Gabriel menilik kertas kerjanya dengan tekun. Satu lagi fakta tentang Gabriel, dia kalau dengan kerja memang dia fokus sehabis baik.
"Bro, tak nak ikut kitorang ke?"
Gabriel memanggung kepalanya melihat sahabat-sahabatnya, Brando dan Marcell di muka pintu.
"No." Jawabnya sepatah. Dia sambung menilik kerjanya.
Brando dan Marcell saling berpandangan. Sudah agak. Gabriel kalau sudah mula bekerja, memang susah nak berhenti. Samalah kalau membunuh susah nak taubat.
Mereka menapak masuk ke dalam bilik Gabriel.
"Gab, makanlah dulu. Grandpa kau risau nanti. Tadi pun dia dah call aku suruh kau makan." Lelaki kacukan Italy itu duduk di salah satu sofa bilik Gabriel.
"Kau pergilah dengan Marcell. Aku busy. Takda selera langsung nak makan." Balas Gabriel. Matanya masih tertumpu pada kertas kerja.
Sememangnya mereka bertiga fasih berbahasa Melayu. Memandangkan sudah lama mereka menetap di Malaysia. Hanya untuk melindungi keselamatan Gavrillo yang telah menurunkan pangkatnya kepada Gabriel. Sekarang, Gabriel adalah Ketua Mafia Eropah. Menetap di Malaysia untuk melindungi datuknya daripada serangan musuh.
Identiti mereka di Malaysia hanyalah sebagai jutawan besar Eropah. Gabriel juga mempunyai banyak cabang syarikat di serata negara.
Sebenarnya dia mahu menetap di United States. Di rumah agam milik Levent's. Tempat di mana dia dibesarkan oleh Cardy Levent. Tetapi datuknya, Gavrillo mengumpannya untuk menetap di Malaysia. Dengan alasan hidupnya sudah tidak lama lagi. Tahu-tahu ditunangkan si Gabriel dengan Miranda itu.
"Gab, Miranda..." Kata-kata Marcell terhenti apabila mata helang Gabriel menikam tepat ke dalam anak matanya.
"Don't say her name." Kerasnya.
Marcell menelan liur kasar. Pantang betul Gabriel kalau sebut nama Miranda.
Tiba-tiba pintu bilik itu dirempuh masuk. Langsung mereka bertiga menoleh ke arah pintu itu sebelum terlepas keluhan kecil di bibir Gabriel.
"Baby!!!!" Jerit Miranda. Baru sahaja disebut. Muncul pula si dia.
Miranda Rose. Anak kepada jutawan terbesar di France. Daddy Miranda berkawan baik dengan Gavrillo. So, lebih kurang drama TV3 pukul 7. Perkahwinan aturan keluarga.
Gabriel menjeling Miranda. Malas nak layan.
"Gab, you nak pergi mana? I datang nak jumpa you ni. Grandpa ajak kita lunch." Dengan nada suara menggeletis Miranda mengajak Gabriel. Dia cuba mendekati Gabriel.
YOU ARE READING
Gabriel Levent's [SU]
Action1st Book of Mafia Series by ariaces [Slow Update] ❝ 𝘽𝙞𝙙𝙖𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙂𝙖𝙗𝙧𝙞𝙚𝙡 𝙇𝙚𝙫𝙚𝙣𝙩 ❞ Dia, Gabriel Levent. Lelaki yang tak pernah kenal erti cinta. Tiada langsung perkataan cinta dalam kamus hidupnya. Pintu hatinya beku sebeku riak waja...