PROLOG

5.8K 384 9
                                    

Langkah kaki dipercepatkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah kaki dipercepatkan. Tercungap-cungap nafas si gadis. Sambil berlari sesekali kepalanya menoleh ke belakang. Bintek-bintek peluh bercambah di sana sini di tubuhnya.

Di lorong gelap itu dengan hanya berbantukan cahaya bulan, dia berlari sekuat hati. Berdoa agar tidak tertangkap oleh si 'dia'.

Rasa takut di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bibirnya tidak henti mengucapkan zikir untuk tenangkan diri. Namun, ketenangan yang diidamkan tetap tidak kunjung tiba. Nafasnya dirudung kesesakkan.

Sedang dia asyik melihat ke belakang, tanpa sedar dia terlanggar sesuatu yang keras seperti dinding. Matanya membulat. Bau ini dia kenal. Tolong bukan dia!

Perlahan-lahan kepala didongakkan melihat dinding yang dilanggar itu. Liur ditelan payah. Wajah sinis menyapa kornea matanya. Sepasang mata tajam dan dingin ditujukan ke arahnya.

Saliva ditelan berkali-kali. Lidah seakan kelu apabila membalas renungan tajam itu.

"Where do you think you can run hm?" Sarkastik lelaki itu. Kata-katanya meluncur bersama pandangannya yang tajam. Tangannya merangkul pinggang si gadis. Erat.

Wajah gadis itu berubah pucat lesi tak berdarah. Bibir bawah digigit. Dalam fikirannya hanya memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada lelaki psiko di hadapannya ini. Entah berapa kali dia cuba melarikan diri, namun akhirnya tertangkap begini.

"L-let m-me go." Terketar-ketar suaranya. Tubuhnya menggeletar hebat. Ketakutan dirinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya. Tambahan pula dengan pandangan seram daripada lelaki di hadapannya itu.

"Never."

Berkali-kali gadis itu merayu, meratap untuk dilepaskan. Tidak pernah sekali pun rayuannya dilayan.

"You're mine, Lunara Malika." Senyuman senget menghiasi bibir merah lelaki itu. Tubuh gadis bernama Lunara itu ditarik rapat ke arahnya.

Air mata yang mengalir di hujung tubir mata Luna diseka lembut dengan hujung jarinya.

"You're not allowed to go anywhere!"

Automatik mulut si gadis terkunci. Ya, lelaki itu gila. Psiko. Obses. Semuanya. Hanya Luna yang dimahukannya. Hanya Lunara Malika. Tiada yang lain.

"Don't you try to run away from me." Bisik lelaki itu di telinga Luna.

Dia, Gabriel Levent. Bukan mudah untuk melepaskan diri daripadanya. Lelaki yang hanya memikirkan dirinya sahaja, tidak pernah kisah hati perasaan orang lain. Dia hanya berTuhankan ego semata-mata. Tiada apa yang mampu meruntuhkan egonya. Apa yang dia mahu, dia akan dapatkan walaupun dengan membunuh pun dia sanggup.

 Apa yang dia mahu, dia akan dapatkan walaupun dengan membunuh pun dia sanggup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✦✧✧✧✧✦

Doa meminta perlindungan dari bala kejahatan

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq 'alaih]

✦✧✧✧✧✦

Gabriel Levent's [SU]Where stories live. Discover now