Dari jauh lagi Amaya sudah nampak bumbung rumahnya. Setiap kali ingin pulang ke rumah, perasaannya sukar untuk ditafsirkan. Keluarganya bukan macam keluarga orang lain. Yang bahagia. Tetapi keluarganya...
Pap!!
"Aduh!!" Berkerut dahi wanita itu apabila ada sesuatu hinggap di belakang kepalanya. Terus Amaya memandang ke arah manusia yang membaling sesuatu yang agak keras tadi itu.
"Ayah... Kenapa ayah baling senduk kayu tu dekat kepala Maya? Sakit tahu tak!" Bentak Amaya.
Zainuddin, ayah kepada Amaya Denara memandang sinis sahaja anaknya perempuannya itu.
"Aku nak duit" Selamba saja Zainuddin meminta.
Amaya mengeluh.
"Mana Maya ada duit, ayah. Maya belum lagi dapat gaji untuk bulan ni."
Zainuddin mendegus kasar.
"Bagi jelah! Kau jangan nak menipu aku lah kau tak ada duit bagai! Kau nak jadi anak derhaka ke huh?!" Lantang sahaja suara si tua itu membahas anaknya.
"Betul ayah.. Maya tak ada—-"
"Ayah!!"
"Bagi sini beg kau ni! Kau jangan nak menipu aku kau tak ada duit!"
Amaya sedaya upaya menarik semula beg sandangnya itu dari tangan si ayah. Ya, Allah.
"Jangan ayah. Duit tu duit untuk beli barang rumah, ayah! Jangan ambil! Nanti kita semua nak makan apa kalau ayah ambil duit tu!"
"Kau diam lah budak tak guna!" Terus Zainuddin menolak kasar anaknya itu.
Dahi Amaya menahan rasa sakit apabila badannya terhentak di atas lantai kayu itu. Allahuakbar...
"Ayah! Pulangkan duit Maya! Ayah guna duit tu untuk berjudi buat apa?! Duit tu untuk keluarga kita ni lah!!" Marah Amaya lantang.
Ya, ayahnya kaki judi. Bukan itu sahaja, ayahnya juga seorang penagih dadah. Pernah dahulu ayahnya dimasukkan ke dalam penjara, tetapi selepas beberapa tahun, dia di keluarkan semula. Ingatkan dah berubah, rupanya makin teruk.
"Kau cakap apa tadi?" Terus Zainuddin yang berada di muka pintu rumah kayu itu datang kembali menghampiri Amaya.
"Ayah tu! Guna otak sikit boleh tak?! Sudah-sudah lah ayah berjudi, hisap dadah lagi! Ayah tak malu ke guna duit anak ayah sendiri untuk beli barang-barang haram tu?!"
"Anak tak guna!!" Terus kepala Amaya dihentak di atas lantai kayu itu tanpa perasaan.
"Ayah!!"
"Sakit ayah... Jangan buat Maya macam ni...."
"Kau dengar sini eh budak tak guna. Kau sebaiknya tak perlu lahir dekat dunia ni. Kau pun selalu menyusahkan aku! Aku benci kau dan aku tak mengaku kau anak aku!" Tangannya pula naik melempang pipi Amaya tanpa perasaan.
"Abang!" Terdengar suara ibu Amaya, Zainab datang menghampiri anak dan suaminya yang sedang menggila tu.
"Sudah lah abang! Awak nak budak ni mati ke huh?" Laju sahaja dia menghalang suaminya itu dari terus membedal Amaya.
"Biarkan! Biarkan budak hodoh ni mati! Hidup pun dia menyusahkan aku!" Bentak Zainuddin lagi.
"Sudah lah abang! Kut ye pun nak budak ni mati, jangan bunuh dia dalam rumah ni! Nanti tak pasal-pasal kita semua yang masuk penjara!" Betapa teganya hati seorang ibu berkata sebegitu.
"Huh!" Terus Zainuddin berhenti dari memukul Amaya. Dia juga terus keluar dari rumah itu.
Zainab yang masih berada di situ memandang tajam ke arah Amaya.
YOU ARE READING
Her Last Tears
Romance"𝑰 𝑾𝒂𝒏𝒕 𝑻𝒐 𝑩𝒆 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝒀𝒐𝒖 𝑻𝒊𝒍𝒍 𝑻𝒉𝒆 𝑳𝒂𝒔𝒕 𝑷𝒂𝒈𝒆" Andika Zareef vs Amaya Denara - Let the sky, cross our path again - Andika Zareef - Seorang pelukis yang sudah berjaya membuka galeri seninya sendiri. Kehidupannya lebih ke...