Lunara Malika. Nama secantik ayu si tuan empunya nama. Hadirnya dia ke Kuala Lumpur hanya untuk mencari rezeki halal untuk menyara keluarga di kampung. Ayahnya sudah lama pergi meninggalkan dia dan keluarga. Ibunya pula hanya mengambil upah menjahit baju-baju tempahan orang kampung. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai 3 orang adik yang masih bersekolah.
Di Kuala Lumpur, Lunara bekerja sebagai pembantu peribadi kepada teman lelakinya, Mirza. Mereka berkenalan sejak di universiti. Mirza jatuh cinta dengan keayuan dan kenaifan Lunara. Gadis ayu itu terlalu naif sehingga tidak sedar dirinya ditipu oleh teman lelakinya. Seperti sekarang. Dirinya bakal dijual kepada bapak ayam. Namun, dia masih belum sedar akan hal itu. Poor girl!
"Awak, kenapa kita dekat sini?" Lunara melihat sekeliling kawasan lorong itu. Senaif-naif dirinya, dia masih tahu tempat itu tempat apa. Melihat gadis-gadis di kawasan itu mengenakan pakaian yang menjolok mata membuatkan dirinya tidak senang.
"Shh, jangan risau sayang. Kejap saja lagi ya. Saya nak jumpa kawan saya sekejap. Awak sayang saya kan?" Mirza memujuk Lunara. Mirza Zulfadzri. Seorang lelaki bermanis mulut. Apa sahaja yang meniti di bibirnya dapat mencairkan hati perempuan Lunara Malika.
Lunara mengangguk.
"Kalau sayang saya, awak tunggu kejap ya. Tak lama pun."
Pujukan Mirza langsung tidak membantu Lunara menenangkan diri. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan Mirza. Matanya masih meliar sekitar kawasan itu.
Telefon Mirza berdering.
"Hello?"
"........"
"Okay, aku dah sampai. Proceed."
Mirza menamatkan panggilan. Dia menoleh ke arah Lunara yang masih gelisah. Cantik. Tapi sayang, lembab.
"Luna, saya pergi jumpa kawan sekejap. Tunggu sini tau."
"Mir, awak nak tinggalkan saya dekat sini?" Jelas wanita bertudung itu tidak selesa dengan keadaan ini. Rata-rata gadis di luar kereta itu sedang melihat ke arah mereka berdua.
"Saya jumpa kawan sekejap ya."
"Mir, please jangan tinggal saya dekat sini. Saya takut." Lunara merayu lagi. Matanya meliar ke luar tingkap. Seram sejuk kawasan itu.
"Trust me, baby. Kejap je."
"But Mir, saya rasa---"
"Sekejap je sayang. I will comeback for you." Mirza senyum menyerlahkan lesung pipit sebelah kirinya. Dia membuka pintu lalu keluar daripada perut kereta.
YOU ARE READING
Gabriel Levent's [SU]
Action1st Book of Mafia Series by ariaces [Slow Update] ❝ 𝘽𝙞𝙙𝙖𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙂𝙖𝙗𝙧𝙞𝙚𝙡 𝙇𝙚𝙫𝙚𝙣𝙩 ❞ Dia, Gabriel Levent. Lelaki yang tak pernah kenal erti cinta. Tiada langsung perkataan cinta dalam kamus hidupnya. Pintu hatinya beku sebeku riak waja...