CHAPTER 6

3.1K 237 11
                                    

Lunara masih ditenggelami lamunan sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lunara masih ditenggelami lamunan sendirian.

"Kalau Ibu tahu selama ni aku tinggal sebumbung dengan bukan Mahram macam mana? Mesti dia kecewa."

Tanpa sedar, air matanya jatuh membasahi pipi. Jijik. Dia berasa jijik dengan diri sendiri. Dipukul dan disentuh Gabriel tanpa kerelaan hati.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku. Ampunkan aku, Ya Allah. Sesungguhnya aku jijik dengan diriku." Semakin menderas air matanya jatuh. Bibir dikemam menahan seribu rasa.

"Apa khabar Ibu sekarang? Sihat ke?" Keluhnya. Mahu menelefon ibunya itu juga tidak boleh. Telefonnya sudah disimpan oleh Gabriel. Nak minta pun takut.

Lunara diperhatikan oleh Gabriel di sebalik dinding. Gabriel bergegas pulang ke rumah apabila Ayfa memberitahu bahwa Lunara tidak makan dari pagi tadi. Langsung tidak menjamah nasi atau lauk yang dihidangkan. Hanya berkurung di dalam bilik.

"Kejam sangat ke aku ni?" Gumamnya sendirian di balik dinding itu. Dahinya berlapis-lapis memikirkan keputusannya.

"Tuan."

Suara gemersik menyapa ke telinganya. Terus dia berpaling ke arah Lunara. Mata gadis itu ditenung lama. Merah. Dia tahu dan dia nampak gadis itu baru sahaja melepaskan tangisan.

"Kenapa Tuan balik awal?" Soalnya polos. Keningnya berkerut melihat ada cecair jernih di tubir mata lelaki itu. Dia nangis?

Gabriel berdehem.

"Aku dengar ada orang tu berkurung dalam bilik, tak nak makan." Gabriel menapak masuk ke dalam biliknya. Diikuti Lunara di belakang.

Gabriel membuka ikatan tali lehernya. Butang baju dileraikan. Keningnya ternaik apabila Lunara tidak langsung bersuara.

"Kenapa diam?"

Lunara memintal hujung bajunya. Bibir bawah digigit. Dia redha dengan nasibnya kalau tiba-tiba Gabriel naik hantu gara-gara dia tidak menyentuh makanan sejak pagi tadi.

"Kenapa tak makan?"

Masih sama. Tiada jawapan.

"Aku lapar. Kau tak lapar?"

Gadis itu terus menoleh ke arah lain.
Dia berjalan mendekati gadis itu sebelum menarik gadis itu supaya menghadapnya.

Kini tubuh mereka rapat. Sehingga bauan maskulin milik Gabriel menyerap masuk ke rongga hidung Lunara. Terkaku gadis itu dibuatnya apabila kini ruang matanya dipenuhi wajah tampan milik Gabriel.

"Cakap dengan aku, sayang. I need your voice." Lembut Gabriel membisik tepat di hadapan muka Lunara.

Lunara menelan liur berkali-kali. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gabriel Levent's [SU]Where stories live. Discover now