Bab 2

14 3 3
                                    


Selepas janji temu bersama Malik, hari aku berjalan seperti biasa. Siapa Malik? Pelik bukan? Aku pun tak perasan jejaka blind date haritu lupa bagitahu nama dia dan aku seolah-olah tak berminat nak tahu nama dia. Selepas balik date haritu, dia perkenalkan nama dia dan hantar semua gambar yang dia ambil tempoh hari. 

Hari aku yang biasa sudah bermula di mana kerja yang bertimbun itu sudah pasti ada. Dah nama pun kerja kan? Tak sangka aku yang otak udang ni mampu sampai ke tahap ni kerana aku hampir putus asa setengah jalan untuk menghabiskan degree dahulu. Aku mendapat tawaran kerja sebagai conveyancing lawyer. Secara umumnya, aku menguruskan hal berkaitan kontrak, jual beli rumah, dan seangkatan dengannya. Walaupun dulu aku agak benci dengan subjek kontrak, tapi tiada pilihan bagiku.

 Selepas tamat belajar, aku baru sedar aku tak berapa gemar mewakili client di dalam mahkamah. Cukup sahaja aku menguruskan dokumen mereka dan pergi ke mahkamah bila perlu. Sekarang bila dah kerja, takut buat salah sahaja yang memenuhi minda aku. Carrymark dan CGPA tidak lagi bermaharajalela dan menghantui aku siang dan malam. Kalau salah teruk, kemungkinan untuk dibuang kerja sangat tinggi. Aku tak mampu untuk menganggur, siapa pulak nak bayarkan hutang degree ni. Alangkah bagusnya kalau ada putera raja berkuda yang datang dalam hidup aku dan berkata, "Jangan risau, Dalia. Hutang awak saya dah selesaikan. You just need to marry me." Bersama senyuman yang menawan dan duit yang berkepuk-kepuk. Indahnya.

"Hah! Termenung!", muncul suara menyergah aku dan menganggu.

"Kus semangat. Apasal kau kacau aku ni? Banyak kerja la nak buat." Aku mula membebel untuk menutup malu kerana berangan waktu bekerja.

"Eleh kau. Kau kan suka berangan. Macam aku tak tahu. Anyway, apa jadi dengan date kau? O.K ke K.O?", tanya rakan sekerjaku Layla. Compartment nya terletak bersebelahan dengan aku. Apalagi, suka la dia setiap kali bergossip.

"Kau kenapa nak tahu? Dah habis kerja? Nak tolong aku? Banyak lagi kerja yang nak kena buat ni ", soalku sambil memandangnya tanpa riak.

Dia mencebik dan pura-pura ingin merajuk. "Alah kau ni. Aku tanya je sebab aku nampak ada makanan dekat kaunter pertanyaan atas nama kau. Mungkin date kau yang bagi?"

Perut aku tiba-tiba berbunyi selepas mendengar perkataan makanan. Refleks mungkin.

"Serious la. Asal tak bagi tahu dari tadi?! Lapar gila siot."

Aku meninggalkan Layla dan berlari ke kaunter pertanyaan dan bertanyakan makanan tersebut. Rupanya, sushi tapi bukan sushi biasa-biasa. Sushi yang berada di tangan aku ini merupakan sushi lokal yang membuat sushi yang kena dengan tekak melayu. Menu yang diseadiakan pula sangat banyak dan kebanyakkannya sangat sedap. Sushi sotong kurita, dia bagi sotong besar. Tak kedekut langsung. Aku belek makanan dalam plastik. 1 kotak nasi mentai dan 4 roll sushi pelbagai perisa. Gila, banyaknya. Aku cari kut-kut ada kad untuk aku. Tiada.

Aku pantas kembali ke compartment aku dengan makanan di tangan. Tangan aku basuh di pantry dan sambil itu aku menghantar teks kepada Malik untuk bertanyakan tentang sushi dan nasi mentai yang bakal aku habiskan nanti. Sushi aku buka dan hidangkan untuk aku dan Layla.

"Pergh babe. Sushi siot. Macam tahu-tahu je aku ngidam. Cakap terima kasih dekat dia nanti." Layla mula menyerbu dan mengambil sepotong sushi yang paling gemuk dan selamat masuk ke dalam mulutnya. Aku mula menyenduk nasi mentai tersebut dan merasanya. "Sedap gila, out of the world."

"Kan!! Gila la taste makanan dia boleh tahan juga." Layla tak habis memuji kesedapan makanan percuma yang sedang disantap olehnya. Bunyi titisan air menandakan text masuk. Aku melihat namanya terpapar di skrin.

Malik Ashtar:

Yes, I order untuk you.

Sorry, lupa inform.

B for Blind, D for DatesWhere stories live. Discover now