2 ; " yoon hana "

26 4 1
                                    

yoon hana, si gadis mempunyai senyuman yang manis. gadis yang mempunyai rambut panjang berwarna coklat gelap. gadis yang memiliki mata yang indah. sesiapa sahaja yang memandangnya, pasti akan jatuh cinta.

yoon hana, gadis yang membuatkan aku merasa apa itu jatuh cinta. gadis yang membuatkan aku ingin mengenal apa itu cinta.

yoon hana, cinta pertama aku. gadis yang menjadi penghuni hati aku yang dahulunya kosong tanpa penghuni.

yoon hana, mahukah dia menjadi kekasih aku? tapi, adakah dia menerima aku? seorang budak skema yang memakai bingkai kaca mata yang tebal. hanyalah lelaki biasa. adakah layak untuk gadis bernama yoon hana?

tidak apa. demi mendapatkan hati yoon hana, aku sanggup buat apa sahaja. untukmu yoon hana, aku akan buat apa sahaja. walaupun ia melibatkan nyawa, aku sanggup berkorban untuk gadis yang aku cinta.

— kim doyoung .





sesudah menulis luahan hati ke dalam diari, doyoung pun menutup diarinya lalu menghela nafasnya. selepas itu, dia beredar dari kerusi dimana terletak bersama dengan meja belajarnya.

iphone 12 miliknya diambil. setelah itu, dia membuka aplikasi twitter. lalu dia mengtweet sesuatu.

selepas itu, dia meninggalkan phonenya sementara waktu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

selepas itu, dia meninggalkan phonenya sementara waktu. dia menuju ke arah meja belajarnya namun tidak sampai beberapa saat, kedengaran bunyi notification dari phone anak kim. doyoung pun segera melihat sama ada orang reply tweetnya atau sebaliknya.

 doyoung pun segera melihat sama ada orang reply tweetnya atau sebaliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

bunyi keluhan kedengaran. doyoung mencampakkan phonenya di atas katil lalu menghempaskan tubuhnya di atas katilnya.

wajahnya berubah menjadi sedih.

“ apa yang baik sangat kalau jadi good looking?

tanya doyoung namun pertanyaan itu tidak dijawab. suasana di dalam bilik anak bujang itu sepi tanpa suara.

hanya keluhan yang tidak habis-habis terkeluar dari mulut kim doyoung seakan itu sahaja yang mampu dia lakukan waktu ini.

“ mungkinkah hana seorang gadis yang tidak memandang appearance orang ? ”

“ - atau mungkin juga gadis cantik seperti hana ini sememangnya mempunyai high standard?? ”

sekali lagi, doyoung membisu selepas mengungkapkan kata. doyoung terdiam seribu kata. dia hanya memandang ke arah skrin phone nya yang masih bernyala menandakan masih ada yang reply tweetnya tadi.

dia tidak mengendahkan notifikasi yang diterima.

“ kalau aku terus berdiam begini, macam mana nak menang hati hana? seharusnya aku mencuba untuk mendapatkan hatinya walau bagaimana cara pun. kerana, aku tidak akan lepaskan orang yang aku suka. untukmu yoon hana, aku sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan hatimu ”

_______________________

suasana di bandar seoul sangatlah riuh pada malam itu. dimana kenderaan yang dipandu oleh warga negara itu sedang sibuk dan sesak seketika waktu.

namun keriuhan itu langsung tidak mengganggu sekumpulan gengster yang berlepak berdekatan di dinding mall yang dikunjungi ramai. mereka berada di tempat yang tidak ramai yang lalu agar lebih privacy untuk mereka.

salah satu dari member kumpulan samseng itu menyalakan api rokok. lalu berkata,

“ weh, yosh. kau dengar tak dekat sekolah kita ada pelajar baharu? ”

lelaki yang memakai leather jacket bersama tshirt hitam dan seluar jeans itu menoleh ke belakang. dia memandang ke arah membernya.

“ pelajar perempuan tu ke? pelajar baharu sebelah kelas kita tu ke? ” - balasnya.

“ tu lah aku nak katakan, yosh. aku dengar ramai dho classmate dia suka kat dia. cantik sangat. rasa macam rugi kalau kau tak try pikat dia. ” kata membernya lagi.

“ yoshi, yoshi. peluang emas ni lah kau kena guna. nanti terlepas lagi, sesal tak berguna. ” lagi satu membernya mencelah.

lelaki yang bernama yoshi itu tersenyum. tetapi lebih kepada smirk.

“ siapa saja nak tolak aku? ”

jelas kelihatan kekacakan pada wajahnya. seperti lelaki idaman semua anak dara. sekali pandang, terus tidak jenguh memandang!
lelaki berdarah jepun itu bersuara,

“ aku dengar nama dia yoon hana. adik yoon jaehyuk. ramai kata dia cantik, lawa, comel. aku nak jumpa dia esok. ”

“ good luck, yosh. aku harap kau dapat tambat hati yoon hana tu. kalau dia tak nak, aku kan ada ” sempat lagi member dia yang satu mengusik.

“ pft, kau ni cari nahas la, hyunsuk. kang dia belasah kau, sampai ke tua kau rongak. ”

dan mereka sekumpulan tergelak. yoshi yang tadi tersenyum-senyum pun mengatur niat untuk dilaksanakan keesokan hari.

yoon hana . . . ”

_____________

wtnabesruto yosahi__ CutieMeow375 llyxdv_
mirraeun sushiandcorgis yoshahi-

[ TAG for LOVE ] 💗

sorry kalau mana mana perkataan dalam chap ni ada typo and sorry for the late update. kinda busy with my rl 😔🌱

if you don't mind, can you support me by vomment? ( vote/comment )
i appreciate all of your support and love 🌸💘

thank you for reading!

✧ 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗿𝘆 ; 𝗼𝗳 𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 ♡ - kim doyoung [ SU ]Where stories live. Discover now