Part 9🍃

162 9 0
                                    

Cahaya pagi yang indah menerangi bandar London .

Selesai majlis semalam mereka bermalam di rumah keluarga Asya . Keluarga Asya sudah menetap di London selama 7 tahun . Asya adalah anak tunggal kepada Dato ' Sharafuddin dan Datin Zahara .

Makanan siap dihidang di atas meja .

"Jemput lah makan . Breakfast pagi ni kita buat nasi lemak simple-simple sahaja . "Sapa Datin Zahara .

Mama Aniq menarik kerusi dan labuhkan punggung di sebelah baba Aniq . "Simple apa nya . Semua nampak sedap . "

"Haah betul tu semua nampak sedap . Tak sabar nak rasa . " Nia bersuara cuba untuk ramah dengan semua orang namun Datin Zahara membalas senyuman Nia dengan jelingan tajam .

"Salah ke apa aku kata . " Gumam hati Nia .

Mama memegang lembut tangan Nia apabila melihat Nia termenung kosong .

"Nia okay tak ni ? "

Nia mengangguk kepala tanda okay bagi membalas pertanyaan yang diajuk mama tadi .

Sepanjang sarapan hanya bunyi sudu , garfu berlaga dengan pinggan .

"Aniq kan . " Tanya Datin Zahara .

Aniq mengangguk . "Haah saya aunt . "

"Bukan ke Aniq kahwin dah lama ke takkan takda isi lagi .  " Jeling ke arah perut Nia .

Belum sempat Aniq menjawab pertanyaan Datin Zahara , Mama Aniq dulu mencelah .

"Haah memang diorang kahwin dulu . Tapi tak lama pun baru sebulan lebih . Lagipun anak tu rezeki . Mungkin Allah nak bagi diorang honeymoon dulu . Betul tak ? "

Datin Zahara berasa malu apabila dibidas oleh Mama Aniq .

"Haah betul lah tu cakap mama tu mummy . Lagipum diorang boleh lah spendtime lebih sikit .  " Tambah Asya bagi menutup api malu yang dinyalakan oleh mama nya sendiri .

Muka Aniq sudah berubah kerana dia tahu apa yang Datin Zahara cuba maksudkan .

Semua selesai makan kecuali Nia dan Aniq .

"Alright done . " Pinta Aniq .

"Abang tinggal jer dekat situ nanti dear kutip basuh . " Balas Nia lalu membawa pinggan kedapur manakala Aniq dengan lain duduk berborak di ruang tamu .

"Its okay puan . Saya boleh basuh pinggan ni . " Kata orang gaji Datin Zahara apabila melihat Nia mencapai span basuh pinggan .

"Bibik pergi kemas ruang makan . " Arah Datin Zahara dengan nada marah .

"Jadi kau lah perempuan yang nak rampas harta Tengku Aziz kan . " Sindir Datin  Zahara .

Dari awal lagi Nia datang ke majlis Asya dan Ariq . Datin Zahara sudah tidak puas hati dengan Nia selepas tahu background Nia . Bagi Datin Zahara semua orang miskin hanya mahu mengambil kesempatan kepada keluarga orang berharta .

Nia lap tangan nya dengan tisu lalu menoleh ke arah Datin Zahara .

"Apa datin cakap ni ? " Pelik apabila dia diajukkan soalan sebegitu .

"Kau tak payah lah . Aku tahu sangat perangai orang macam kau ni yang lagi-lagi anak yatim-piatu macam kau ni .

Kantung mata Nia sudah bertakung apabila dirinya dihina sebegitu .

"Datin saya minta maaf sangat kalau saya ada buat salah dengan datin . Tapi tak perlu datin nak hina saya . " Sebak Nia berkata .

"Orang macam kau ni tak layak ada dalam keluarga ni . Pengemis ! " Datin Zahara mendekati Nia lalu menolak bahu Nia .

Our Destiny Where stories live. Discover now