"mana aku letak buku aku?"
Panik. Beg galas sekolah di tanganku itu aku tunggingkan. Namun yang keluar hanyalah buku-buku nota dan Latihan.
"aku tertinggal dekat sekolah ke?" rungutku. Kuku ibu jariku digigit.
"habislah aku kalau orang lain jumpa lepastu baca buku tu."
Aku lantas berdiri. Aku bermundar-mandir di dalam bilikku sambil memerah otakku, cuba mengingat kembali kejadian pada hari ini. Aku menggeleng, tewas.
"tak boleh jadi. Esok aku kena cari buku aku tu juga." Tegasku.
--
Esoknya aku ke sekolah lebih awal dari biasa. Namun sialnya harapanku musnah tatkala buku yang ku harapkan berada di bawah laci meja itu hanyalah harapan semata-mata. Aku menggaru kepalaku.
Aku menggigit bibirku, cuba mengalihkan rasa kesalku dengan menyakiti diriku sendiri.
"Bodoh! Kau memang bodoh Rudi. Kalau orang lain jumpa buku tu, pasti kau akan mati." gerutuku dalam hati.
"WOI!"
Seseorang berteriak memanggilku. Aku memusingkan badanku ke arah suara tersebut.
"alang-alang kau dah datang awal, kau sapu kelas ni dulu. Budak petang semalam tak kemas bersih." Mizi mengarahkan aku untuk mengemas kelas yang kelihatan agak berantakan itu.
Aku hanya mengangguk akur. Aku meletakkan beg galasku di tempat dudukku sebelum bergerak ke belakang kelas untuk mengambil penyapu dan penyodok.
Mizi yang telahpun merehatkan punggungnya di atas kerusi tempat duduknya itu mengeluarkan sesuatu dari begnya.
Aku mencuri pandang barang yang diletakkan di atas mejanya. Botol air mineral dan beberapa botol ubat yang tidak pernah aku lihat. Dia mengambil beberapa pil ubat dari botol itu sebelum memasukkan ke dalam mulutnya sebelum menelan dengan air mineral bersamanya.
Aku menyapu beberapa tempat yang jelas kelihatan kotor dan bersepah.
"woi!"
Sekali lagi Mizi memanggilku.
"kau nak tak?" Mizi menghulurkan kepadaku bungkusan plastik yang berisi kuih-muih.
Aku memandangnya keliru.
"kalau kau tak nak aku nak buang."
"Kau tak makan?"
Dia melepaskan keluhan kecil. "aku tak makan sarapan pagi. Nanti aku muntah. Entah kenapa mak aku still tak faham yang aku tak boleh amek breakfast awal pagi."
"kau nak tak nak?"
Aku mengangguk laju sebelum berjalan ke arahnya. Bungkusan plastic itu ku ambil dari tangannya.
"terima kasih."
"kau ada minyak angin?"
Aku mengangguk sebelum berjalan ke tempatku. Aku mengeluarkan minyak angin yang ku simpan di dalam poket kecil beg galasku.
"nah." Aku letakkan di atas mejanya.
"thanks." Balasnya. "kau boleh sambung kemas balik sebelum pelajar lain datang."
Aku menyimpan kuih pemberian Mizi ke dalam laci mejaku. Aku kembali menyapu lantai di sekitar kawasan dalam kelas itu. Sambil-sambil itu aku mencuri pandang ke arah Mizi yang menyapu minyak angin di dahi dan tengkuk belakang lehernya.
Mizi merupakan seorang pelajar yang mementingkan masanya untuk dihabiskan untuk belajar. Melihat nota dan buku Latihan yang sering dibawanya ke mana sahaja itu, sedikit mendatangkan cemburu dalam diriku. Seketika aku teringin berpijak di lantai bumi yang dipijaknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hate
Mystery / ThrillerAzim, seorang guru yang bertugas di tempat baru. Bertemu dengan seorang pelajar yang dibuli. Namun pihak sekolah tidak pernah mengambil berat akan isu buli itu. Malah membiarkan isu itu dengan membutakan mata atas alasan untuk membantu para pelajar...