3

0 0 0
                                    

Kawasan yang sesak didalam buat Damia terasa sukar untuk bernafas membawa dirinya keluar sendiri.

Dalam diam terbit rasa menyesal sebab ikut Mikaila ke majlis reunion sekolah menengahnya. Asalnya dia menolak keras-kerasan tapi melihat Mikaila yang tak henti mengajaknya bersama Damia turutkan aje.

"Hai, kenapa duduk luar"

Damia diam tidak menjawab.

"Orang tanya tu jawab ler" suara garau itu menyindir.

"Ambik angin" muka langsung tidak memandang sang bertanya soalan.

"Kau agak-agak ah nak ambik angin tempat macam ni" Iman mula pelik dengar wanita di depannya. Seriuslah kau ambik angin dekat rooftop gelap ni.

"Asalkan tak sesak dan aku dapat bernafas" bersahaja tona suaranya.

"Aku Iman, Norul Iman" Iman memecah sunyi yang dicipta antara mereka.

"Damia, Awatif Damia" Iman tersenyum dalam diam. Tidak sangka sapaannya dibalas.

"Jap, Awatif Damia?" Iman ulang nama itu sekali lagi.

Kening Damia terjungkit sebelah. Pelik.

"AKU INGAT KAU!!" jerik Iman tiba-tiba. Menambah kedut di dahi Damia, terlebih minum sirap ke apa budak ni hyper semacam je.

"Kau tak ingat aku ke?" Iman mula bertenang dan bertanya.

Damia geleng kecil.

"Ni akulah Iman"

"Aku tahulah kau Iman..."

Mata Iman bersinar terang tapi hanya sebentar sebelum.

"Tadi kan kau dah bagitau nama kau" bahu Iman mengendur ke bawah.

"Sampai hati kau lupa aku" Damia ketawa perlahan melihat riaksi Iman yang masam mencuka.

"Buruk tahu tak bila kau buat muka macam tu"

"Aku ingatlah kau, mana boleh lupa dekat satu-satunya lelaki yang aku  pernah confess  masa zaman sekolah dulu"

Mata Iman terbeliak luas mendengar kenyataan itu.

"Seriously ,banyak lagi kot kau boleh ungkit tapi kenapa kau pilih yang tu?" Dengan keberanian yang masih bersisa Iman bertanya. Nasib sahaja kawasan yang mereka duduk gelap kalau tidak, memang jelas terselah pipi Damia yang bertukar merah.

Damia menjuling mata keatas.

"Mana boleh lupa abang kpop sekolah yang ada dekat depan aku sekarang ni" masih segar di ingatannya tentang gaya rambut dan style Iman yang berbeza dari pelajar lain buat junior ramai tertarik dengannya.

"Eleh kau nak cover konon, kau nak cakap aku hensem kan?"

"Memang tak boleh nafi kau memang hensem masa sekolah dulu" Iman tersenyum kambing.

"Apa kau ni puji aku malam macam ni, nasib baik aku dah tak available .Kalau tak esok juga aku jumpa mak ayah kau"  Kata Iman sambil mata memandang ke dada langit yang penuh dengan sinaran bintang.

"Puji sikit dah nak jumpa mak ayah apalah kau ni..." Jeda.

"Eh.. Tadi kau cakap dah tak available ?Apa maksud kau, ke kau dah khawin. Oh my gucci dekat depan aku suami orang, baik kau masuk dalam cari isteri kau kesian dia kena tinggal" Damia membuat gaya menghalau.

Iman ketawa besar dengan telatah Damia.

"Bukanlah, ada ke patut ingat aku dah khawin. Baru tunang" Damia tepuk dahi.

"Mesti cantikkan" Damia turut pandang langit.

"Jap" tidak lama selepas itu telefon Iman bertukar tangan.

"Cantiknya Iman!!!" Kata Damia teruja sampai terlompat kecil di tempatnya.

"Aku dengar kau pun dah tunang haritu" kenyataan Iman mematikan senyum Damia.

"Nah" telefon Iman disua kembali.

"Tak best lah cerita aku" katanya dibawah nafas.

"Lah, kenapa pulak?"

"Apa nama dia? Kau tak cerita pon macam mana kau kenal dia? Dah lama tak contact, know know dah jadi tunang orang-"

"Damia jawab soalan aku" Iman mencantas percakapan Damia.

"Tak ada jodoh nak buat macam mana" berat mulut ingin mengutarakan kata itu.

"Now kau pulak jawab soalan aku" laju sahaja Damia menukar emosi buat Iman heran dengannya. Kejapnya budak ni.

"Laila, nama dia Laila. Kitorang kenal dua minggu pastu aku ajak dia tunang" Iman menjawab pendek.

"Comelnya kawan aku ni-" belum Damia habiskan ayat telefon didalam poketnya berdering minta diangkat.

"Ape?"

"Kau dah balik ke? Kenapa aku cari tak jumpa?"

"Tak balik lagi"

"Dekat mana kau sekarang?"

"Ade ni dekat..... Atas"

"Kau buat apa bedah dekat atas sana?" Hampir menjerit Mikaila bertanya.

"Ambik angin" Damia tersengih dihujung ayat.

"Baik kau turun sekarang, kau tak aku tinggal kau kat sini biar tak boleh balik" ugut Mikaila.

"Ya, aku on the way" Damia putuskan panggilan.

"Iman aku balik dulu, Mikaila dah tunggu. Bye" Damia pergi tanpa menunggu balasan dari Iman.

"Bye!" Balas Iman kuat kerana langkah Damia yang semakin menjauh.

"Aku harap ini bukan kali terakhir" perlahan sahaja ayat itu keluar dari bibirnya.

Sekuntung BungaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang