1 ; " first meet "

27 8 6
                                    

kim doyoung. kekal di mejanya sendiri. dia mengerjakan kiraan matematik yang baru sahaja dijumpainya. memang itu lah doyoung. budak nerd yang selalu dipandang rendah kerana wajahnya dihiasi bingkai kaca mata yang tebal.

matanya terlalu fokus dengan tugasnya sehinggakan bunyi tawa pelajar perempuan yang gedik yang seiras pontianak juga tidak dihiraukan.

“ okay. sikit lagi... and... done. ” doyoung tersenyum sebelum melepaskan pen hitam yang dipegangnya.

walaupun agak mudah namun doyoung tetap melatih dirinya supaya dapat mempertingkatkan lagi kefahamannya dalam subjek yang paling dibenci oleh ramai pelajar iaitu, mental abuse to human ( math )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

walaupun agak mudah namun doyoung tetap melatih dirinya supaya dapat mempertingkatkan lagi kefahamannya dalam subjek yang paling dibenci oleh ramai pelajar iaitu, mental abuse to human ( math )

“ tch. bosanlah tengok si nerd tu didalam kelas kita. mata dia asyik tengok kat buku saja. tak ada hiburan langsung. ”

“ dia kalau dengan spek mata tebal dia memang tak berpisah. sebab tu lah tak ada siapa nak dia. kahwin je lah dengan spek mata tu, hihihi

doyoung terdengar bisikan dari beberapa pelajar perempuan yang digelar sebagai ‘ ratu bawang ’ yang mengata pasal dirinya.

doyoung hanya menggeleng kepala. hatinya membisik.

apa masalah dorang eh? aku pakai spek mata pun nak sibuk. aku baca buku pun nak sibuk. eloklah baca buku daripada nak mengata pasal orang je kerja.

nafasnya dihela.

huhh..

dia menyimpan buku latihan matematiknya kedalam beg lalu mengeluarkan lagi buku yang bersaiz a5.

buku itu hanyalah buku biasa. dengan cover buku yang berwarna putih itu, bersama dengan ada huruf D pada muka depan buku itu menjadi diarinya.

dia menyelak halaman muka surat diarinya yang belum ditulis. pen hitam di ambil lalu menari-nari di atas permukaan kertas diarinya.

dear diary,

aku selalu dipandang hina oleh classmate aku. ah, sudah tentulah pelajar-pelajar yang berada di kelas lain juga begitu. apa salah aku? kalau aku tidak good-looking pun, takkan dorang semua benci aku? huh. biarlah. aku tak kisah sangat pun.

hm.. tapi kan, aku pun pernah terfikir. ramai happy couple dekat sekolah ni. macam mana eh mereka boleh jatuh cinta? eh-

JATUH CINTA? apa itu cinta? cinta.. ayat yang paling pelik yang aku pernah tulis. cinta.. selalu didengari namun tak pernah merasa.

aduh. macam-macamlah aku ni. cikgu dah nak datang. lebih baik aku lupakan dulu. see you again, diary ku.

kim doyoung. ”

kelas mereka yang riuh tadi kini menjadi sedikit senyap apabila cikgu mereka sampai dengan seorang pelajar perempuan yang mengekori dari belakang.

doyoung hanya memandang ke arah papan tanda putih. tidak menghiraukan apa yang dibawa oleh cikgunya.

dan, semasa cikgu itu ingin masuk, dia ternampak seorang pelajar perempuan mengekori gerakan cikgu itu. matanya tidak berhenti memandang ke arah pelajar perempuan yang berambut panjang paras pinggang dilepaskan.

“ selamat pagi, semua. cikgu nak beritahu yang kelas kamu ni ada pelajar baharu. kenalkan diri kamu, ya. ” kata cikgu lee.

pelajar perempuan itu menundukkan dirinya lalu berdiri tegak semula. dia memberikan senyuman manis kepada semua penghuni kelas itu sebelum memperkenalkan dirinya.

“ hello, nama saya yoon hana. saya dari yongin, gyeonggi. saya berpindah ke sini kerana eomma dan appa saya membuka kedai baharu di seoul. gembira kerana dapat berjumpa dengan kalian. ”

doyoung setia mendengar. matanya pula tidak bosan memandang wajah hana. hana tersenyum lagi apabila cikgu menyuruh dia untuk duduk di sebelah doyoung. doyoung? hatinya sangat gembira kerana akhirnya ada juga yang duduk disebelahnya.

“ okay, cikgu nak salah satu dari kamu bawa hana untuk tengok sekeliling sekolah. disebabkan dia pelajar baharu, kita perlulah tolong dia. ”

“ saya cikgu! saya akan tolong dia! ” laju sahaja pelajar lelaki dalam kelas itu bangun dari kerusi mereka.

“ cikgu, saya akan tolong dia! ” seorang lagi yang menawarkan diri untuk mengiring hana.

“ saya, cikgu! biar saya tolong hana! ”

“ cikgu, saya boleh tolong cikgu! ”

suasana kelas bising semula. ramai pelajar lelaki ingin menawarkan diri bahkan ada yang sampai menunjukkan kelebihan tersendiri.

“ okay, sudah. cikgu dah buat pilihan. waktu rehat nanti, cikgu nak kim doyoung untuk bawa hana mengelilingi sekolah. ” kata cikgu lee lalu memandang ke arah doyoung.

doyoung mengangguk kepalanya.

“ cikgu? cikgu nak budak nerd ni bawa hana? cikgu, kalau si nerd ni bawa hana, memang sampai ke bandar seoul dia bawa. nanti sesat, susah juga nak cari dorang. ye la kan, si nerd memang gitu cikgu. nampak je macam pelajar pintar tapi tak pintar pun cikgu. ” panjang lebar si pelajar lelaki yang bernama ‘ kim yohan itu

“ amboi. main sedap je kau cakap tu dekat harapan kelas ni? cikgu lagi bangga doyoung ada di dalam kelas ni sebab doyoung la menaikkan prestasi kelas ni tau. result exam dia sudah pun pecah teruk dengan rekod cemerlang sekolah. jangan nak judge orang lebih-lebih ya. luaran je nampak hensem / lawa , tapi hati busuk macam bangkai. ” begitu tajam ayat cikgu lee menusuk hati yohan dan pelajar lain.

betul la kan apa yang kita selalu dengar. no one is perfect.

“ dah, sekarang mari buka buku teks muka surat 67. cikgu nak kamu semua baca dengan teliti, ya. ”

semua pelajar dalam kelas itu pun membuka buku mereka. doyoung memandang ke arah hana. dia tahu hana masih belum ada buku teks sekolah. jadi, dia pun menanya.

“ hi, hana. mari kita kongsi buku teks sama-sama. ” kata doyoung.

hana memandang ke arah doyoung dengan tatapan yang tenang. dia mengangguk. doyoung duduk disebelah hana.

hati anak kim berdetak laju. pipinya merona merah. doyoung menelan air liurnya. gila, apakah yang dia rasa sekarang ini??







tak kan lah ini.. namanya.. jatuh cinta?







______

tags :
Littlekebin  wtnabesruto yoshahi- -ateez_shiber- yoonluvs-

✧ 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗿𝘆 ; 𝗼𝗳 𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 ♡ - kim doyoung [ SU ]Where stories live. Discover now