"Hai Cik adik."
"Mehla abang temankan." Lelaki itu menjilat bibirnya.
"Berani kau pukul aku ya, perempuan." Kepala aku terteleng ke kiri akibat ditampar olehnya.
"Kan bagus kalau duduk diam macam ni." Lelaki itu senyum sinis.
"Barang baik macam ni rugilah kitaorang nak lepaskan." Mereka tergelak suka.
BANG !
Aku segera membuka mata sambil menarik nafas panjang. Kenapa sampai masuk mimpi aku ni ? Baru aku teringat bahawa Dr. Ethan yang selamatkan aku. Dapat aku lihat reaksi wajahnya semasa menyelamatkan aku. Lebih dingin dari biasanya. Tak tahulah sama ada dia marahkan aku ataupun tiga orang lelaki asing itu.
Dr. Ethan menembak lelaki itu, langsung tidak ada belas kasihan. Sangat menyeramkan. Apa agaknya yang terjadi dekat mereka ? Masih hidup atau tidak ?
Aku memandang sekeliling untuk meneliti struktur bilik tidur tersebut. Kelihatan mewah dan kemas. Bilik siapa ni ? Takkan bilik Dr. Ethan pula.
Pintu bilik dikuak dari luar. Aku memandang ke arah pintu. Nervous la pula. Entah bilik siapa aku duduk ni.
"You're awake." Ucap suara garau itu, Dr. Ethan.
Aku mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa. Dr. Ethan melangkah ke arah aku. Kemudian, dia mengambil kerusi meja solek dan meletakkannya di sebelah katil, lebih tepat lagi sebelah aku.
Dr. Ethan melabuhkan punggung. Aku memandang wajah Dr. Ethan. Langsung tidak ada sebarang cacat cela di wajahnya. Bersih sahaja mukanya. Iris mata berwarna coklat, bulu mata melentik.
Aku memandang tubuhnya dari atas sampai bawah. Rambut disikat kemas, wajah dingin, berbadan tegap, kemeja putih yang disinsing ke siku, butang dua teratas terbuka dengan seluar slack hitam. Hensem betul Dr. Ethan tapi menyeramkan.
"Dah habis tenung ?"Aku tersentak lantas menundukkan wajahku kebawah. Aduhai, Arlenne ! Kan dah malu !
"Dr..." Dr. Ethan memandang aku.
"Terima kasih sebab selamatkan saya." Ucapku perlahan sambil tersenyum kecil.
"Siapa cakap saya selamatkan awak ?" Mati terus senyuman aku.
"Habistu yang Dr. tolong saya dari tiga orang lelaki tu apa ?" soal aku.
"Saya selamatkan awak sebab awak tahu rahsia saya dan saya tak nak awak mati terbunuh oleh diorang. Saya sendiri yang akan bunuh awak. Jadi jangan perasan saya nak selamatkan awak. Kalau awak tak tahu rahsia saya, saya biar je awak dekat situ." Ucap Dr.Ethan.
Aku merenungnya. Tipulah kalau aku cakap aku tak terasa dengan kata-kata Dr. Ethan. Aku baru je fikir yang Dr. Ethan ni baik tapi tak pun.
"Kalau macam tu baik Dr. biar je saya dekat situ. Kenapa nak kena buang tenaga selamatkan orang macam saya ? Saya lebih rela mati kena bunuh daripada berharap kepada sesuatu yang hanya berpura-pura." Aku senyum nipis. Tiba-tiba rasa sendu. Dr. Ethan punya pasal lah ni.
Dr. Ethan merenung aku. Kalau aku mati pun, bukannya ada orang kisah pun. Tiada siapa yang kisahkan aku. Aku sendiri tidak tahu punca aku bertahan hidup selama ini.
"Sekarang jam berapa?" Aku soal Dr. Ethan yang sedari diam daripada tadi.
Dr. Ethan melihat jam tangannya,
"10:35 malam."Bingkas aku bangun dari katil tetapi aku duduk semula apabila terasa pedih pada kedua-dua belah tapak kaki aku.
"Tapak kaki awak luka." Ujar Dr. Ethan.
YOU ARE READING
Dr. Ethan Qays
AksiyonArlenne Ileana yang berumur 23 tahun dan merupakan pelajar universiti. Tidak terlalu tinggi, tidak terlalu pendek. Seorang gadis yang ceria dan periang. Senyuman di bibir cukup dapat memikat hati jejaka-jejaka di universiti. Ethan Qays merupakan pe...