Prolog

31 4 3
                                    


“Sorry, saya rasa kita tak serasi.”

Itu merupakan alasan yang diberikan oleh jejaka blind date aku yang pertama. Ini alasan yang paling biasa dengar dan aku tak rasa apa-apa. 

“Awak bukan taste saya, mungkin awak boleh tukar sikit fesyen awak. Peha awak lebar sangat, kawan saya baru buka gym. Kalau nak dapat discount, do tell me.”

Ini lahir-lahir memang mulut macam longkang tak tapis langsung. Dari awal taaruf, memang dah pangkah awal-awal. Bertahan 30 minit sahaja, rekod paling pantas blind date aku. Balik rumah menangis. Pedih tapi memang fakta bahawa aku kurang mengikuti fesyen ketika zaman universiti.

“Awak terlalu baik untuk saya.”

Ini pula dari blind date yang ketiga. Alasan yang aku selalu dengar dari zaman sekolah menengah lagi. Bila dengar pun dah takk terkejut.

“Enti terlalu berbeza dengan ana. Ana kalau boleh mencari zaujah yang berketerampilan untuk menjadi isteri yang solehah.”

Ini terlampau halal.  Jujur yang ini aku tak tahu nak respons apa dahulu. Silap langkah betul. Aku rasa dulu kawan aku perdajal aku bila dia aturkan blinde date dengan bakal ustaz.

Aku pulak baik sangat tak lari tinggalkan dia selepas dia memberitahu jurusan yang diambilnya. Hanya Allah yang tahu, betapa kuat aku nak gelak masa itu.

“You open minded tak? I ni touchy-touchy sikit. Kalau pegang tangan ke peluk ke halal la kan?” Tet. Terlampau haram sampai rasa nak pelangkung muka mamat tu. Kalau boleh ingat balik kawan aku yang rekomen dia tu memang aku maki sedas. Tapi bagus juga dia bagitahu dulu, senang aku nak blacklist awal-awal.

Itu semua pengalaman blind date aku semasa zaman universiti. Lain pula jadi bila aku pergi blind date zaman menganggur dulu. Waktu tunggu offer kerja masuk selepas puas pergi merata interview, rasa mungkin aku boleh try 2 atau 3 blind date untuk isi masa lapang. Hasilnya masih mengecewakan. Walaupun aku dah dress up punya elok, mengekalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan etika tatatertib ketika date yang paling berhemah pun masih tidak membuahkan hasil.

Paling bagus, semua blind date aku kata aku ni tampak seperti seorang perempuan yang high maintenance. Waktu menganggur pun kena macamtu lagila bila dah dapat kerja kan? Jadinya, aku berhenti terus. Cukup la aku membazirkan kudrat dan masa untuk benda yang tak diketahui lagi hasilnya macam mana.

Orang selalu tanya kenapa aku rajin sangat melibatkan diri dalam benda yang macam ni. Sudah terang lagi bersuluh la aku berusaha nak cari teman lelaki. Sebab paling kuat lagi, aku sangat lah single sampai tak tahu apa langkah pertama yang perlu dilakukan untuk ada teman lelaki.

Tapi, jujurlah aku kata aku tak berharap sangat semua blinde date yang aku pergi akan berjaya tapi soalan sebenarnya dekat mana lagi aku nak cari kalau dah dekat universiti pun tak menjadi. Orang kata kalau nak dia menjadi, kena ada usaha. Tapi dah cukup usaha dan kudrat aku beri.

Kisah cinta dalam drama dan novel jarang berlaku di dunia sebenar melainkan kau cantik. Fakta yang menyedihkan. Lagipun sewaktu aku mula-mula masuk matriks dulu, pensyarah aku pernah mengutarakan soalan paling menarik. “Sebenarnya, tempat mana yang sesuai untuk cari jodoh?”. Ramai  rakan sekelasku dulu memberi jawapan tipikal iaitu masjid. Seingat aku, dia mengulas yang masjid bukan jawapan yang paling tepat untuk mencari jodoh kerana kebanyakan lelaki sering berkunjung ke masjid merupakan suami orang dan sudah berusia. Tinggi kemungkinan untuk menjadi isteri kedua atau ketiga yang pasti bukan yang pertama. Kalau pemuda yang bujang pula, aku tak rasa cukup sekufu kerana aku sedar ilmu agama aku masih kurang kalau nak dibandingkan dengan pelajar agama macam ‘ustaz’ yang pernah aku berjanji temu secara buta.
Jawapan lain seperti perpustakaan sangatlah mustahil untuk berlaku. Aku luangkan masa paling banyak bertapa di perpustakaan tapi tak adalah pula muncul lelaki handsome yang aku terserempak dekat rak buku dan pura-pura terjatuh macam dalam drama korea  ‘Extraordinary You’. Semuanya dusta! Ceh, salah aku juga terlampau taksub dengan drama korea. Disebabkan terlalu buntu dengan soalan pensyarah tersebut, aku mula mencari inisiatif dengan menjebakkan diri dalam program blind date.

Lamunan aku terganggu apabila mendapat panggilan daripada Along. Sangat jarang ya dia menelefon pada hari bekerja kerana aku cukup tahu yang dia sangat sibuk bekerja sampai jarang tengok phone. Aku membiarkan lagu Jannabi- She berkumandang untuk 5 saat baru aku mengangkatnya.

“Assalamualaikum, Dali adik yang along sayang.”

“Eii, apani long. Kau nak apa ni baik cakap cepat!!”

“Jawab la salam dulu, along nak propose pun takut.”

“Waalaikumsalam”.

“Macam ni, kau ada craving apa-apa tak? Aku rasa bermurah hati nak belanja.”

Aku diam. Sangat mengejutkan ya, along aku jarang belanja lepas aku dah mula berkerja.

“Kau ni fishy la long, straight to the point je la. Aku ni bukannya penyabar sangat.”

“Okay, along ada buat something which you might marah along..”

“Kau buat apa..”, suara aku dah mula kedengaran nak makan orang. Nasib dia bukan depan muka aku,  kalau tak memang habis kena cubit.

“Dali, sorry sangat!! Tapi kau kena tolong along!”

“Kau nak aku tolong apa sampai ambil masa nak bagitau aku ni?”

“Ala, Dali. Aku cakap kau jangan marah..”

“Belum cakap lagi dah buat aku marah. Cepat la apa dia nak minta tolong? Pujuk Kak Mira, tunang kau tu ke?”

“Bukan. Aku okay je dengan dia. Ni masalah dia kau.”

“Apa yang tak kena dengan Dali?”

“Kau single sangat.....”

“So?”

“Aku tercakap dekat kawan aku yang kau kata kau setuju nak pergi blind date dengan dia.”

“What?!!!!!!!!”

B for Blind, D for DatesWhere stories live. Discover now