Sunghoon membawa barang yang berat . Dia cuba untuk tidak jatuhkan kotak kotak yang dia bawa .
" Cikgu ni- kenapa t-tak suruh orang lain lagi y-yang angkat " keluh Sunghoon , masih cuba untuk imbangkan kotak . Takut terjatuh .
" Aku juga y-yang kena "
Sampai sahaja di bilik muzik , dia perlahan capai tombol pintu untuk buka bilik muzik . Capai capai dan capai .
Tak sangka bilik muzik terkunci , terbeliak mata Sunghoon . Dia ketuk dan ketuk pintu itu kuat . Kotak yang masih di pegangan nya , di imbang kuat .
" Aishhh " dia mahu saja nak carut .
Kotak yang di atas mahu saja jatuh memang betul terjatuh dekat orang . Sunghoon terkejut mendengar barang yang kuat jatuh mencium lantai . Dia perlahan turunkan kotak yang lain .
Dan kearah gadis terduduk menahan sakit di dahi .
" A-awak okay ? S-sorryy " Sunghoon cuba memujuk gadis yang masih meringis kesakitan .
Dia menarik nafas dan pandang mata lelaki yang masih takut dengan kesalahan dia tadi . Senyuman manis dihadiahkan .
Sunghoon terdiam
' cantiknya.. '
" Saya- saya okay ! Jangan risau ! " Melihat darah yang mengalir di dahi gadis itu . Sunghoon mula gelabah .
Dia yang tadi terpukau dengan kecantikan gadis ini cepat mengangkat dia .
" Saya bawa awak ke bilik kesihatan . Jangan pengsan ! "
Tak tahu nak berkata apa , gadis itu hanya ketawa . Dia erat memeluk tengkuk Sunghoon .
Pipi Sunghoon membahang , nampak dengan jelas warna merah jambu di pipi putihnya .
Tindakan dia yang berani membuatkan semua pelajar yang terserempak dengan dirinya terkejut .
Ada yang sudah berbisik , ada yang malu malu dan blushing dengan tindakan hot Sunghoon , ada juga yang memandang pelik .
Lelaki itu hanya hiraukan dan sampai ke depan bilik kesihatan .
" Dah turunkan saya . Tak berat ke ? " Dengan suaranya yang merdu , memang mampu membuatkan lelaki ini hampir pengsan .
Hanya boleh menjerit di dalam hati .
" Tak "
Hampir tercekik air liur gadis itu mendengar jawapan Sunghoon . Dia hanya menepuk dada dia perlahan .
" Sabar saya cari ubat . Awak duduk " sambung Sunghoon .
Gadis itu menggeleng kepala melihat gelagat Sunghoon .
" Nama awak siapa ? " Gadis itu bertanya apabila Sunghoon membawa ubat luka dan kapas untuk menghilangkan luka dan darah .
" Sunghoon , Park Sunghoon . " Perlahan Sunghoon menjawab .
" Oh ! Awaklah... " Seperti gadis itu sudah tahu nama Sunghoon dia terdiam .
" Nama saya Kim Rona , selamat berkenalan "
Rona yang seperti sudah tahu nama Sunghoon dia memandang lelaki itu dalam diam yang sibuk menyapu darah di dahinya .
' ni ke yang Jihyun suka ? '
" RONA ! RONA !! KIM RO-
Jumpa pun kau . Kau pergi mana ha- " bercakap pasal Jihyun . Dia datang .
Bagi Jihyun , dahi dia berkerut melihat wajah Sunghoon yang dekat dengan kawannya , Rona .
Kawan Rona yang lagi sorang , Hera juga terkejut , bertambah terkejut lagi apabila dia nampak yang Jihyun merenung mereka berdua yang terduduk .
Sunghoon menelan air liur . Dia jauhkan diri dari Rona perlahan .
Tapi masih keliru kenapa gadis yang renung dia dan Rona dalam ini seperti mahu menangis . Jihyun cuba menahan air mata dari keluar dia menarik nafas dan hembus .
Perlahan dia kearah Jihyun .
" Kau macam mana ? Apa jadi dekat kau ? " Rona mengigit bibir bawah .
" Tak dek apa apa , sikit je ni "
" Kotak terjatuh dekat atas kepala dia . Tadi saya bawa , tak perasan yang atas sekali dah tak seimbang.. " Sunghoon menjawab dengan jujur perlahan . Masih rasa bersalah .
Jihyun yang masih memandang Rona dia tersenyum . Cuba hilangkan rasa sedih tiba tiba .
" Oh . "
" Rona jom aku bawa kau pergi kantin " cuba hilangkan rasa kekok , Hera menarik tangan Rona supaya bangun . Jihyun juga bangun untuk ikut diaorang .
" Eh ehhh kau duduk sini , tolong Sunghoon kemas . Lepas tu tolong lah dia angkat kotak tadi " Rona pun sama sahaja . Sebagai kawan yang baik dia nak Jihyun ada masa bersama dengan Sunghoon . Berduaan
Jihyun nyaris mahu menjerit , pukul diaorang tapi hanya tabah dan sabar .
Dia pusing memandang Sunghoon yang sudah mengemas ubat ubatan .
Tak tahu mahu berkata apa apa , dia pun hanya diam .
" Rona tadi tu , kawan kau ke ? " Tanya Sunghoon tiba tiba .
" Haah "
" Selebihnya cerita aku dengan kau " Sunghoon memandang Jihyun lama .
" Oooo sebab tu laahhh "
" Kau nangis sebab aku dengan Rona AHHAHAHAHA " Sunghoon tahu waktu itu Jihyun rasa marah , sedih dan bersalah .
Dia juga dengar dari kawan dia yang Jihyun tak datang sekolah selama tiga hari sebab murung . Haihh ada ada je lah .
Malu , gadis itu membuka kasut dia dan mahu baling ke arah Sunghoon .
Sunghoon tersenyum lebar , dan masih ketawa terbahak-bahak.
Dia malu dengan tindakan dia . Kenapa dia masih ada perasaan nak dekatkan diri lagi dengan Rona walaupun dia dah tahu Sunghoon tengah ada kat situ .
Dia tak nak rasa cemburu , dia buat lelaki itu tidak wujud pada waktu tu .
Sunghoon masih ingatkan peristiwa itu kelakar .
" Yah ! Bunga api ! " Jerit Sunghoon tiba tiba suara berubah ceria dan menjerit gembira . Dia memukul lembut bahu Jihyun , membuatkan gadis itu memandang langit.
Satu persatu bunyi bunga api meletup menghiasi langit yang gelap .
Jihyun pandang lelaki disebelah nya dengan penuh kasih sayang . Dia memang memang sukakan lelaki itu , dia mahu lindungi lelaki itu .
Dia sedar dia perempuan
Dia tahu di hati lelaki ini bukan lah dia
Tapi dia mahu menjaga lelaki ini
Walaupun dari jarak jauh
Ataupun hanya sebagai kawan
I hope we can stay like this forever
Both of us
[ author ]
Ha sudah , nak ship Jihyun ngan sapa ni . /cryin /cryin

YOU ARE READING
५ Heather - JaSuKe
Romance᧙ enhypen malay fanfic ᠀ - status : completed original ch0ngmine 𓂅 ៹ 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢