Chapter 11 | takdir

415 31 0
                                        

Nazmeen meraup wajah setelah salam kedua diberi. Tumpuannya beralih pada handphone dan tasbih di sisi. Nafas dihela lemah melihat jam telah berdetak hampir pukul 7 pagi.

Kesal memikirkan bahawa dia terlewat bangun sehingga tidak sempat ingin berjemaah di Masjid seperti rutin kebiasannya.

Kelopak mata yang jelas nampak keletihannya dihiraukan. Tangannya mencapai tasbih sebelum bibir mula berzikir ringkas.

Memohon pada Tuhan agar apa yang mengganggu fikirannya saat ini dipermudahkan.

Semalaman mindanya terganggu dengan sebaris ayat dari Nisha Nadira. Memikirkan bahawa gadis itu bakal menjadi milik orang membuatkan dirinya tidak dapat melelapkan mata.

Puas dipaksa diri agar lena tetapi anak mata tetap berdegil jadi dia membuat keputusan untuk menyiapkan kerja. Tidak sedar masa berjalan, apabila jarum jam berdetak jam 5 pagi baru tubuh mula terlelap di atas sofa di dalam bilik kerjanya.

Sungguh dia terganggu. Hampir 3 tahun dia menanti untuk bertentang mata dengan gadis itu. 3 tahun dia berdoa moga Allah temukan dia dengan gadis itu. 3 tahun dia merayu agar gadis itu kembali menghiasi pandangannya.

Dan apabila anak mata bertentang dengan anak mata cantik itu. Kesal. Kesal apabila gadis itu lansung tidak mengenalinya. Apatah lagi mengenangkan gadis itu merupakan tunangan orang.

Tersentak Nazmeen apabila Handphone berdering kuat. Screen Handphone terpapar nama yang sering menyapa log panggilan.

📱Ammar

Nafas dihela lemah melihat nama jejaka yang bergelar personal assistant nya. Puas dia menegah pada Yasmeen bahawa dia tidak memerlukan pembantu peribadi. Tetapi Yasmeen tetap bertegas bahawa dia memerlukan seseorang bagi membantunya menguruskan masa antara syarikat dan hal university.

Punat accept ditekan sebelum loud speaker turut ditekan. Tubuhnya bersandar pada dinding seraya anak mata melihat langit yang mula mencerah.

📞 Assalamualaikum Tuan.

Suara maskulin Ammar menghentam gegendang telinganya.
"Walaikumusalam. nak ajak dhuha ke ?"

📞 eh bukan Tuan. Maaf kalau saya menganggu pagi pagi ni tapi saya ada hal mustahak nak inform tuan.

Nazmeen menggulingkan anak mata sedikit menyampah mendengar panggilan tuan dari Ammar. dok tuan tuan. pecat karang.
"Apedia ?"

📞 Pasal Qay's Art Exhibition punya opening.

"No."
Belum sempat Ammar menyambung ayatnya, Nazmeen lebih pantas memotong.

📞 Tapi Tuan ni arahan dari Puan Yasmeen sendiri. Dia minta untuk Tuan rasmikan exhibition tu.

"i said no"
Tegas Nazmeen.

📞 Alah Tuan.

Nazmeen mendengus geram.
"drop the act Ammar Daaim."

Talian sepi sebelum kedengaran dengusan kasar dari Ammar.

📞 kau jangan susahkan aku boleh tak Nazmeen.

Terbit senyuman senget di wajah Nazmeen mendengar pertuturan Ammar.
"no. aku dah cakap aku takkan involved in any opening ceremony."

📞 Tapi pihak sana nak sangat kau ada.

"i don't care Ammar. I'm still with my decision."

Nazmeen bangun melipat sejadah. Langsir bilik solat dibuka membenarkan cahaya matahari memancar.

Candra Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang