1. 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂

98 5 0
                                    

Seorang wanita yang sedang terbaring di atas katil, menatap kosong siling rumahnya dengan tatapan yang seperti menyimpan seribu satu masalah yang sukar untuk diselesaikan. Lengannya mula naik menutup kedua belah matanya.

"Huh... Ya Allah. Bantulah hambamu ini... Aku buntu." Keluh wanita tersebut dengan nada suara sayu.

"Aku tak tahu nak buat ape lagi. Dah macam-macam kerja aku apply."

"Tapi... Takde satu pun yang dapat."

"Duit tinggal berapa ringgit jer lagi dalam wallet. Cukup untuk isi perut aku seminggu dua jer. Itupun kalau makan roti. Kalau makan nasi?"

"4 Hari jer..." Kata Nayla dengan nada suara yang seperti hendak menangis.

Nayla bangkit daripada baring lalu dia pun menggapai telefon bimbitnya sebaik sahaja dia mendengar bunyi deringan kuat daripada telefonnya itu.

"Hello. Assalamualaikum."

"Iya... iya. Baiklah. Kejap lagi saya sampai." Ujar Nayla lalu tanpa membuang masa, dia pun terus berlari ke sana ke mari bersiap-siap untuk keluar.

Nayla pergi ke tempat yang ditujunya menggunakan basikal. Kalau nak naik teksi ataupun grab, dia mana ada duit untuk menaiki kemudahan itu. Sesampai sahaja di tempat yang dijanjikan, Nayla meletakkan basikalnya di tepi dinding sebuah bangunan kedai 2 tingkat.

Tanpa membuang masa, Nayla terus berjalan ke sana ke mari sambil mengutip tin2 dan kotak2 yang terletak di dalam tong sampah ataupun di atas lantai. Ia, inilah pekerjaan Nayla untuk menyara hidupnya. Biarlah pekerjaannya dipandang serong oleh orang di sekeliling, dia tidak peduli. Yang penting, dia dapat teruskan hidup walaupun kehidupannya itu amatlah perit.

Nur Nayla Amani Binti Ismail (23), seorang gadis miskin yang kehilangan kedua orang tuanya ketika dia masih berumur 16 tahun. Dia merupakan anak tunggal, hidupnya sebatang kara semenjak kehilangan orang tuanya. Habis sahaja SPM, dia terus cari kerja untuk meneruskan kehidupannya.

Nayla tersenyum lebar apabila melihat hasil kutipannya hari ini. "Alhamdulillah, bertambah lagi rezeki aku, kalau di tengok-tengok, boleh dapat dalam 10 ringgit ni, masyukk." Kata Nayla teruja. Tiba-tiba matanya sepantas kilat beralih ke arah seorang wanita yang berada tidak jauh di hadapannya.

Matanya membulat besar apabila melihat wanita tersebut terjatuh dan terduduk di atas jalan tar. Nayla berlari mendekati wanita tersebut. "Akak. Akak oke tak ni?" Kata Nayla khawatir.

Wanita tersebut mendonggakkan kepalanya menatap Nayla yang terlihat jelas kerisauannya. "Okey... Saya okey. Cik Jangan risau." Kata wanita tersebut lalu berusaha untuk bangkit daripada duduk. Nayla menghulurkan tangannya untuk membantu wanita tersebut lalu bantuannya mendapat sambutan daripada wanita itu.

"Terima kasih cik...."

"Nayla, panggil saya Nayla je."

"Terima kasih cik Nayla..."

"Eh tak, jangan panggil cik, panggil Nayla je. Buang sebutan, cik tu. "

Wanita tersebut tergelak kecil, "Baiklah Nayla."

Nayla yang sedari tadi tersenyum kepada wanita tersebut, senyumannya memudar serta merta sebaik sahaja dia teringat akan tin2 dan kotak yang dikutipnya tadi. Nayla memalingkan kepalanya ke belakang untuk melihat barang-barang yang ditinggalkannya di belakang.

"Ya Allah! Rezeki aku!" Jerit Nayla sebaik mendapati kesemua barang-barang yang ditinggalkannya di atas jalan hilang sekelip mata sahaja. "Tak sampai lima minit pun aku tinggalkan benda tu, terus lesap macam asap eh. Laju betul eh korang buat kerja." Bebel Nayla pada dirinya sendiri kepada orang yang sudah membuat lari barang yang merupakan punca rezekinya.

"Nayla. Kenapa ni? Ada yang tak kena ke?" Tiba-tiba wanita itu bersuara membuatkan Nayla tersentak daripada lamunannya yang penuh dengan amarah.

"Eh, tak adalah kak. Tak ada apa-apa pun." Jawab Nayla yang tidak ingin berterus terang hal yang sebenar pada wanita itu.

"Betul ni?" Soal wanita itu lagi dan disambut anggukan pantas daripada Nayla. "Okelah kalau macam tu, Akak mintak diri dulu yer, akak ada kerja yang belum settle lagi ni."

"Ni kad akak, kalau Nayla perlukan bantuan akak, call aje akak guna nombor pada kad tu ye. " Kata wanita itu lalu berlalu pergi meninggalkan Nayla seorang diri. Sebelum wanita itu meninggalkan Nayla, dia sempat memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

"Aik, tadi akak tu cakap nama lain. Tapi nama pada kad ni nama lain pulak. Nama lelaki pulak tu. Pelik."

"Akak ni tersalah bagi kad ke ape..."

"Ah lantak la, bukannya aku akan pakai pon kad ni. Masalahnya sekarang ni, sape yang ambik tin dan kotak-kotak yang aku kutip? Tak ada hati perut betul lah siapa yang ambik tu " Monolog Nayla sambil memasukkan kad tersebut ke dalam poket seluarnya.

"Huhh.... Takpelah. Nak buat macam mana lagi, memang takdir aku dah tertulis macam ni. Apa boleh buat." Nayla mengeluh lalu menyambung kegiatannya mencari tin dan kotak-kotak yang boleh dia jual.

Dirumah [ 10:30 PM ]

Mata Nayla membulat besar sebaik sahaja dia mendapat notification daripada seseorang yang menghantar e-mail kepadanya. Dengan pantas, Nayla membuka e-mail tersebut untuk melihat isi kata yang tertulis di dalam e-mail tersebut.

Mata Nayla mula berair, jantungnya berdegup kencang. Perasaan bahagia yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata mula muncul sebaik dia membaca isi kandung e-mail tersebut.

"Alhamdulillah... Ya Allah... Terima kasih ya Allah"

"Akhirnya..... Akhirnya, aku dapat jugak kerja. Walaupun kerja macam ni pon. Aku tak kesah. Yang penting, kerja tu halal dan dapat menghasilkan duit untuk aku terus bertahan hidup di dunia ciptaan Mu ini." Kata Nayla. Air mata yang jatuh setitis demi setitis dibiarkan membasahi pipinya.

.
.
.
.

🐰𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆🐰

LOVE YOU MY MAIDWhere stories live. Discover now