𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 2

840 16 0
                                    

" Nad...boleh tak kau hantar aku kat office abang aku? Abang aku ajak balik sekali ngan dia...dia nak spend time ngan aku " Ucap Aireen

" Boleh je...office abang kau kat mana? " Tanya Nadia

" Office abang aku dekat dengan mall depan tu tapi dia suruh tunggu kat bus stop sebab dia dah ada kat sana...kau drop aku kat bus stop boleh tak, Nad? " Ucap Aireen

" Boleh je...weyh dik! Aku hantar kawan aku kat bus stop depan saya tau, kita balik rumah lambat sikit takpe kan...kau pun takde benda urgent nak setelkan pun kan " Ucap Nadia sambil matanya memandang adiknya yang berada di belakang itu.

Adam yang berada dirinya diperhati itu hanya menganggukkan kepalanya lalu menyambung game nya tergendala itu. Nadia hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kerenah Adam itu. Nadia memarkir kan keretanya di hadapan bus stop tersebut lalu dia turun untuk membantu Aireen mengambil barangnya.

" Thanks Nad bagi aku tumpang kau balik KL... Sorry kalau aku susahkan kau nak hantar aku kat sini " Ucap Aireen

" Takde apa-apa lah...kan rumah kau ngan aku kat tempat yang sama so sekali jalan jelah balik sama-sama...nanti dah sampai rumah, roger-roger lah " Ucap Nadia

" Okay, Nad...abang aku dah sampai tu...nanti apa-apa aku inform kau " Ucap Aireen.

Sebaik sahaja kereta Nadia hilang daripada pandangan matanya,Aireen menggalas beg sandangnya lalu bergerak menuju ke arah kereta Ashraf. Sebaik sahaja dia membuka pintu kereta tersebut, Aireen terkejut melihat sepupunya Aryan yang berada di tempat duduk pemandu tersebut.

" Lah, malaun ni yang muncul rupanya...mana abang aku? Asal kau yang muncul ? Abang aku takde cakap apa-apa pun pasal kau nak ambik aku... " Ucap Aireen dengan wajah tertanya-tanya.

" Abang kesayangan kau tu pergi shopping. Aku pulak baru balik daripada jadi babu abang kau...dia suruh aku pergi culik bala yang buat hal dengan company dekat Itali tu. Ni dah alang-alang aku nak campak bala tu kat markas...Ash suruh aku ambik kau kat bus stop ni so that's why i'm here " Ucap Aryan panjang lebar.

" Oh My God! Aku nak ikut! Dah lama aku tak seksa orang sejak busy ngan hal sekolah " Ucap Aireen dengan nada teruja

Aryan yang melihat wajah bersinar-sinar Aireen itu mula berasa seram sejuk. Dia merasakan bahawa aura Demon Queen itu sedang mula menguasai Aireen sedikit demi sedikit.

" Jangan nak mengada-ngada bagi Husna keluar...kawal sikit perasaan membunuh kau tu, kau kalau Husna tu dah kawal badan kau...aku yang mampus tau tak, dahlah Husna tu ganas " Ucap Aryan

" Kau takut dengan aku ke, Firhad? " pertanyaan daripada Aireen itu sesudah cukup membuatkan Aryan menoleh dengan pantas ke arah Aireen yang sedang merenungnya.

Aryan mengeluh perlahan sebaik sahaja matanya berlaga dengan mata Aireen yang perlahan-lahan bertukar warna Hazel.

" Husna...."

" Hye, Firhad...I miss you so much! "

" Adam Aqash! Kau nak duduk dalam kereta ni berapa lama dik oi...aku dok panggil ii bukannya nak dengar " Bebel Nadia

" Kau ni kak...bising lah,aku dengar lah kau panggil aku tadi...aku nak turun lah ni, cuba kau stop daripada buat senaman mulut untuk sehari ni " Ucap Adam.

Adam keluar daripada kereta tersebut lalu menghempas pintu kereta tersebut dengan sekuat hati. Nadia hanya mampu bersabar melayan kerenah adiknya yang seolah-olah 17 tahun itu sedangkan umur Adam sudah mencecah 24 tahun.

" Kebudak-budakan betul lah adik aku ni... " Keluh Nadia sambil dia membawa turun segala barang miliknya dan Adam.

" Aryan Firhad! What did you do?! " Pertanyaan yang keluar daripada mulut Ashraf itu telah lama dijangka oleh Aryan

Aireen yang berada di sebelah Aryan hanya memandang Ashraf dengan wajah terpinga-pinga.

" Ni semua salah kau jugak ek...kau dah tau aku nak kena hantar bala tu kat markas...nak jugak paksa aku ambik Aireen kan, kau hadaplah Husna sendiri...penat dah aku hadap dia " Ucap Aryan lalu dia bergerak ke sofa yang berada di ruang tamu itu.

" Haih...satu hal lagi aku kena setelkan " keluh Ashraf.

" Hye Luth! How are you? Lama kita tak jumpa kan " Ucap Husna dengan nada teruja

" Stop calling me Luth, Husna...kenapa kau boleh tiba-tiba muncul ni hmm..." Ucap Ashraf sebelum dia menarik tangan adik nya itu ke ruang tamu

Aireen hanya mengikut jejak langkah Ashraf tersebut tanpa sebarang rontaan.

" Kenapa abang tanya macam tu? Abang tak suka ke jumpa Husna..." Ucap Aireen dengan nada sedih.

" Bukan tak suka but Husna dah lupa ke janji Husna dengan Luth...Husna janji dengan luth yang husna tak kan keluar kalau Aireen not in the emergency situation right...ni Husna dah mungkir janji dah ni " Ucap Ashraf.

" H-Husna tak mungkir janji lah cuma Husna dah lama tak keluar...Luth bagi lah Husna keluar untuk sementara waktu, please...Husna dah lama tak seksa orang,Firhad tak marah Husna pun bila dia Husna muncul...kenpa Luth nak marah Husna pulak " Ucap Aireen.

Belum sempat Ashraf membalas, Aryan terlebih dahulu bersuara.

" Who say i didn't mad? "

' Aduh lagi satu malapetaka aku nak kena hadap...kenapalah Firhad pun nak muncul time-time macam ni,pishang aku nak hadap dua ii ni...' Keluh Ashraf perlahan.

" Alaa...Firhad pun marah Husna ke,tadi Firhad okay je masa kita nak balik sini...kenapa tiba-tiba marah pulak "

" Itu tadi sebab aku tak muncul lagi, dan kau dah janji kan tak kan muncul kecuali situasi kecemasan...kau nak mampus ke keluar tiba-tiba macam ni Husna..." Ucap Aryan sambil memutarkan pensil yang berada di tangannya itu.

" Mana ada Husna mungkir janji...kan Husna dah cakap yang Husna nak jugak merasa bebas seketika...kenapa semua orang nak takut bila Husna muncul, Ha! Penatlah macam ni...Husna pun nak merasa jugak disayangi, dahlah lepas ni Husna tak nak lah muncul kan diri " Sebaik sahaja Husna berkata sedemikian, tubuh Aireen rebah di dalam dakapan Ashraf.

Firhad yang selesai membuat Husna mengembalikan diri Aireen itu pantas menghilangkan diri.

" Kau ni Ar, time ii ni jugak lah kau bagi si Firhad tu muncul kan...nasiblah dia tolong pujuk si Husna tu walaupun agak kasar cara pujukan dia tu, at least Husna dah menghilang " Ucap Ashraf sambil mengendong Aireen ke biliknya.

" Apa ii lah yang penting aku tak yah nak hadap si Husna tu...dah lah aku nak pergi hantar musibat tu kat markas,nanti kalau Husna muncul kau setel lah sendiri okay " Ucap Aryan lalu keluar daripada rumah tersebut


» 𝕿𝕭𝕮 «

𝕯𝖊𝖒𝖔𝖓 𝕼𝖚𝖊𝖊𝖓 : 𝑨𝒊𝒓𝒆𝒆𝒏 𝑯𝒖𝒔𝒏𝒂Where stories live. Discover now