DEQ 8

492 23 0
                                    

THIRD POV

Badan yang terbaring lemah di atas katil menjadi tatapan. Muka pucatnya kelihatan tenang sahaja. Daripada kepala sehingga ke hujung kaki, ada luka. Balutan di kepala, luka tembakan di bahu kanannya, pergelangan tangan lebam dan akhir sekali kedua-dua kaki luka akibat tidak memakai selipar atau kasut.

Dr. Ethan menghembus nafas perlahan. Tidak sampai seminggu si gadis mengetahui tentang pekerjaan sebenarnya, dah bermacam-macam masalah yang dihadapi olehnya. Namun, dia sendiri tidak tahu siapa yang menyerang Arlenne sedangkan musuhnya sudah lama tidak munculkan diri.

Dr. Ethan memandang Arlenne. Sepertinya banyak yang dia tidak tahu tentang latar belakang si gadis ini. Dapat dia rasakan bahawa kisah si gadis berada di luar jangkaan tuan empunya badan sendiri dan dia nak tahu apa kisahnya.

Sama ada Arlenne tahu atau tidak tahu apa-apa langsung.

Pintu diketuk dari luar, kemudian dibuka perlahan-lahan. Terpacul wajah Hayden disebalik pintu, Dr. Ethan memandang Hayden dengan renungan kosong.

"Lelaki yang serang Arlenne tak dapat dijejak. Dia hilang macam itu je, langsung tak ada sebarang jejakan," ujar Hayden. Dr. Ethan mengangguk sekilas

"Boleh jadi dia sama macam kita. Mustahil orang lain boleh tak tinggalkan apa-apa jejakan tapi dia boleh," sambung Hayden lagi.

Dr. Ethan mencerna kata-kata Hayden. Benar apa yang dikatakan oleh Hayden. Memang mustahil bagi orang biasa tidak meninggalkan sebarang jejakan.

"Buat masa sekarang, fokus pada Arlenne. Keselamatan dia lebih penting," balas Dr. Ethan. Hayden mengalihkan matanya ke katil Arlenne.

"Kau nak buat apa dengan dia ? Apartment dia tak selamat. Study dia macam mana ?" Soal Hayden. Entah kenapa dia berasa kasihan terhadap Arlenne sedangkan mereka tidak rapat langsung.

"Bagitahu Lucas untuk kemas barang-barang Arlenne dekat apartment dia," arah Dr. Ethan.

"Okay tapi kau nak buat apa dengan barang-barang dia ?" Soal Hayden ingin tahu. Bukan dia tak kenal jejaka dihadapannya ini, cuma kadang kala pemikirannya berada di luar kotak.

"Tinggal dengan kita," balas Dr. Ethan. Buat masa ini, keselamatan Arlenne menjadi keutamaannya, Dr. Ethan memandang Arlenne.

Hayden yang senyap daripada tadi merenung Dr. Ethan. Bukan dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh Dr. Ethan.

You have been soft, Ethan.

"Macam mana keadaan dia, Carlix ?" Soal lelaki itu kepada pembantunya sambil menilik gambar di hadapannya.

"She's stable but she got shot at her right arm," jawab pembantunya lancar.

"That man really got my nerves," ujar lelaki itu menahan marah.

"Carlix, perhatikan dia. Ingat, stay hidden and don't reveal your identity until I told you," sambung lelaki itu memberi arahan.

"Baik, Tuan." Carlix menundukkan kepala sebelum beredar keluar dari pejabat. Carlix tahu apa yang diarahkan oleh tuannya bukan sahaja arahan tetapi amanah untuk dia jaga. 

Amanah yang dia perlu jaga sebagaimana dia menjaga dirinya. Hancur amanah yang diberikan, maka kehidupan tuannya juga ikut hancur. Mungkin boleh mendatangkan bencana yang tiada siapa pun boleh hentikan.

Except her.

Setelah beberapa hari, si gadis akhirnya menyedarkan diri. Arlenne memejamkan mata kembali akibat cahaya yang kuat menyinari. Arlenne mengerang kesakitan apabila dirinya cuba untuk bangun dari baringan.

Dr. Ethan QaysWhere stories live. Discover now