DEQ 3

408 26 8
                                    

Telefon yang berdering mengejutkan aku dari tidur. Aku mengambil telefon yang berada di sebelah kepala. Nama Azrel terpapar di layar skrin telefon.

Aku baru je nak pergi dating dengan Hwang In Yeop dalam mimpi aku. Potong line betul lah Azrel ni.

Aku menjawab panggilan,
"Hello..." Sapa aku dengan suara serak.

"Kau pergi mana, Lenne ? Aku cari kau dari tadi tak jumpa-jumpa pun. Kau tak sihat ke ? Nak aku belikan apa-apa tak ?" soal Azrel bertubi-tubi. Terselit kerisauan dalam nadanya.

"Aku okay cuma pening kepala sikit. Tak perlulah beli apa-apa, ubat aku semua ada lagi." balas aku menenangkan Azrel.

Tipu sunat tak apa kan ?

"Hm iyelah. Kalau ada apa-apa bagitahu aku, jangan lupa makan ubat." Pesan Azrel lembut.

Haih...Nasib baik lah si Azrel ni dah ada buah hati. Kalau tak, dah jadi boyfriend aku.

"Yela yela aku nak sambung tidur balik, bye."

"Tak payah nak mengada-ngada. Dah pukul 2:30 petang ni, pergi solat zohor." Arah Azrel tegas. Aku mengerutkan kening.

Dah pukul 2:30 ? Serius lah ?! Lamanya aku tidur !

Ini semua salah Dr. Ethan. Banyak-banyak tempat, kenapa lah dia nak bunuh orang tu dekat kawasan situ jugak ? Macam tak ada tempat lain je.

Eh ? Apa kena mengena aku bangun lambat dengan kes Dr. Ethan ni ?

"Hoi ! Dengar tak apa aku cakap ?!" Aku tersedar dari lamunan apabila Azrel menjerit kuat dalam panggilan.

"Ye dengar-dengar. Dah lah, aku nak mandi dulu. Bye !" Aku terus meletakkan panggilan tanpa menunggu balasan dari Azrel.

Padan muka.

PADA waktu petang, aku berjalan di taman yang agak jauh dari apartmen memandangkan aku kebosanan di rumah. Sekali sekala jalan-jalan jauh sikit ambil udara segar, apa salahnya. Dari pagi lagi aku tak makan apa-apa, langsung tak ada selera nak makan. Hm, adakah ini tanda-tanda aku akan diet ?

Aku melihat sekeliling. Hanya ada beberapa orang sahaja yang berada di taman ini. Taman punyalah besar tapi tak sampai 5 orang pun yang ada. Mungkin ada yang main nyorok-nyorok ke ? Tapi siapa je yang main nyorok-nyorok dekat tempat terbuka macam ni ? Takkan nak nyorok dekat pokok pulaa, ingat cerita hindustan ke main kejar-kejar lepastu pusing-pusing dekat pokok.

Biarlah sikit ke banyak, asalkan aku bahagia.

Tiba-tiba aku mendengar bunyi derapan kasut di belakang tetapi aku hanya mengendahkannya. Mungkin dia pun jalan-jalan dekat taman ni juga ? Namun bunyi derapan kasut itu membuatkan aku berasa tidak sedap hati. Aku mempercepatkan langkah, dia juga melajukan langkahnya.

Tanpa menoleh ke belakang, aku terus berlari. Kalau aku tahu ada aksi kejar mengejar, aku pakai kasut je daripada selipar RM2 ni. Aku berhenti seketika dan mengambil selipar yang tersarung di kaki aku. Kemudian, aku sambung lari semula. Biarlah kaki aku pedih demi menyelamatkan diri sendiri.

Aku mempercepatkan larian apabila melihat sebuah kedai di seberang jalan. Tiba-tiba satu kereta mewah laju meluncur di hadapan menahan aku daripada berlari. Spontan langkahku terhenti.

Pandanganku tak lepas dari memandang kereta mewah di hadapanku. Aku menilik lama kereta itu dengan nafas yang tercungap-cungap. Dalam banyak-banyak tempat sini juga kau nak parking. Halang aku je malaun ni.

Bunyi derapan kasut yang mengejar aku tadi berhenti di belakang. Laju aku memusingkan badan menghadap orang itu. Dia mengenakan suit hitam dan spek mata hitam tergantung elok pada batang hidungnya. Siapa punya bodyguard yang sesat ni ?

Dr. Ethan QaysWhere stories live. Discover now