2

662 21 2
                                    


Aku terjaga setelah terdengar bunyi pintu rumah terbuka. Aku yang tertidur di atas sofa di ruang tamu terus bangkit secara mengejut dek mengingatkan orang lain yang cuba memecah masuk rumahku.

"sorrylah kalau along buat kau terjaga."

Aku melepaskan nafas lega setelah melihat Along, abangku yang tercegat di hadapan pintu.

"Along, baru balik kerja ke?" tanyaku, mata melirik ke arah jam dinding.

Jam di dinding menunjukkan pukul 4:30 pagi. Aku tertidur sejak pukul 9 malam. Selalunya along akan pulang dalam pukul 12 tengah malam. Paling lewat pun pukul 2 pagi. Hari ini dia terlalu lambat.

"hmm. Sorrylah. Kau dah makan?"

Sebaik sahaja soalan itu diajukan perutku lantas berbunyi. Aku memandang makanan yang kubeli di atas meja makan. Dek menunggunya pulang, aku tertidur di atas sofa.

"tunggu along."

Along menggeleng. "lain kali makan je dulu. Alongkan selalu balik lambat."

Aku menggangguk. "okay."

Along menghampiriku setelah pintu rumah ditutup dan dikuncinya. Helmet motornya diletakkan di atas meja di ruang tamu. Rambutku dimainnya sebelum tangannya menghulurkan plastik bungkusan makanan di hadapanku.

"Ni, ada mee goreng along beli dekat mamak tadi."

Aku tersenyum kecil setelah tercium bau makanan yang masih hangat itu. Tanganku lantas mencapai bungkusan makanan itu. Aku berjalan ke meja makan.

"along tak makan sekali?"

Along menggeleng. "penat. Tapi along teman makan jelah. Ada benda sikit along nak cakap dengan kau."

Aku melihatnya dengan senyuman di bibirku. "okay kalau macam tu. Adik ambikkan pinggan dulu."

Aku meletakkan bungkusan makanan di atas meja. Makanan yang kubeli itu sudah sejuk sejak tadi dek terbiarkan lama di atas meja. Namun masih elok untuk dijamah.

Aku berjalan ke rak dapur untuk mengambil pinggan dan cawan.

Pinggan dan cawan tersebut aku letakkan di atas meja. Along memandangku dengan mata mengantuknya. Di bawah pancaran lampu siling itu, mataku menangkap kesan merah yang banyak di leher dan tangannya.

Aku terdiam seketika. Tanganku yang tadinya laju membuka bungkusan makanan menjadi perhalan. Along melihatku pelik namun dia sedar aku memandang leher dan tangannya.

"Along. Kenapa tangan, leher along merah-merah tu?" tanyaku. Meskipun aku sudah tahu jawapannya, aku Cuma mahukan kepastian agar dia tidak sakit. Hanya dia yang aku ada. Jika dia sakit, ke mana aku harus bergantung harap dan kasih sayang.

Along melepaskan batuk ringan. "takde apelah. Nyamuk je. Kau jangan risaulah. Aku tak sakit."

Aku memberikannya senyuman, cuba untuk meyakinkkan perasaanku. Sejujurnya aku tidak pernah kisah apa yang along lakukan. Cuma aku berharap dia tidak dipergunakan semata-mata. Manusia ni baik buruk mereka, semua ada tipu muslihat. Jika tidak, aku tidak akan dibiarkan dalam keadaan sebegini dengan Along.

"takpelah kalau macam tu. Ni along makan lah sekali. Tak lapar?"

Along menggeleng sambil tersenyum. "along mengantuk lah. Ni along Cuma nak cakap, dua tiga hari Along takde. Along ada hal luar. Along harap kau duduk rumah and jaga diri elok-elok."

Wajahku bertukar seraya mendengar ucapannya itu. wajahku yang tersenyum tadi kini hanya mendatar.

"Along bukan pergi bercuti. Kau tahu kan. Along kena kerja."

HateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang