Sejujurnya , Sunghoon diam dari tadi bukan lah perasaan marah . Tapi malu .
Kerana Jihyun yang mengejut meluahkan perasaannya di pertengahan Roller Coaster . Memang tak lah dia nak marah pada Jihyun apabila dia sibuk dengan perjalanan yang terbang , jatuh , naik .
Tambahan pula dengan tangan Jihyun yang makin lama makin ketat pegangan nya .
Dia malu , dia ada perasaan yang pelik . Dia tak tahu nak kata apa . Dia cuma malu untuk bercakap dengan Jihyun . Tapi gadis ini tak mahu hilang semangat.
Mendengar perkataan ' relationship ' Sunghoon agak tersentak . Dia mengeluh . Tangannya menyilang di dada .
Perlahan badan pusing memandang gadis yang keliru akan dirinya .
" What if aku kata aku nak ' in relationship ' ngan kau ? "
Degupan jantung Jihyun laju , naik turun naik turun bernafas . Mata Sunghoon yang serious menunjukkan dia seperti jujur dengan perasaannya membuatkan Jihyun tidak berkata .
" Aishh lupakan je lah " lelaki itu menyerabutkan rambut nya . Laju meninggalkan Jihyun yang masih keliru dengan ayat Sunghoon .
" What... Y-ya ! Park Sunghoon ! " Cuba untuk mengejar lelaki itu , Jihyun percepatkan langkahnya .
"Kau tak berhenti , aku suka orang lain " ugut Jihyun .
Alangkah terkejutnya lelaki itu berhentikan langkah nya dan pusing kebelakang dia dekat kan diri ke arah gadis itu . Tak bergerak , Jihyun tegak memandang wajah tampan Sunghoon .
" Cuba . Aku memang nak pun kau suka orang lain . Suka lah . Aku tak kisah . "
Belum sempat Sunghoon mahu lari lagi . Jihyun sempat pegang pergelangan nya .
" Lepas "
" No . "
" Ahn Jihyun- "
Dengan beraninya , gadis itu memeluk pinggang Sunghoon . Matanya terpejam rapat , tidak mahu pandang orang sekeliling kerana malu .
Walaupun semua disana hanya ingatkan hal masing masing jadi selamat lah .
" Kau kenapa ? Bagitahu lah aku... Aku tak nak kau marah marah macam ni "
Wajah dingin Sunghoon berubah sayu . Mata dia lembut memandang Jihyun , tangannya usap perlahan kepala gadis itu .
Kalau dia kata yang dia jealous ?
Ataupun dia berterus terang yang dia tiba tiba rasa lain apabila bersama dengan gadis ini . Apa akan jadi ?
Kalau dia kata yang dia nak bersama sentiasa dengan gadis ini , rasanya percaya ke dia ?
Mula mula , perempuan yang jatuh cinta lepas tu lelaki tiba tiba terjatuh sekali . Tak pe ke ?
Macam mana kalau Jay pun ada hati ngan dia ?
.. Jake ?
" Tak dek apa apa . Aku hanya rasa penat . " Jihyun melonggarkan pelukan .
' Peluk aku lagi sekali , dakapan kau hangat ' kata kata lelaki itu hanya berada di hati .
Dia masih keliru dengan perasaannya . Jihyun senyum nipis . Dia memegang bahu Sunghoon yang tegap .
Cuba untuk samakan tinggi , dia jungkitkan kaki .
" Pertunjukan bunga api dah nak mula . Dah dah jommm "
-
Mereka cepat mengambil tempat yang tidak jauh dari sungai . Lagi jauh lagi cantik pemandangan .
Jihyun yang khusyuk makan , menghiraukan lelaki di sebelahnya yang masih diam .
Rasa kekok pula
Selalunya gadis ini yang diam , terubah watak pula . Cuba untuk mulakan perbualan dan hancurkan atmosfera kekok . Jihyun bersuara
" Macam mana dengan adik kau ? Dah lama aku tak jumpa dia "
Sunghoon mengeluh perlahan . " Dia okay , sibuk belajar . "
" Ah yes ! disebabkan kau dari tadi diam . Cerita lah macam mana kau suka Rona " tiba tiba gadis ini mahu tahu pula kisah cinta Sunghoon . Mesti menarik . Dia tahu bertapa sukanya Sunghoon pada Rona .
Oh , jadi Rona
Mendengar nama Rona , Sunghoon tersenyum . Nampak sangat lah ada hati lagi dengan Rona . Dia ketawa kecil .
Jihyun tersenyum melihat wajah lelaki di sebelahnya gembira .
Dengan nama Rona , dia dah senyum
" Kalau kau tahu yang kau akan terluka aku cakap pasal perempuan lain . Kenapa tanya macam tu ? " keliru juga lelaki ni , Jihyun suka dia tapi boleh tahan lagi mahu bercakap tentang perempuan lain .
Dia dah hilang perasaan ke ?
Jihyun kekok tersenyum , tak sangka pula dia akan tanya soalan macam tu..
" Mesti menarik kisah dia . " singkat dan padat
" Bosan lah . Okay , sebab kau nak aku cerita "
Bibir Jihyun lebar senyum .
" Ingat tak waktu kita berdua belum kenal sesama sendiri ? " Jihyun angguk laju .
Waktu tu dia suka kan Sunghoon dari jarak yang jauh . Tanpa bercakap dengan Sunghoon , dia admire dari jauh .
Secara senyap
" Dekat sekolah , blok A , depan bilik muzik. "

YOU ARE READING
५ Heather - JaSuKe
Romance᧙ enhypen malay fanfic ᠀ - status : completed original ch0ngmine 𓂅 ៹ 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢