Bab 1

19 3 3
                                    


Aku tak boleh tidur semalam selepas Along last minute bagitahu yang aku kena pergi blind date dengan kawan dia. Tak faham aku, banyak-banyak orang, kawan dia jugak dia pilih. Aku pergi kali ni pun sebab dia janji nak belikan 10 novel dekat Kinokuniya. Orang dah bagi, takkan nak tolak. Harga novel dekat Kinokuniya tu mahal gila kut, memang rezeki terpijak la orang kata. Pergi blinde date je pun, celah gigi aku jela. 

Celah gigi la sangat. Sekarang bilik aku dah macam tongkang pecah sebab baju semua bersepah atas lantai. Aku tak tahu nak pakai baju apa! Nervous pun ada. Macam mana kalau kena reject sebab tak cantik? Like again? Takut..

Aku mengambil telefon pintar dan membuka aplikasi pinterest untuk mencari tema dan warna yang bersesuaian untuk outfit harini. 

I see, kalau warna ni cantik juga kan? Okay, okay. 

Lantas, aku mencari baju yang hampir sama dengan outfit inspiration yang aku jumpa sebentar tadi. Aku mengenakan dress simple berwarna biru muda dan aku padankan dengan tudung bertona kelabu muda.  Sling bag putih serta kasut bertumit rata berwarna krim menjadi pilihan aku untuk harin ini. Minyak wangi aku sembur beberapa kali sampai puas hati. Lipstick bertona suam sesuai dengan kulit, aku calitkan dengan kemas. Akhir sekali, lukis eyeliner bagi nampak comel sikit. Done!

Aku berpusing di hadapan cermin ala-ala puteri Disney. Cantik-cantik macam ni kalau kena reject tak tahu nak cakap apa. 

Aku melihat jam di tangan, alamak ni kalau lambat lagi 10 minit maunya sangkut jalan sesak nanti. Aku menyambar kunci dan mengunci pintu rumah. Punat lif aku tekan dan berlalu ke kawasan parking. Sejurus itu, aku memanaskan enjin kereta dan bergerak ke destinasi yang telah dihantar oleh kawan Along tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Malik.
Sejurus sampai di cafe, aku menghantar text kepada Malik, kawan along tersebut memberitahu bahawa aku sudah sampai. Cepatnya dia balas. I see, fast replier. Menarik. Aku keluar dari kereta sejurus mematikan enjin.

 Jejaka Blind Date: "Kemeja krim, seluar coklat dan senyuman manis."

 
Perasannya! Perlu ke tambah part last tu? Takpelah, bagi chance dekat dia. Nanti tengok manis ke tak manis.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Tak tahu kenapa nervous dan gelabah semacam. Bukan kali pertama pergi blinde date. Mungkin aku takut akan penerimaan dia kerana aku dah mula mereka senario yang mungkin akan berlaku sekejap lagi. Mungkin dia akan terkejut melihat muka aku yang sangat biasa dan memberi alasan cliché yang lazim didengari.

Walaupun, berbakul makian aku berikan kepada Along tempoh hari kerana bertindak tanpa menyoal aku dahulu. Aku terpaksa buat semua ni sebab Along banyak tolong aku, dan ini salah satu cara untuk aku balas balik jasa dia. Tak dilupakan, sebab sogokan Kinokuniya tu. Ah, lantaklah! Here goes for nothing.

 
Aku membuka pintu cafe dan terus nampak dia. Tak perlu susah payah pusing café dan meneliti sorang-sorang pelanggan di café tersebut. Bukan main seronok dia melambai sampai aku tiba di mejanya. Berbaju krim dan ya, senyuman manis. Betul la dia ni, tak salah lagi.

 
"Hi, saya kawan Along awak. Malik Ashtar." Dia bangun dan menarik kerusi untukku. Aku menunduk dan berterima kasih atas perbuatannya yang orang selalu gelarkan sebagai budiman.

 
"Hi, saya Daliana Afifah. Nice to meet you.", ujarku selepas dia duduk berhadapan denganku.

 
"It always have been a pleasure meeting you."

 
Tiba-tiba pelayan datang membawa menu untuk mengambil pesanan. "Selamat tengahari and welcome to Happy Cafe. Encik dan Puan nak order apa?"

Aku membelek menu lama. Kebanyakan makanan yang tertera di dalam menu ini berunsurkan makanan barat..

B for Blind, D for DatesWhere stories live. Discover now