XL 06

1.1K 68 0
                                    

Iskandar memandang kekasihnya dengan rasa sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi. Tidak ada wanita yang lebih sempurna untuk dijadikan suri hidupnya selain dari Murni. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Murni. Tentu sekali pincang. Walaupun berpeluh-peluh dan tercungap-cungap, pada pandangan mata Iskandar, Murni comel sekali.

"Saya dah tak larat la abang. Ini bukan kuruskan badan. Ini membunuh namanya," rengek Murni.

"Sayang, nak dapatkan tubuh yang sihat, kenalah usaha lebih sikit. Badan besar tak apa asalkan jangan obesiti. Itu yang bahaya pada jantung," pujuk Iskandar.

Murni meneruskan lariannya di atas treadmill. Sesekali dia melemparkan pandangan mohon simpati ke arah Iskandar. Iskandar menggelengkan kepalanya apabila itu berlaku. Dia tidak mahu Murni berputus asa. Ketinggian dan berat badan Murni telah menyebabkan BMInya mencecah paras obesiti. Iskandar tidak mahu Murni mendapat penyakit yang sebenarnya boleh dielakkan.

Selepas dua jam, barulah Iskandar menghentikan rutin mereka sejak seminggu lepas. Selang sehari, mereka akan berada di gim, di mana Iskandar sudah menjadi ahli sejak dia kembali ke Malaysia.

"Sayang rehat dulu lima minit baru minum air ni," kata Iskandar lalu menghulurkan sebotol minuman kepada Murni.

Murni hanya mampu menganggukkan kepala. Dia sudah tiada tenaga walaupun hanya untuk bercakap. Iskandar turut melurutkan badan di dinding, duduk di sebelah Murni. Sebelahnya tangannya meraih tangan Murni.

"Abang kalau tak pegang saya, tak boleh hidup ya?" tanya Murni selepas nafasnya kembali normal.

Iskandar tertawa kecil. Dia tahu salah dirinya. Bersentuhan dengan bukan mahram. Entah berapa banyak dosa yang dikumpulkannya sepanjang tempoh perkenalannya dnegan Murni.

"Itu sebab abang nak kita halalkan hubungan kita. Biar abang boleh sentuh sayang tanpa batasan walau di mana pun," balas Iskandar. Tangan Murni dilepaskannya. Dia menghormati prinsip gadis kesayangannya.

"Okay, bila BMI saya dah turun dari paras obesiti, abang hantar rombongan," kata Murni.

Iskandar terdiam. Tidak disangkanya impiannya akan jadi kenyataan tak lama lagi. "Sayang janji?"

Murni menganggukkan kepala. "Ya, saya janji."

Kalau tak difikirkan hubungannya dengan Murni masih ada batasan, sudah tentu Iskandar akan memeluk gadis itu. Ahli keluarganya pasti akan gembira. Sejak kali pertama bertemu Murni, mereka turut terpikat dengannya. Ada sesuatu pada keperibadian Murni yang mampu memikat sesiapa saja. Dan Iskandar bertuah kerana gadis itu bakal menjadi milik mutlaknya.

"Kalau begitu, kita kena tingkatkan lagi usaha," kata Iskandar. Terbeliak mata Murni. Iskandar tertawa kecil. "Sayang jangan risau, abang takkan ubah rutin sayang sekarang. Tapi mulai sekarang, sayang tak boleh merungut lagi okay?"

Murni mencebir bibir. "Okay."

"Sayang rehat dulu. Bagi abang setengah jam untuk angkat berat ya," pinta Iskandar.

"Lebih dari setengah jam, abang kendong saya ke bawah. Saya dah nak tertidur dah ni," balas Murni.

Iskandar hanya mampu tersenyum dengan kerenah kekasih hatinya. Dia bangun lalu mendapatkan rakan baiknya di gim itu.

"Sorry Peter, aku lewat," katanya sambil menepuk bahu lelaki berketurunan Cina itu.

"Small matterlah," balas Peter. "So, how's your honey-bun's training?"

Iskandar tersenyum dengan usikkan dari Peter. "Okay. Kurang sikit lagi berat badan dan kami boleh kahwin."

"What?" nada suara Peter naik satu oktav.

"Yes my friend, honey-bun aku dah setuju kahwin dengan aku," balas Iskandar.

Peter pantas berjabat tangan dengan Iskandar, mengucapkan tahniah. Rakan lain yang mendengar perbualan mereka turut melakukan perkara yang sama. Isknadar tersenyum lebar. Matanya tidak lepas memandang kekasih hati yang makin lama, makin rapat kelopak matanya.

[Cahaya Cinta #4] Cinta Lebih SaizWhere stories live. Discover now