Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Terasa matanya memberat untuk dibuka. Suasana bilik yang asing baginya mengerutkan dahi bersih itu.
"Aku dekat mana ni?" Gumamnya perlahan. Kepalanya yang rasa memberat itu dipegang. Berdenyut-denyut kepalanya. Dia cuba mengingati semula apa yang berlaku semalam. Tanpa semena, air matanya jatuh membasahi pipi mengenangkan apa yang teman lelakinya telah lakukan.
Bunyi kuakan pintu mematikan lamunanya serta menarik sepenuh perhatiannya. Seorang lelaki bertubuh sasa hanya mengenakan tuala separas pinggang. Menyerlahkan dada bidangnya yang ada titisan air. Barangkali baru selepas mandi. Rambut perangnya juga masih basah.
"Red Rose, what are you looking at hm?" Ujarnya dengan nada menggoda sebelum berjalan menuju ke katil.
Bagai sesak nafas si gadis melihat 'show' di hadapannya ini.
Gabriel duduk di birai katil lalu merapati tubuh Lunara yang masih baring itu. Terkebil-kebil mata Lunara memandangnya.
"Oh gosh, your lips." Gumam Gabriel perlahan. Bibirnya diketap rapat. Matanya jatuh pada bibir merah delima milik Lunara. Segera dia mengalihkan pandangannya. Be patient, boy.
Lunara masih lagi diam membisu. Tidak tahu mahu berkata apa. Siapa? Di mana? Kenapa? Soalan-soalan itu hanya sekadar singgah di pangkal fikirannya. Lidahnya tidak teragah untuk melontarkan suara.
"Kau nak makan ke? Lapar tak?" Gabriel segera berdiri. Dia memandang ke arah Lunara sekilas sebelum menuju ke wardrobe pakaian miliknya.
Langsung tiada jawapan daripada Lunara.
Lunara memegang kepalanya. Masih bertudung. Duvet diselak. Masih berpakaian. Perlahan-lahan dia turun daripada katil.
Punya lama Gabriel menanti jawapan daripada Lunara, akhirnya dia siap berpakaian dan keluar daripada wardrobe. Tersenyum dia melihat Lunara yang sudahpun berdiri.
Selangkah demi selangkah dia mendekati gadis itu.
Lunara yang berasa cemas segera berlari menuju ke arah pintu. Tapi sayang, kaki pendeknya tidak mampu melawan ketangkasan kaki panjang Gabriel.
Pintu yang baru sahaja dibuka oleh Lunara itu ditahan oleh Gabriel. Kini Lunara berada di antara pintu dan Gabriel. Takut untuk dia pusing menghadap Gabriel.
"Turn around."
Bagai dijampi, Lunara pusing menghadap lelaki tegap itu. Jelas kelihatan dia kecil berbanding lelaki itu. Macam mana dia nak larikan daripada lelaki asing ini?
Ternaik hujung bibir Gabriel. Matanya jatuh pada bibir merah Lunara yang terketar-ketar itu. Jarinya naik mengusap bibir itu.
Bagai terkena renjatan elektrik selepas disentuh oleh seorang lelaki, Lunara terus mengangkat wajahnya dan ringan tangannya menampar pipi Gabriel. Berbekas merah bentuk lima jari di pipi itu.
YOU ARE READING
Gabriel Levent's [SU]
Action1st Book of Mafia Series by ariaces [Slow Update] ❝ 𝘽𝙞𝙙𝙖𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙂𝙖𝙗𝙧𝙞𝙚𝙡 𝙇𝙚𝙫𝙚𝙣𝙩 ❞ Dia, Gabriel Levent. Lelaki yang tak pernah kenal erti cinta. Tiada langsung perkataan cinta dalam kamus hidupnya. Pintu hatinya beku sebeku riak waja...