Bab 3 √

443 42 1
                                        

Pagi-pagi lagi Amaya sudah berdiri terpacak di hadapan sebuah bangunan. Melihat sahaja AZ Gallery dibuka, terus kaki itu melangkah masuk. Tidak perlu melihat kiri dan kanan, Amaya terus mencari lukisan yang selalu mencuit tumpuannya.

Berdiri sahaja dihadapan lukisan itu, Amaya mengeluh berat. Entah lah, apa yang dia rasakan saat ini bagai membunuh dirinya sendiri. Sampai bila dia perlu bertahan dalam penyeksaan ini?

"Awak datang lagi..." Amaya terus menoleh ke arah suara yang terdengar dekat dengannya.

Dia mendecit. "Awak nak apa?"

"Saja datang tegur. Tak boleh?"

"Saya tahu awak pekerja dekat sini, tapi awak tak perlu kacau privasi pengunjung yang datang ke galeri ni!"

Sibuk betul mamat ni. Setiap kali dia datang ke galeri, mesti dia rajin menegur Amaya. Kacau mood orang nak tenangkan fikiran saja!

"Pekerja?" Andika tersenyum mengejek. Yalah-yalah. Betul lah itu. Dia memang pekerja di galeri miliknya sendiri pun.

"Awak macam tak ada kawan. Selalu datang ke sini seorang diri tanpa teman. Itu sebab saya datang tegur. Mana lah tahu awak perlukan seseorang untuk berbual?"

"Saya tak perlukan sesiapa dalam dunia ni."

"Termasuk ibu bapa awak?"

Amaya diam. Tiada rasa untuk menjawab soalan itu. Kalau dijawab dengan jujur, mahu terkejut lelaki itu nanti.

"Awak ada masalah ya?" Sekali lagi Andika bersuara apabila melihat wanita di sebelahnya ini hanya memilih untuk kunci mulut.

"Awak boleh stop tanya saya macam-macam tak? Rimas lah!" bentak Amaya.

"Kalau rimas, pergi lah dari sini."

Amaya memandang tidak percaya pada lelaki itu. "Awak halau saya?"

"Ini tempat saya. Saya ada hak untuk halau perempuan sombong macam awak ni." selamba sahaja lelaki itu menuturkan ayat yang mampu menyakitkan hati Amaya.

Wanita itu mendegus kasar sebelum dia berpaling keluar dari galeri itu tanpa menoleh kebelakang lagi.

Dekat rumah sakit hati, dekat sini pun Amaya rasa yang sama! Ingatkan datang boleh lupakan masalah, rupanya dia silap. Dia kena cari tempat lain untuk tenangkan diri selepas ini.

Andika hanya memerhati langkah kaki wanita itu sehingga bayang-bayangnya hilang dari pintu galeri.

"Lamanya awak perhatikan perempuan tu? Macam nak tembus pintu galeri tu kan?"

Sergahan dari Ainna membuatkan Andika tersentak. Terus dia memandang wanita itu dengan sengihan.

"Mana ada saya perhatikan dia. Memandai aje awak ni..." Tutur Andika sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Yalah tu. Macam lah saya tak perasan... By the way, cantik juga kan perempuan tu? Saya selalu tengok dia datang galeri ni."

Andika tidak menjawab. Hanya senyuman membalas soalan Ainna itu. Seketika kemudian, dia meminta diri untuk ke bilik rahsianya. Ingin menyambung kerja untuk melukis lukisan-lukisan baharu supaya dapat dipamerkan di galerinya pada bulan hadapan.


****

"Amaya..."

Amaya memandang sebal ke arah lelaki yang memanggilnya tadi. "Apa?"

"Maya sihat?"

"Kau nampak aku dah macam nak mati ke sekarang ni?" Sinis.

"Saya cuma tanya. Tak boleh ke awak jawab elok-elok?"

Kecewa. Amaya yang dia kenal dahulu sangat berbeza dengan diri wanita itu yang sekarang. Mana perginya Amaya yang lemah-lembut? Mana perginya Amaya yang sentiasa menyantuni orang lain?

"Aku tak ada masa nak jawab soalan-soalan remeh kau tu. Pergilah sana!"

Naim mengeluh. "Saya rindu awak, Amaya."

"Kau gila ke?! Kenapa kau cakap macam tu dekat tempat umum macam ni? Tak ada otak ke? Kalau orang kampung ni dengar macam mana?!" Sembur wanita itu. Matanya tajam memandang ke arah lelaki yang bernama Naim itu.

"Kenapa? Salah ke saya luahkan apa yang saya rasa dekat awak?"

"Salah! Sangat salah sebab kau kekasih Amisha! Kau lupa ke?"

Bodoh ke apa mamat ni luahkan rindu dekat adik kandung kekasih sendiri?

"Saya minta maaf, Maya. Kita boleh mulakan semula hubungan kita kalau awak bagi saya peluang kedua..."

Amaya tersenyum sinis. "Peluang kedua? Bagi peluang kedua dekat lelaki yang pernah curang? Never, Naim!! Jangan mimpi!"

"Tapi saya masih sayangkan awak!" Lelaki itu tidak pernah mengalah dalam menyuarakan apa yang ada dalam hatinya.

"Kalau kau sayangkan aku, kau tak akan pilih kakak aku! Berambus, Naim. Aku banyak lagi kerja nak kena buat. Jangan ganggu aku lagi!"

Mendengar itu, terus Naim mengangkat kaki berlalu dari kedai runcit itu. Ya, benar. Amaya adalah kekasihnya sejak dari sekolah lagi. Tetapi disebabkan satu perkara, dia kehilangan Amaya. Dan hal itu amat dia sesali sehingga kini.







Last saya update HLT april 2022. Sekarang dah december 2022. Lama betul 😂

By the way, hi there! Lama tak berbalas komen dekat wattpad! Maaf sebab lama hilangkan diri dari duniaoren ni hehe. Saya lebih active dekat ig sekarang. 😆

For video teasers:
Ig: qkeiyathefirst
Telegram Channel: Qkeiyaaaaa Readers

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 21, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Her Last Tears Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang