" O-oh.. sorry for that " Jihyun tersedar dari lamunan yang masih merenung wajah Sunghoon . Dia memang betul tertidur memandang kekacakan Sunghoon .
Dekat ini pun boleh buat dia lain macam . Belum selebihnya .
Sunghoon ketawa kekok , dia perlahan memegang pipi sendiri . Lembut betul tangan gadis itu yang pegang dia .
Lelaki itu mahu mengajak Jihyun pergi ke kelas sama sama tapi belum sempat , gadis itu pecut masuk ke kelas meninggalkan Sunghoon yang terpinga-pinga .
" Heh "
-
" Papa nak jumpa Jake lagi sebab apa ? Jake banyak kerja lah . " Yang muda agak menyampah apabila ayahnya asyik menganggu hari tenangnya .
" Jake , kamu tak nak Hera jadi isteri kamu ke ? "
Gila tak nak , nak tapi dia nak dekat Jihyun . Entah kenapa hati dia prefer Hera daripada Jihyun . Dia rasa Hera lebih baik.. dan buat dia gembira .
Jake hembus nafas perlahan . Tenangkan fikiran .
" Biar lah Jake habis sekolah tinggi baru fikir pasal itu papa . Jake masih mahu tumpukan perhatian pada pelajaran. " Nada lembut tetapi cuba menahan marah . Sikap ayahnya yang tidak reti nak sabar juga mahu cepat buat sesuatu tanpa memikirkan orang lain .
" Iya lah . Kalau itu yang kamu nak . Tapi kalau Jake fikir papa main main dengan benda ni baik tak payah pegang syarikat papa . "
" Pa.. " Jake hilang ayat . Otaknya kosong mendengar ayat ayahnya .
Sampai macam tu sekali ?
Papa ni memang nak mati cepat ke ?
Lelaki itu membuang fikiran negatif . Ada dia cakap ayah dia macam tu .
" Okay , Jake pergi dulu . "
Dia tunduk tanda hormat sebelum keluar dari pejabat ayahnya .
Sengaja mahu melegakan hati yang bercampur baur , dia memutuskan mahu ke kedai runcit berdekatan .
Satu mangkuk mi segera dia buka dan terus merendam dengan air panas . Sambil menunggu mi menjadi kenyal , dia membeli beberapa air kotak dan makanan ringan untuk dirinya dan
Hera .
Dia melihat lama di tempat duduk kedai runcit yang sedia ada . Untuk lebih tenang dia mengambil tempat di luar kedai itu .
Sedap dia menghirup ramen tiba tiba ada gadis datang duduk di hadapannya .
Dia berhenti menghirup . Jake keliru melihat gadis itu dengan memakai hoodie menutup wajahnya .
" A- " ayat Jake terhenti .
Kang Eunsoo..
Melihat Eunsoo yang berada di depan matanya senyum lebar .
" How are you
Sim Jake ? "
-
Cuaca panas membuatkan gadis itu terbaring kepenatan . Peluh tidak henti menitis di dahinya .
" Panasnya hari ni... "

YOU ARE READING
५ Heather - JaSuKe
Romance᧙ enhypen malay fanfic ᠀ - status : completed original ch0ngmine 𓂅 ៹ 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢