DEQ 6

390 18 3
                                    

"Arlenne Ileana !" Dengan lantang Azrel memanggil nama aku menyebabkan beberapa orang di kafeteria memandang pelik ke arahnya. Tengok Azrel lari anak dah macam budak 3 tahun lari dekat mak. 

"Kau dah sihat ke ?" soalnya. 

"Ada nampak aku ni tak sihat ke ?" soal aku kembali. 

"Aku risaukan kau. Dahlah degil, tak reti duduk diam." Aku tersenyum sumbing. Comel pula abe kita ni risaukan kita. Terharu !

"Tak payah nak senyum macam kerang busuk dekat situ, kau kena belanja aku makan." Terlopong mulut aku mendengar kata-kata Azrel.

"Iyelah iyelah." Pasrah sahajalah. Nanti merajuk pulak abe kita ni.

"Kalau boleh telan sekali mangkuk tu, biar mampus cepat." Ujar Azrel sarkastik.

"Sampai hati kau." Kata aku sambil tangan diletakkan didada dengan riak muka yang sedih.

"Hati aku dekat Sarah, bukan kau."

"Damn, kau period ke apa ? Bitter betul kau dengan aku hari ni." Soal aku pelik. Lain macam pula mood Azrel kali ini.

"Tak adalah, aku okay je. Kau tu suka sangat buat aku risau. Nak je aku pergi ke apartmen kau semalam. Aku call, telefon kau off." Bebel Azrel. Jelas riak wajahnya menunjukkan dia amat risau dengan aku. Sebersalah pula aku tengok dia macam ini.

"Chill lah, aku okaylah. See, aku ada depan mata kau ni." Aku mendepakan tangan beberapa saat. "Jangan risaulah. Aku boleh jaga diri." Balas aku menenangkan Azrel.

Dia memandang aku lama sebelum mengeluh perlahan, "Hm, okay."

Aku menguntum senyum. Bersyukur dapat kawan baik seperti Azrel, yang selalu ada semasa susah dan senang. Harap-haraplah hubungan kami berkekalan seperti ini selamanya.

Aku menuju ke library manakala Azrel pula pergi ke kelasnya. Boleh pula dia nak ponteng kelas sebab nak ikut aku pergi ke library. Risau sangat.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa aku pergi sini. Pelik tapi benar. Tapi tak apalah, bolehlah aku sambung baca novel dalam ni. Malas nak pinjam, lebih baik aku habiskan bacaan dalam library berbanding di luar.

Rak buku yang berada di hujung sekali menjadi tempat kegemaran aku. Sebab apa? Sebab dekat situ banyak novel yang best dan pelajar-pelajar kurang pergi ke situ.

Novel yang ingin aku baca diambil dari tempatnya. Aku duduk bersila diatas lantai sambil menyandarkan badan aku di rak buku. Baru sahaja mahu membaca, satu notification mesej muncul di screen telefon aku.

Unknown
Watch your back, little girl.

Terjungkit kening aku membaca mesej tersebut. Siapa pula ni ? Dr. Ethan ke ? Mustahil ni Dr. Ethan. Kenapa pula Dr. Ethan nak mesej aku ? Ah! Malaslah fikir. Buat serabut je, baik aku baca novel ni. Aman sikit.

Baru beberapa minit aku mulakan bacaan, sekali lagi telefon aku berdering. Aku melihat nombor yang tak dikenali terpapar di skrin telefon. Malas fikir, aku menjawab panggilan.

"Hello ?"

Tiada sahutan.

"Hello ? Siapa ni ?"

Masih tiada sahutan. Dengan itu, aku terus meletakkan panggilan. Membazir masa aku je. Kalau aku dapat ni, aku jet kepala dia. Baru dia tahu siapa aku. Ini Arlenne Ileana lah !

Daripada aku fikirkan benda ni, lebih baik aku sambung baca novel. Lari daripada kehidupan realiti sementara. Mungkin selepas ini, ada lagi berat aku nak kena hadap. Mudah-mudahan aku dipermudahkan segala urusan.

Dr. Ethan QaysWhere stories live. Discover now