Bab 2 √

616 100 8
                                    

Rutin harian dijalankan seperti biasa. Sedang elok Amaya menyusun barang di salah satu kedai runcit tempatnya bekerja, datang makcik-makcik mulut puaka yang sememangnya tidak pernah sebulu dengan Amaya. Ada saja benda yang tidak kena.

"Kesian kan budak tu, Senah? Dah lah mak bapak dengan kakak dia sekali tak terima dia dalam keluarga. Sekarang diri dia pula kena tanggung keluarga dia macam bangkai yang tak bernyawa. Itulah padahnya bila jadi anak tak berguna ni" Pedas sahaja mulut Timah berkata-kata dengan rakan sekutunya.

"Itulah tu. Mak bapak semua tahu buat anak je. Tanggung anak tak nak. Kesian betul hidup mereka sekeluarga kan?"

"Tapi kita je fikir kesian dekat diaorang tu. Diaorang ada kesian dekat orang lain? Tak adanya. Mulut si Zainab tu kurang ajar, sama lah dengan suaminya tu. Penagih. Kaki judi"

Amaya yang mendengar segala hinaan, perlian dari dua wanita berumur itu hanya mendiamkan diri. Tangannya masih lagi lincah menyusun barang di rak yang kosong.

"Sebab itu lah anaknya pun jadi macam mak bapak. Ajaran diaorang kan. Tak semenggah perangai. Apa tu orang kata, biar muka hodoh, tapi perangai elok. Ni tengok lah, muka dah hodoh, perangai pun buruk" Bertubi-tubi hinaan dan cacian diberikan kepada Amaya sekeluarga.

Amaya masih lagi menyabarkan hatinya. Nak kata dia sudah lali dengan semua tu, ya, memang dah sangat-sangat lali. Sebab itu dia hanya mendiamkan diri. Nanti kalau dia melawan atau menjawab, dirinya juga yang susah. Tak pasal-pasal diberhentikan kerja. Orang-orang kampung ni bukan suka sangat dengan Amaya sekeluarga.

"Haraplah anak kita tu tak macam budak tak guna tu kan? Memang kita tengok dia rajin je cari duit, tapi..."

Amaya terus berdiri dan pergi dari situ. Malas lagi dia mahu menadah telinganya mendengar perkataan keji yang keluar dari mulut wanita-wanita tua itu.

Andika yang sedari tadi hanya memerhati adegan itu mengerutkan dahinya.

"Itu perempuan yang selalu datang galeri tu ke eh?" Tanya dia kepada dirinya sendiri.

Dia hanya dapat melihat wanita itu dari belakang sahaja kerana Amaya membelakangkan dirinya. Masa Amaya bangun tadi pun nampak hanya sipi pipi wanita itu. Sebab itu lah dia tak yakin adakah wanita itu Amaya ataupun orang lain.

Deringan dari telefon pintarnya memecahkan renungannya. Tangannya menyeluk ke dalam poket seluar untuk mengambil telefon.

"Hello assalamualaikum. Ainna? Ada apa-apa ke?" Tanya Andika terus.

Andika hanya menganggukkan kepalanya sahaja apabila mendengar butir bicara Ainna di dalam corong telefon.

"Okay, nanti saya belikan. Ada apa-apa lagi yang kurang tak?" Tanya Andika lagi.

Mendengar tiada benda yang perlu dia beli lagi Andika terus mematikan perbualan mereka.

"Okay. Nanti saya beli apa yang dipesan. Assalamualaikum"

Andika terus bergerak ke rak-rak barangan yang dia perlukan. Tanpa menunggu lagi, tangannya menyambar beberapa paket roti dan berlalu ke kaunter bayaran.

"Berapa semuanya pakcik?"

"20 ringgit aje" Jawab pak Sani merangkap owner kedai runcit itu.

Andika terus mengeluarkan dompetnya dan sekeping not Rm20 dikeluarkan.

"Terima kasih" Andika berlalu pergi dari kedai runcit itu untuk kembali pulang ke AZ Gallery.

Perjalanan dari kedai runcit untuk ke AZ Gallery hanya memakan masa selama 20 minit sahaja. Setibanya di galeri, Ainna sudah menunggu ketibaanya di pintu masuk galeri miliknya itu.

Her Last Tears Where stories live. Discover now