Bab 4

23 1 0
                                    


Aku pulang ke rumah dengan badan yang agak sengal-sengal sedikit. Dah lama tak keluar bersosial mungkin. Tapi, aneh. Aku tak rasa penat sampai nak kurungkan diri dalam bilik. Walaupun, kasut tumit tinggi patah dan hampir kena langgar, harini tidak lah teruk sangat. Selalunya, kalau aku dah cukup banyak keluar berjumpa orang, aku akan berkurung hari seterusnya. Pelik sebab aku rasa aku masih ada tenaga kalau nak keluar esok. Bukan selalu aku rasa macam ni. Bolehlah, esok pergi jogging.

Tuala aku capai dan aku bersihkan diri untuk bersiap-siap solat maghrib. Seusai solat, aku berfikir sejenak. Aku tak rasa dia jodoh aku tapi dia nampak baik. Ya Allah, tunjukkanlah aku hidayah, Jika dia jodoh aku dekatkanlah, jika bukan, jauhkanlah. Amin.

Aku habiskan masa lepas maghrib membaca buku-buku yang aku beli tapi tak sempat baca selepas membaca al-quran. Tiba waktu Isyak, aku lantas solat dan selepas itu membuka telekung. Akhirnya, boleh rehat. Aku bergolek dan membaluti tubuh dengan selimut gebu milikku. Baru lima minit terlelap, aku nampak nama along tertera di skrin telefon.

Dia ni kan, kacau daun betul. Baru nak mimpi best-best.

"Assalamualaikum long."

"Waalaikumsalam, Dali, apa update? Okay tak?"

"Sibuk la kau long. Kau suka dekat dia ke?"

"Suka la sebab dia member aku yang paling baik dan soleh. Aku nak la kau jadi dengan dia."

"Tapi..."

"Tapi apa Dalia? Dia ada buat benda tak senonoh ke?"

"Eh tak la." 

"Aku agak dah. Selalu yang tak senonoh ni kau je." Eh eh, suka hati je menabur fitnah!

"Along, kau jangan sampai aku jaja cerita buruk kau dekat tunang kau."

"Tak jalan la cerita kau tu. Aku ni jujur, semua benda aku cerita dekat dia. Sekarang ni apa review kau pasal Malik? Apa pet peeves kau setakat ni?"

"Aku tak suka sebab dia selalu ambik gambar. " Saja bagi alasan sebab setakat ini aku belum jumpa minus point untuk menolak Malik.

"La, sebab tu je ke? Punyala pelik perangai kau. Dia buat sebab dia sayang hang la oi. Jangan nak fikir teruk-teruk. Dia nak tengok muka hang selalu la. Boleh print, boleh simpan dalam wallet. Dia ambik gamabr minta izin kan, bukan tak minta. Haih, budak ni. "

"Hmm yela.." Tadi tanya, alih-alih kena ceramah. Menyampah betul cerita dekat dia ni, macam cerita dekat Mama dan Abah sahaja.

"Tapi, korang dua jadi kan?", along meminta kepastian dan semestinya berharap.

"Hmm entah la along. Buat masa sekarang ya la kut. Belum dipertimbangkan untuk jadi boyfriend."

"Apa? Kau ni, jangan tutup sangat hati tu."

"Ya la long, baru sekali jumpa. Tengok la nanti."

Aku ucap salam dan meletakkan panggilan. Stress pulak aku. Susah juga ada abang terlalu caring ni, macam bukan abang tapi kakak. Kak Ngah pun tak sibuk nak tahu dengan siapa aku date.Tidur je la, tak payah fikir banyak.

---

Pagi yang dinantikan telah tiba. Aku bawa sandwich telur dan epal hijau sebagai bekal untuk aku bersarapan dalam kereta. Tudung bawal aku betulkan bentuknya biar menjadi bulat seperti jambatan. Tak suka betul tudung ni, tapi tudung ni paling mesra sukan. Nipis dia biasa-biasa dan patuh syariah. Kalau aku pakai shawl jersey, nampak selekeh sangat apatah lagi pakai shawl nanti over sangat padahal nak jogging je. Semua ni berdasarkan pemerhatian aku semasa aku sambung belajar di universiti dulu. Pernah pakai tudung sekolah hitam dua lapis, orang cop budak sekolah terus. Sedih aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

B for Blind, D for DatesWhere stories live. Discover now