Aku yang sedang meletakkan kertas tugasan pelajarku di atas mejaku di bilik guru itu tiba-tiba sahaja ditegur oleh seseorang.
"Cikgu Azim."
Aku menoleh.
Seseorang sedang berdiri sambil tersenyum panjang melihatku.
"Oh Cikgu Ayu. Kenapa Cikgu."
"Sabtu ni kan ada Gotong Royong Perdana, jadinya senarai guru-guru untuk membersihkan dan menghias bilik sudahpun diagihkan. Ni dia handout dia cikgu."
Aku mencapai sekeping kertas yang dihulurkan kepadaku. Mataku terus meneliti nama-nama dan bangunan yang tertera sambil mencari namaku sendiri.
"Oh, so saya kena handle bilik-bilik kosong bangunan Alpha ni? bukan ke bangunan Alpha tu memang tak digunakan langsung?" tanyaku.
Cikgu Ayu mengangguk.
"memandangkan bangunan Alpha tu memang sampai sekarang sekolah ni takde niat nak baiki dan guna sebab Cadangan asalnya nak robohkan dan bangunkan dewan besar dekat situ tapi tulah, kita kekurangan dana dan takde sebab untuk kita buat dewan baru jadinya semua plan tu terbengkalai. But, setiap tahun kita memang kena bersihkan sebab risau bersarang benda dan Binatang tak elok kan." Terangnya.
Aku mengangguk. "oh faham. Soal kunci saya nak kena dapatkan daripada siapa ya?"
Cikgu Ayu tersengih. "Cikgu jangan risau, nanti akan ada cikgu yang bertugas untuk majlis ni agihkan setiap kunci di atas meja kerja guru."
Aku mengangguk sekali lagi. "terima kasih Cikgu Ayu."
"bangunan lama tu agak kotor dan berhabuk sebab dah lama sangat tak guna. Kalau awak nak saya boleh mintak beberapa pelajar saya untuk bantu awak bersihkan ruangan tu."
"baiklah kalau macam tu. Sebab saya sendiri tak kenal student sini. Takutnya mereka tak nak tolong saya."
Cikgu Ayu menggeleng. "alah biasalah tu. Awal awal. Saya dulu masa first start jadi cikgu dekat sini, ramai student pandang saya serong. Tak hingin langsung nak tegur saya. Tapi bila kita dah ikut cara mereka, barulah mereka boleh rapat dengan saya."
"Cikgu Ayu rasa, saya akan bertahan lama tak dekat sekolah ni?"
Dia mengerutkan dahinya. Ketawa kecil bersambung kemudiannya.
"kenapa pula awak tanya macam tu?"
Aku mengangkat bahuku. "entah. Just a feel." Aku tersenyum kecil.
"perasaan awak je tu. Dahlah, jangan fikirkan sangat pasal budak budak dekat sekolah ni, dorang memang perangai macam ni, kita ni mungkin nama je cikgu. Tapi kita masih seorang pekerja. Orang yang makan gaji. Nak tak nak, suka ke tak, kita kena hadap demi mendapat gaji kan."
Aku mengangguk. "thank you Cikgu Ayu."
"sama-sama. If awak ada masalah, cerita je dekat saya. Saya sanggup dengar tau."
Aku membalasnya dengan menunjukkan ibu jariku.
"baiklah cikgu, saya nak gerak dulu. Ada kelas. Jangan lupa nanti contact saya kalau nak pakai pelajar untuk bersihkan bilik-bilik tu ya."
Aku mengangguk sekali lagi. Cikgu Ayu tersenyum sebelum berjalan pergi meninggalkan aku di ruangan itu.
Sebaik sahaja bayangan Cikgu Ayu hilang dari mataku, muncul sosok seseorang yang lainnya.
"Assalamualaikum Cikgu Azim, saya dah kumpulkan borang yang cikgu mintak kumpulkan haritu."
Aku mengangguk sambil mengambil borang yang telah dikumpulkan dari tangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hate
Misteri / ThrillerAzim, seorang guru yang bertugas di tempat baru. Bertemu dengan seorang pelajar yang dibuli. Namun pihak sekolah tidak pernah mengambil berat akan isu buli itu. Malah membiarkan isu itu dengan membutakan mata atas alasan untuk membantu para pelajar...