2

1 0 0
                                    

Ruang tamu keluarga Encik Shamsul kini diisi dengan kesunyian. Tiada yang berani buka mulut.

Ada yang fokus mata ke kaca tv, ada yang sibuk membelai kucing dan ada juga yang fokus bermain telefon.

"Hubungan kamu dengan Faiz macam mana kakak, dah lama Faiz tak datang rumah" Puan Linda bersuara memecah sunyi.

Damia yang sedang membelai Berry, kucing keluarga mereka tersentak dengan pertanyaan Puan Linda atau digelar mak. Kelu, sudah sebulan mereka memutuskan tali pertunangan dan tidak pernah dia membuka mulut untuk beritahu perkara sebenar.

"Faiz minta putus" katanya berhati-hati.

Encik Shamsul yang sedang meneguk kopi berasap nipis hampir tersedak.

"Macam mana boleh putus?" Puan Linda mahukan penerangan.

Damia hanya diam. Tidak mahu keluarganya tahu sebab utama hubungan mereka hanya sekerat jalan.

"Dah tak ada jodoh nak buat macam mana Linda" ayah berbunyi.

Puan Linda hanya menggeleng tidak tahu apa yang mahu dikatakan.

"Kakak masuk dulu ye mak" Damia minta izin sebelum pergi ke bilik tidurnya.

"Abang dengan Nia pun masuk dulu ya mak " pinta adik lelaki Damia, Firdaus.

"Tapi Nia nak tengok cartoon " Nia atau adik bongsu mereka membantah.

"Esok kan adik sekolah, nanti bangun lambat macam mana" pujuk Firdaus penuh sabar.

Nia memandang Puan Linda penuh berharap.

"Adik tidur ya, esok mak masak nasi goreng kegemaran adik" Puan Linda turut memujuk. Kata-kata Puan Linda hadirkan senyuman paling lebar di wajah Nia.

"Ok, Nia tidur sekarang" berlari dia ke bilik tidur tanpa melihat kiri kanan. Umpan nasi goreng terus jalan, mudah betul budak ni. Firdaus menggeleng kecil.

"Nia hati-hati nanti jatuh" pesan Encik Shamsul.

Firdaus hanya menggeleng dan mengikut langkah adiknya.

Firdaus hampir menjerik apabila dia perasan terdapat seseorang di sebalik tangga. Laju Damia menekup mulut Firdaus sebelum mengeluarkan sebarang bunyi.

"Kenapa tak tidur lagi" Firdaus bertanya dalam bisik.

Damia meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Sebagai isyarat untuk Firdaus 'diam'. Firdaus hanya mengangguk dan berdiri di sebelah kakaknya.

"Abang saya risaulah pasal Damia" kedengar suara Puan Linda dari arah ruang tamu.

"Awak risau pasal Damia ke, awak tak tahan dengan soalan Senah yang selalu tanya bila Damia nak khawin."

Puan Linda diam di tempatnya.

"Jodoh di tangan tuhan sayang, jodoh tidak boleh dipaksa. Mencari pasangan hidup yang boleh bimbing kita hingga ke syurga memang susah tapi bila dapat yakinlah ia sangat indah. Macam kita, kita berdoalah banyak-banyak untuk permudahkan urusan"

Puan Linda mengangguk perlahan.

Firdaus menatap sayu air jernih yang perlahan-lahan membasahi pipi Damia. Tangan bergerak mengosok belakang kakaknya.

"Jom tidur" ajak Damia lalu berlalu dari situ tanpa menunggu  balas dari Firdaus.

Sekuntung BungaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang