XL 01

1.6K 85 0
                                    

Tak senang duduk jadinya Murni apabila diperhatikan sebegitu rupa. Dia membelek pakaian yang dipakainya takut-takut ada kotoran atau koyakkan, tetapi semuanya masih lagi sempurna. Niat di hati untuk membuka tas tangannya lalu mengeluarkan cermin, memastikan wajahnya tiada cela, terpaksa dimatikan kerana nampak sangat ketaranya.

Sumpah, inilah last aku naik LRT.

Sebenarnya Murni sudah biasa diperhatikan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Tetapi kebanyakkannya dengan pandangan menghina atau menyindir. Dia sedar yang dirinya tidak secantik gadis lain. Satu-satunya yang boleh dibanggakan pun ialah kulit putih gebunya. Murni melepaskan satu keluhan berat sehinggakan gadis manis yang duduk di sebelahnya pun mengangkat kepala, menoleh ke arahnya. Murni melemparkan senyuman nipis ke arah gadis itu sebelum dia tunduk semula, menumpukan perhatian ke skrin telefonnya.

Murni memberanikan diri melihat ke arah bertentangan dengannya. Lelaki itu masih memandangnya. Nasib baik di belakang lelaki itu, tertampal di dinding LRT, poster kempen larangan merokok yang Murni yakin, tidak diendahkan pun.

Rambut hitam keperangan. Kacukan kot. Kulit pun cerah walaupun tak secerah aku. Badan jangan cakaplah, sado gitu. Muka pun memang layak jadi model. Kalau berdiri, sah-sah lebih tinggi dari aku. Tall, dark and handsome gitu. Tapi apesal dia asyik tengok aku hah?

Murni mengalihkan pandangannya, membuka buku di tangan. Tapi fikirannya melayang ke masa lampau. Semasa kecil, Murni terkenal sebagai gadis comel. Sejak kematian ibu sebelum dia melangkah ke sekolah menengah, Murni banyak menghabiskan masa bersendirian, merawat dukanya dengan makanan. Dan hasilnya, dia bukan lagi gadis comel tetapi gadis tembam.

Bukan Murni tidak berusaha untuk menurunkan berat badan, tetapi dia kalah dengan nafsu makannya. Ditambah pula ayahnya yang selalu memanjakannya memandangkan dia anak tunggal dengan arwah ibu. Ibu tirinya turut memberi galakkan dia menurunkan berat badan, mahukan dia mengambil adik-adiknya sebagai contoh tetapi dia tetap kalah dengan nafsu. Dan akhirnya, saiz terkininya ialah XL dengan berat mencecah 90kg. Saiz dadanya saja sama dengan saiz pingganganya, 36 inci. Saiz punggung tentulah lebih lagi. Murni melepaskan satu keluhan.

"Assalamualaikum, apa khabar?"

Murni mengerdipkan kelopak matanya. Dahinya berkerut. Aku ni dalam mimpi ke? Dia membuat keputusan untuk tidak mengendahkan suara itu, lalu menyelak buku yang dipegangnya ke halaman berikutnya.

"Saudari, tak jawab salam, dosa tau."

Pantas Murni mendongak kepala, menoleh ke arah gadis yang duduk di sisinya, cuma bezanya gadis itu telah tiada dan tempatnya telah diganti oleh jejaka tampan yang memerhatikannya sedari tadi. Lelaki itu melihat ke arahnya dengan senyuman terukir di bibir.

"Err wa'alaikumsalam," jawab Murni sedikit was-was.

Lelaki itu mengulurkan tangan. "Saya Aiman Iskandar. Saudari boleh panggil saya Iskandar"

Murni menurunkan pandangan matanya ke arah tangan yang dihulurkan sebelum dia mengangkat semula matanya, bertembung dengan pandangan mata lelaki itu.

"Saya Murni."

Iskandar menurunkan semula tangannya yang tidak bersambut. "Murni nak ke mana?"

Lama Murni mendiamkan diri. Dia masih was-was dengan niat lelaki ini. Tetapi perasaan ingin tahunya mengatasi perasaan ragunya.

"Saya nak ke Suria KLCC. Famili saya tunggu di situ," jawab Murni.

Iskandar menganggukkan kepalanya. "Sehaluanlah kita. Saya pun nak ke situ juga. Bolehlah saya temankan Murni."

Murni mendiamkan diri selepas itu. Nasibnya baik kerana Iskandar turut mendiamkan diri. Dalam hati, dia berdoa supaya destinasi yang dituju cepat sampai. Dia tidak betah duduk di samping lelaki tampan itu.

[Cahaya Cinta #4] Cinta Lebih SaizWhere stories live. Discover now