" a little bit spoiler 💾 "

27 5 2
                                    

bunyi hujan menjadi lagu latar belakang antara dua manusia yang berdiri menghadap antara satu sama lain. jarak 2 meter dikekalkan.

seorang lelaki yang memakai bingkai kaca mata memandang ke arah wajah perempuan yang berada di hadapannya.

mereka berdua sudah pun basah kuyup. namun, tetap tidak diendahkan dengan pakaian sekolah mereka yang sudah basah lencun akibat dek hujan.

si gadis yang berdiri dengan wajahnya yang masam mencuka memandang si jejaka yang setia memandang ke arahnya.

“  aku tak tahu ini kali keberapa aku cakap kat kau. aku tak pernah pun ada hati kat kau. bila masa pula aku jadi kekasih kau? kau budak nerd kot dalam kelas aku. ” kata gadis itu.

si nerd yang dikatakannya itu hanya memandang ke arahnya dengan senyuman. air mata jernihnya menitis. dia cuba mengawal emosi.

“ aku kekasih pertama kau, hana. aku lah yang selalu berjuang untuk dapatkan hati kau yang keras tu. tak semua lelaki akan buat begitu, hana. ” balasnya.

hana hanya membuat muka tidak ada perasaan. dia menghelakan nafasnya sebelum memulakan lagi bicara.

“ kau sayang sangat kat aku kan? ok, kalau kau sayang kat aku, tolong jangan kejar aku lagi. tolong jangan kacau ataupun nak ambil hati aku lagi. aku benci orang yang annoying pastu nerd maca kau. aku tak suka kau. aku benci kau sangat sangat, kim doyoung! ”

doyoung menahan tangisnya apabila mendengar balasan hana. perkataan benci itu sungguh mengguris hatinya. tapi, dia harus tabah menelan ayat itu. air matanya tetap menitis namun hana tidak nampak kerana hujan juga membasahi wajah mereka.

“ aku akan setia menunggu kau, hana. walaupun kau mungkin tak akan ingat aku dan kisah cinta kita. sekarang kau sangat membenci aku. tapi aku tak dapat benci kau langsung walaupun sedikit. maafkan aku, hana. ”

setelah mendengar apa yang doyoung katakan itu, hana pun berkata.

“ pergilah dari hidup aku, kim doyoung! ”

______

wait for the next chapter !
AQUAENHA yoshahi-CutieMeow375 Littlekebin
callmeyyika llyxdv_chooalte- wtnabesruto s00hyyg

✧ 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗿𝘆 ; 𝗼𝗳 𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 ♡ - kim doyoung [ SU ]Where stories live. Discover now