Prolog √

961 183 12
                                    

"Ibu! Sakit ibu! Jangan pukul Maya lagi, ibu!"

Rintihan remaja yang baru sahaja berumur 13 tahun itu dibuat tak endah sahaja oleh sang ibu. Tangannya sibuk memegang rotan kayu itu dan melibas kuat badan anak bongsunya itu tanpa memikirkan kesakitan yang dirasai oleh anaknya itu.

"Sakit ibu.. Sakit..."

"Kau ni memang anak yang tak guna! Suka memalukan aku dengan ayah dan adik beradik kau yang lain!"

"Ibu sakit..." Menitik air mata remaja itu apabila ibunya seakan-akan menggila untuk memukul belakang badannya.

"Kau sebaiknya tak perlu lahir dekat dunia ni! Memalukan aku je kerja kau kan?!" Tanpa belas kasihan, sang ibu terus sahaja memukul anak perempuannya itu.

"Dah tahu budak ni memalukan keluarga, kenapa awak tak bunuh je budak ni sebelum dia lahir dulu?"

Dengan air mata yang masih menari-nari di pipi, remaja yang bernama Amaya memandang wajah sinis ayah kandungnya itu dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

Seorang ayah ada niat untuk membunuh anak kandungnya sendiri?

"Kalau sekarang ni awak pukul, hentam dia macam nak mati pun bukan boleh buat apa lagi. Anak tak guna ni dah lahir dah pun."

Hati Amaya bagaikan kaca yang jatuh terhempas lalu berkecai apabila mendengar kata-kata yang menyakitkan keluar dari mulut lelaki yang digelar sebagai 'Ayah'.

"Abang tak perlu nak sibuk lah. Bukan abang ke yang nak sangat saya simpan budak ni dulu? Sekarang dah nampak budak hodoh ni memalukan keluarga, kenapa nak salahkan saya pula? Abang----"

Amaya bingkas bangun dari lantai yang dingin itu dan terus berlari untuk masuk ke dalam bilik.

Tap!

Pintu bilik ditutup dan dikunci dari dalam. Tubuh remaja itu melorot jatuh ke bawah. Tangannya naik menutup-nutup kedua belah telinganya.

"Ibu, ayah jahat..." Rintih remaja itu sambil menangis. Kepalanya digeleng-gelengkan.

Sayup-sayup kedengaran perbualan dan perbalahan ibu dan ayahnya dari dalam bilik. Masih lagi berbalah tentang dirinya.

Laju sahaja Amaya naik ke atas katil dan menutup telinganya menggunakan bantal.

Sakit.

Pedih.

Apa yang patut dia rasa bila ibu dan ayahnya sendiri mencemuh dan tidak mahu dia lahir ke dunia ini?

Apa yang patut dia rasa selama 13 tahun ni, dirinya seperti di anak tirikan oleh keluarganya sendiri?

Apa yang patut dia rasa apabila kakaknya, Amisha Darina dilayan seperti ratu di dalam rumah ini oleh ibu dan ayahnya sedangkan dia dianggap pembawa bala ke dalam keluarganya sendiri?

Ya, dia pembawa bala untuk keluarganya.

Dia, beban keluarganya.

Dia, seorang anak yang tidak diingini oleh keluarganya sendiri.

Dia, tidak sehebat dan secantik kakaknya.

Dia, Amaya Denara binti Zainuddin.

Seorang perempuan yang dibenci oleh keluarganya.

Seorang perempuan yang perlu bangkit dari mimpi ngeri ini suatu hari nanti.

Ya.

Dia perlu keluar dari kegelapan dunia yang diciptakan oleh keluarganya sendiri.

From that moment when she's bawling her eyes out and tell herself, it will be the last tears roll down on her cheeks.

Because she just opening her heart to get over with her nightmares..

.

.

.


"I want to be with you till the last page"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"I want to be with you till the last page"

"Setiap pertemuan terselit keindahan, tetapi bukan untuk kau dan aku"

Her Last Tears Where stories live. Discover now