Semua lelaki dan beberapa peserta wanita yang terlibat dalam pertandingan sedang aktif bertanding dalam pelbagai jenis aktiviti. Separuh daripada mereka, termasuk Tuan Amsyar, terlibat dalam permainan bola sepak takraw, sementara yang lain bertanding dalam aktiviti seperti badminton, bola tampar, dan banyak lagi.Bagi peserta wanita, mereka bertanding dalam bola jaring dan bola tampar, dengan beberapa yang berminat dalam badminton juga turut menyertai. Bagi yang tidak terlibat dalam sebarang pertandingan, Amsyar telah mengarahkan mereka untuk menyiapkan makanan tengah hari. Nayla, bagaimanapun, tidak terlibat dalam tugas tersebut, jadi dia hanya duduk dan menyaksikan kesibukan di sekelilingnya.
Namun, Nayla tidak suka duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Dia lebih suka berkerja, walaupun tugasnya berat. Dengan semangat, dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah tempat memasak di bawah khemah yang terletak bersebelahan dengan khemah keberadaannya.
"Hai... Hmmmm. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Nayla menegur salah seorang wanita yang sibuk memotong sayur-sayuran.
"Hah, cik Nayla nak tolong?" balas wanita itu dengan wajah terkejut.
Nayla mengangguk perlahan, mengiyakan pertanyaan tersebut. Namun, sebaik sahaja Nayla mengangguk, wanita itu kelihatan gelisah. Dia memandang ke kanan dan kiri, mencari seseorang untuk membantu berurusan dengan Nayla. Malangnya, semua orang yang berada di situ sedang sibuk dengan tugasan masing-masing.
"Erk... Tak apa lah, cik Nayla. Rasanya tak ada apa-apa lagi yang perlu dibuat. Tinggal masak saja," kata wanita itu dengan nada selembut mungkin.
Dari riak wajah dan cara bicaranya, jelas wanita tersebut berasa canggung dan takut berdepan dengan Nayla. Malah, dia tak berani langsung untuk menatap mata Nayla.
*Nayla terdiam sejenak, keliru dengan tingkah laku wanita di hadapannya.*
Tiba-tiba, satu jeritan memecah suasana. "Farah!" Nama wanita itu dipanggil, menyebabkan Nayla spontan menoleh ke arah suara tersebut.
"Iya!" Farah menyahut dengan cepat.
"Dah siap ke kupas bawang?"
"Belum lagi!" balas Farah, sedikit tergesa-gesa.
"Kau ni kupas bawang ke buat bawang? Cepatlah sikit! Banyak lagi yang nak kena buat ni. Kang kalau Tuan Amsyar datang sini tengok tak start masak lagi, habislah kita semua kena marah!"
"Iya, iya... Sekejap lagi siap. Tinggal sikit je lagi." -Farah.
Tanpa berfikir panjang, Nayla melangkah menuju ke arah wanita yang sedang bercakap dengan Farah tadi.
"Hai... Saya dengar banyak lagi yang belum siap. Boleh saya tolong?" tanya Nayla dengan penuh sopan.
Wanita itu, yang sibuk dengan tugasnya, mendongakkan kepala sebaik mendengar suara Nayla.
"Ehh... Cik Nayla... Buat apa kat sini?" tanya wanita itu, dikenali sebagai kak Bella.
"Jangan panggil saya cik. Panggil Nayla saja," balas Nayla, sambil tersenyum manis.
Kak Bella tersenyum kecil dan mengangguk-anggukkan kepalanya. "Baiklah, Nayla. Buat apa dekat sini? Kenapa tak duduk kat sana sambil tengok buah hati awak main? Nanti dia merajuk pula," usiknya, sambil menahan tawa kecil.
Nayla tersipu malu. "Eh, taklah kak Bella... Amsyar bukan jenis macam tu."
"Sebenarnya, saya datang sebab bosan duduk sana. Tak buat apa-apa. Jadi, saya nak tolong," jelas Nayla lagi.
"Nayla nak tolong?" kak Bella bertanya untuk memastikan.
*Nayla mengangguk yakin.*
"Pandai ke?" kak Bella menguji.
YOU ARE READING
LOVE YOU MY MAID
RomantizmSyed Amsyar Arian seorang jejaka dingin yang tidak pernah bercinta ataupun jatuh cinta dengan mana-mana gadis pun sebelum ini. Di dalam hidupnya tidak ada benda lain selain kerja, kerja dan kerja. Namun, kehidupannya mula berwarna setelah kehadiran...