8. 𝑻𝒖𝒂𝒏 𝒐𝒌𝒆?

92 10 0
                                    

Di episode ni ada scene yang agak cringe jugak tau😭 Sorry gais. Apa boleh buat.

Agak seram jugak bila difikirkan balik, mana tak nye, otak aku masa sekolah menengah boleh berfikir dan buat jalan cerita secringe itu. Huhu. Tapi, tak teruk sangat pon sebenarnya. Lawak lagi adalah.

Apa-apa pun. Have fun. Don't take it seriously.

------------------------------------------------

~ Weekends ~

--------------------------------------------------

Hari sabtu Amsyar cuti, begitu juga dengan Nayla. Jadi masing-masing keluar buat hal masing-masing. Amsyar pagi-pagi hari lagi keluar pergi gym, manakala Nayla pula dia keluar dengan bestie dia. Macam biase, bile hari cuti jer Nayla mesti keluar dengan bff dia iaitu Adam.

Mesti korang pelik kan macam mane Nayla seorang yang menjaga batas pergaulan macam tu boleh berkawan rapat dengan seorang lelaki.

---------------------

Flash back

----------------------

Jadi macam ni cerita dia, Nayla dengan Adam ni kenal sejak sekolah rendah lagi.

Tapi masa sekolah rendah tu dorang berdua takde lah rapat sangat macam sekarang ni. Dorang kawan biase-biase jer.

Pada suatu hari, Adam dibuli oleh sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sama umur dan sama kelas dengan dorang.

Bile Nayla nampak jer Adam nak kena buli, Nayla pun memberanikan dirinya lalu dia pun mendekati Adam dan pembuli tersebut. Dengan beraninya, Nayla mengambil sebatang penyapu.

"Baik kau lepaskan Adam sekarang... Kalau tak aku pukul korang dengan batang penyapu ni." Nayla mengangkat batang penyapu tersebut lalu memberi isyarat seolah-olah ingin memukul budak-budak nakal itu.

"Pukul lahh.. Ingat kitaorang takut ker..." Pembuli tersebut menjelirkan lidahnya. Ugutan Nayla tadi langsung tidak memberi kesan kepadanya.

"Owhhh tak takut ehhh... Okey... Aku pukul ehh.. Korang jangan menyesal tauu... Kalau sakit jangan lupa cakap." Ujar Nayla, Kemudian dia pun mengangkat batang penyapu setinggi-tingginya lalu dia pun memukul salah seorang pembuli tersebut dengan sekuat hatinya. Bahagian bontot menjadi pilihan Nayla, sehingga menyebabkan pembuli tersebut mengadu kesakitan.

"Aduhh...." Pembuli tersebut menggosok-gosok bontotnya yang kena pukul dengan Nayla tadi.

"Sorry2... Sakit sangat ker?" Soal Nayla cemas. Nayla yang masih mempunyai sifat keperihatinan itu, dia mengigit giginya kerana takut pembuli itu mengalami kecederaan teruk kerana tindakannya.

"Sakitlah bodoh... " Jerit pembuli lelaki itu. Tangannya tidak henti menggosok-gosok bahagian bontotnya dengan harapan rasa sakit kerana dipukul tadi akan menghilang.

"Sorrylah... Aku bukannyer nak sangat pun pukul kau sebenarnya... Tapi kau yang cabar aku.... Jadi aku pukul lah." Jawab Nayla perlahan.

"Aku cabar olok-olok jelah bodoh... Yang kau pergi pukul aku betul-betul tu dah kenape?" Marah pembuli tersebut.

"Sorry... Tapi memang patut pun kau kena pukul dengan batang penyapu ni, sape suruh kau buli orang. Sekarang rasakan lah betapa peritnya derita orang yang kau buli tu." -Nayla.

LOVE YOU MY MAIDWhere stories live. Discover now