertanyaan daripada Aireen membuatkan Nadia geli hati
" Bukan main banyak lagi soalan kau kan...adik aku tu beza umur ngan kita 2 tahun so kau kira lah sendiri umur dia berapa and dia tu baru balik daripada business trip bukannya balik daripada sambung belajar " Ucap Nadia sambil berusaha menahan tawa melihat wajah Aireen yang blur itu.
" Business apa adik kau buat Nad? Muda-muda dah ada business ek " Ucap Aireen
" Dia just ambik alih business arwah daddy aku je...dia pun tak minat dengan hal-hal business ni " Ucap Nad sambil matanya melilau mencari tempat parkir kereta
" Fuyoo! Kiranya kau ni anak orang kaya jugak lah, btw kan Nad...daddy kau tu meninggal sebab apa? Sorry lah kalau pertanyaan aku ni sensitif sikit " Tanya Aireen
" Ouhh dia meninggal sebab kena tembak dengan musuh dia sendiri, lagipun daddy aku tu pernah jadi mafia so tak pelik lah kalau dia ada ramai musuh and adik aku ni pulak gatal sangat pergi teruskan legasi mafia daddy aku tu...aku pun pening dengan perangai adik aku tu " Ucap Nadia
" Ouh kiranya adik kau tu ada dua job lah kan....pagi CEO malam mafia "
Nadia mengangguk mengiyakan ucapan Aireen tersebut. Aireen hanya termenung memikirkan tentang adik Nadia kerana dia juga seorang mafia jadi dia terfikir sama ada dia mengenali atau tidak adik Nadia tersebut .
" Tu adik aku, aku keluar jap pangil dia " Ucap Nadia lalu beredar daripada tempat parkir kereta tersebut
Aireen setia menunggu Nadia di dalam kereta tersebut, sedang dia menunggu matanya menangkap sosok tubuh seseorang yang dikenali nya. Dia mengeluarkan telefon pintar nya lalu mengambil beberapa keping gambar manusia tersebut lalu dia menghantar gambar tersebut kepada abangnya, Ashraf.
" Sorry Aireen lambat...weyh Adam kau duduk belakang, barang-barang kau tu letak dalam bonet "
" Malaslah kau tolonglah letakkan...lagipun aku penat ni takkan kau tak kesian dengan aku Kak "
" mengada-ngada pulak kau...masuk kan jelah barang kau tu, kau lambat memang aku tinggal kau kat sini " Ucapan Nadia dengan nada mengugut.
Adam yang mendengar ugutan tersebut hanya membuat muka pasrah.
" Abaikan...adik aku memang macam tu, dia tu nak orang ugut dulu baru jalan kerja dia " Ucapan Nadia
" Garang jugak kau ni kan...tak sangka aku kau ni garang " Ucap Aireen
" Well tengok lah anak sape... "
" Dah dah lah tu kak borak, aku penat ni jom lah balik " Ucapan Adam sebaik sahaja dia masuk kedalam kereta tersebut.
" Yelah ii nak jalan lah ni...bising lah kau ni dik " Bebel Nadia sebelum dia memulakan perjalanan mereka
" So my lovely sister, how was your job...aku dengar mummy cakap kau jadi cikgu kesayangan budak ii kat sekolah tu..." Tanya Adam.
Sejujurnya Adam berasa awkward bila suasana dalam kereta tersebut sunyi sepi so dia cuba untuk memecahkan kesunyian tersebut dengan menanyakan perkerjaan Nadia.
" Not to bad, lagipun aku dapat kawan baru jugak kat sana so sekolah ni kira okay lah daripada sekolah sebelum ni...btw aku tak kenal kan kau lagi kan dengan kawan aku so this is Aireen Husna, she a teacher too like me " Ucap Nadia sambil memperkenalkan sahabatnya itu.
" Hmm nice to me you miss Aireen...my name is Adam Aqash, you can call me Adam " Ucapan Adam
" Nice to meet you too Adam..." Ucap Aireen. Dia menahan rasa gementar kerana dia tidak biasa berkenalan dan bergaul dengan lelaki.
" Kau takde nak pergi mana-mana kan dik? " Tanya Nadia
" Takde...yang aku tau aku nak balik tidur tu je yang aku perlukan..." Ucap Adam sebelum dia menyumbat earphone ke telinganya.
" Tak habis-habis dengan tidur dia...kau pulak Reen? Takde nak singgah mana-mana kan... " Tanya Nadia dengan soalan yang sama.
" Takde Nad...kalau ada nak singgah mana-mana baru aku bagitau okay " Ucap Aireen
" Woi Ash! "
" Aduh malaun mana pulak panggil aku dekat tengah-tengah mall ni...aku nak shopping pun tak senang " bebel Ashraf sambil matanya melilau mencari makhluk Allah yang memanggilnya tadi
Sebaik sahaja matanya melihat makhluk tersebut melambai-lambai...dia pantas berjalan ke arah manusia tersebut dengan perasaan menahan malu.
" Kau nak mati ke Aryan Firhad...berani kau jerit nama aku kat tengah ii mall ni " Ucap Ashraf sambil tangannya laju mencengkam kepala Aryan tersebut.
" Woi ii sakit woi...kau ni nak bagi aku mampus ke apa, kang aku keluar daripada team kang baru tau... " Ucap Aryan
" Berani kau nak keluar daripada team, cuba lah kalau kau nak kena kejar dengan Aireen " Ucap Ashraf dengan nada mengugut
" Yelah ii...gurau pun tak boleh lah kau ni, btw ada apa kau suruh aku datang mall ni...mustahak sangat je hal kau ni " Ucap Aryan menyuarakan tujuan asal mengapa dia berada di mall tersebut.
" Aireen lah, dia boleh send aku gambar pengkhianat dalam team kita pulak...aku baru lepas detect location malaun tu and dia memang ada kat mall ni so tugas kau macam biasalah, tangkap malaun tu bawak balik markas...aku nak pergi shopping sebab Aireen balik harini, so bye and good luck " Ucap Ashraf lalu meninggalkan Aryan yang terpinga-pinga itu.
" Nasib lah sepupu aku kalau tak memang aku balik tidur je " Bebel Aryan sambil bergerak memulakan tugasnya.
» 𝕿𝕭𝕮 «
YOU ARE READING
𝕯𝖊𝖒𝖔𝖓 𝕼𝖚𝖊𝖊𝖓 : 𝑨𝒊𝒓𝒆𝒆𝒏 𝑯𝒖𝒔𝒏𝒂
Romance𝘿𝙚𝙢𝙤𝙣 𝙌𝙪𝙚𝙚𝙣 || 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐀𝐪𝐚𝐬𝐡 & 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐬𝐧𝐚 𝙆𝙖𝙧𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙖 Aireen Husna merupakan seorang guru sekolah menengah yang disukai ramai kerana sikap nya yang peramah dan baik itu membuatkan ramai yang senang berkawa...