Pagi itu kelas aku seperti biasa berjalan dengan baiknya. Tiada apa-apa yang menarik yang berlaku dalam kelas ni. Semua pelajar behave seperti biasa dan mendengar kata. Aku yang baru sahaja selesai menulis nota pada papan putih segera kembali ke tempat dudukku.
"tolong salin nota yang saya conteng dekat papan putih ni dan hafal. Next class, saya akan buat quiz. Jadi take note semua." Pesanku.
Dari luar tingkap bangunan, aku memerhatikan beberapa pelajar sedang santai bersidai di tepi koridor bangunan. Aku tersenyum kecil. Terimbau semula kenangan lama ketika aku berada di tempat mereka. Seorang pelajar yang biasa yang tidak meletakkan cita-cita yang tinggi selain untuk lari dari kehidupan yang menyakitkan.
Sekolah adalah tempat yang paling istimewa dalam hidup setiap orang. Tempat bermula segala-galanya. First love. First competition. First crush. First in everything. First Hatred.
Bagiku, sekolah tempat aku memulakan langkahku. Langkah untuk aku lari dari realiti yang menyakitkan. Hanya berada di sekolah aku berasa tenang dan selamat. Dari situ aku tekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk aku lari dari rumah yang bersarungkan neraka itu.
Sehingga kini, meski aku masih menetap di sarang jahanam itu, namun aku tidak lagi rasa takut. Itu adalah perubahan yang aku mahukan. Aku bukanlah si penakut, pengecut yang senang-senang diperbodoh oleh orang lain terutama penghuni rumah itu. Misiku masih tergantung. Dendamku masih belum terkambus.
"Cikgu! Ada pelajar ketuk pintu."
Lamunanku terhenti. Aku mengalihkan pandangan ke arah pintu kelas itu. Seorang budak lelaki berdiri sambil membawa sekeping kertas.
"Assalamualaikum cikgu. Maaf menganggu. Ni, Cikgu Ayu suruh saya hantarkan surat untuk meeting petang ni bersama panitia bahasa."
"ahh okay terima kasih. Nanti cakap dekat cikgu Ayu cakap terima kasih kat dia ya." anggukku.
Aku mencapai kertas itu sebelum membaca isinya. Ternyata surat itu adalah notis pemberitahuan kepada guru tentang Gotong Royong Perdana yang akan dijalankan pada minggu ini. Setiap guru diharapkan untuk hadir ke mesyuarat itu untuk pengagihan tugas.
Aku hanya tersenyum sinis. Sekolah yang terbaik itu adalah sekolah yang sentiasa kelihatan bersih dan baru. Kebersihan luaran itu ibarat cermin yang akan menarik pelajar untuk memohon masuk ke sekolah itu. Bonus jika sekolah itu mempunyai rekod pendidikan yang cemerlang. Namun tak semua yang bersih dan baik itu mencerminkan suci. Lambat laun kesan kotoran itu akan jelas kelihatan juga.
--
Waktu rehat, aku berniat untuk merehatkan diri di mejaku. Namun tidak kusangka Cikgu Ayu terlebih dahulu berada di mejanya yang terletak bersebelahan dengan mejaku.
Aku memberinya senyuman lantas menegurnya. "tak pergi kantin ke cikgu?"
Cikgu Ayu yang sedang membetulkan bukunya di rak belakang mejanya itu memusingkan badannya, melihatku yang berdiri di sebelah mejanya. Dia lantas tersenyum panjang melihatku.
"eh cikgu Azim. Tak, saya bawa bekal je. Saya makan kat meja saya ni je. Malas lah nak ke kantin." balasnya.
Aku mengangguk faham. "oh faham. Yelah sekali sekala makan bekal sendiri lagi sedap dan jimat kan."
YOU ARE READING
Hate
Tajemnica / ThrillerAzim, seorang guru yang bertugas di tempat baru. Bertemu dengan seorang pelajar yang dibuli. Namun pihak sekolah tidak pernah mengambil berat akan isu buli itu. Malah membiarkan isu itu dengan membutakan mata atas alasan untuk membantu para pelajar...