Prologue

900 46 2
                                    

Pertemuan demi Pertemuan

Menghasilkan satu rasa pada dua hati

Rasa yang membungkam diri

Rasa yang tidak dapat dikawal

-mardee

~~~~~

"aduh.."

Nazmeen yang baru selesai solat, melirik sekilas pada ruangan solat wanita apabila halwa pendengarannya menangkap rintihan sakit seseorang.

Iris Hitamnya dihiasi tubuh seorang gadis yang sedang tekun merenung jari manis.

Jam tangannya dipakai sebelum rambutnya yang sedikit lembap disebakkan ke belakang.
Tubuh tegap itu bersandar di kepala kerusi menunggu seketul Areeq Zafriel selesai solat.

"kau dah kenapa nadira ?"
Suara gemersik seorang gadis meraih perhatian Nazmeen untuk menoleh.

Jelas dia dapat lihat tubuh Raudhah berdiri di hadapan gadis yang bergelar Nadira itu.

"sakit adel.."
Rintihan sakit si gadis menaikkan pinggir bibir Nazmeen membentuk senyuman nipis. Handphone ditangan dilihat mengelakkan dua gadis itu perasan kewujudannya.

"pakai kasut ke berperang ?"
Soalan sinis Raudhah membuatkan Nazmeen mengemam bibir menahan tawa dari terletus.

"ihh sakit sungguh ni adel.."
Gadis bernama Nadira itu merengek kesal akan balasan Raudhah.

Belum sempat Nazmeen mendengar perbualan mereka. Satu suara garau seseorang mencelah.
"eh del.. kau tak balik ?"

Dilihat tubuh tegap seketul Areeq Zafriel keluar dari ruangan solat lelaki dengan stokin di tangan.

Dua gadis itu mula menoleh melihat mereka.
"eh reeq.. aku stay harini.. teman perempuan ni"
Jari telunjuknya terarah pada gadis di hadapannya.

"hai nad"
Sapa Areeq selamba. Semua cukup kenal dengan sikap terlebih peramah seketul Areeq Zafriel. Makcik kantin pun dia buat member.

Nazmeen hanya diam mendengar perbualan mereka. Matanya dapat menangkap wajah gadis itu sedikit kemerahan walaupun tidak jelas.

~~~~~~

Kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam kedai buku MPH. Tanpa melihat sekeliling kaki itu melangkah ke arah buku rujukan.

Iris Hitamnya mula melilau mencari buku. Sesekali tangannya naik membelek buku yang menarik minatnya.

"damn.."
Suara kecil itu menghentikan tingkah Nazmeen. Jelas telinganya dapat menangkap suara gemersik seseorang di sebalik rak yang tinggi di hadapannya.

Nazmeen diam membiarkan suara itu menghentam gegendang telinganya.

"mmm ni best.. tapi yang ni best seller"

"Ya Allah awat buku ni mahal nau.. erhh"

"ommo ommo dibawah langit biru dah keluar ?!!"

"huaa mummy.. nak semua tapi mahal sangat.."

Nazmeen mengemam bibir menahan tawa dari terlepas. Tangannya memegang buku rujukan Sejarah yang diambil.

Bibirnya perlahan mengukirkan senyuman manis. Gemas akan omongan tidak jelas gadis itu.

"Long nights, daydreams
Sugar and smoke rings, I've been a fool
But strawberries and cigarettes always taste like you"

Bunyi deringan lagu Strawberry and cigarettes by Troye Sivan itu menyentakkan Nazmeen.

Terus handphone didalam kocek seluar dibawa keluar. Jelas di penglihatan Screen telefon pintar itu tertera nama Areeq.

📱Areeqah

Punat accept ditekan sebelum handphone dilekapkan ke telinga.
Belum sempat dia memberi salam, suara garau seketul Areeq Zafriel menghentam kasar gegendang telinganya.

📞 ko kat mana gila.. aku lapar ni !

Nazmeen menggulingkan bebola mata menyampah. Kenal dengan sikap Areeq yang tidak menyabar.
"sabar aku otw.."
Kaki panjangnya melangkah ke kaunter pembayaran.

Nisha melirik sekilas ruangan buku rujukan di hadapannya. Mulutnya dikemam rapat apabila tubuh tegap seorang jejaka melangkah keluar dari ruang itu menuju ke kaunter.

Bibirnya mula perlahan memaki maki diri sendiri.
"damn.. Nisha.. dia dengar ke ? dia tak dengar kan ? Allahu.. malunya.."

Tangannya naik menutup wajah.. menahan rasa malu yang menebal. Buku buku ditangan dipegang erat.

~~~~

"Nazmeen Zuhayr"

"Saya cikgu"
Nazmeen menyahut sopan panggilan cikgu. Tangannya diangkat menandakan bahawa dia hadir.

"Areeqah Zafrielia"

Berderai tawa dari 2 buah kelas tingkatan 5 ini apabila mendengar nama yang meniti di bibir cikgu.

Areeq menayangkan wajah mencuka.
"Cikgu.. takmaulah lagutuu.. nanti crush saya ingat saya maknyah cikgu"
Rengeknya kesal.

Makin bergema tawa para pelajar mendengar rengekan Areeq. Cikgu Aliya di hadapan kelas hanya tersenyum seraya tertawa nipis.
"Sorry Areeq.. tapi memang tulis kat sini nama awak Areeqah"

Areeq membeliakkan biji mata. Laju anak matanya terarah pada Nazmeen yang leka menatap luar tingkap. Tahulah dia, seketul Nazmeen Zuhayr dah pedajal nama dia.

Mamat ni je panggil dia Areeqah.

"bingai lah kau Naz"

Pecah tawa Nazmeen apabila Areeq menghamburkan amarah padanya.

"Nisha Nadira.."

Sebaris Nama itu menghentikan tawa Nazmeen. Pensel di tangan tidak lagi menari nari di atas kertas lukisan. Dia diam menunggu panggilan itu disahut.

"Saya cikgu.."

Refleks, Iris Hitam Nazmeen terarah pada punca suara. Suara gemersik yang kerap kali hadir menghentam gegendang telinganya.

Jelas di penglihatannya, gadis itu berada di sebelah Raudhah. Lama anak matanya menatap gadis yang berjaya menarik perhatiannya.

Nisha leka berbual dengan Raudhah. Sesekali bibir nipis itu mengukirkan senyuman manis menampakkan lensung pipit di pipi kanan si gadis.

"Naz !!"

Laungan Nyaring Areeq menyentakkan Nazmeen.
"hm.. asal"

"kau tengok apa ?"
Soalan Areeq dibalas gelengan ringkas tanda tiada apa.

Terus perhatian kembali ke arah papan putih.
Mindanya kerap memikirkan sebaris nama itu.

Memori kembali melayar setiap pertemuannya dengan gadis itu. Tanpa sedar.. bibirnya mengukir senyuman nipis.

Nisha Nadira..
I swear..
I want to know about you..

Love,
Mardee

Candra Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang