Ayra menggenggam tangan Jeffery daripada belakang. Sedikit pun Jeffery tidak menoleh kearah belakang. Suram mendung menghiasi wajah Ayra.
" Ayra rindu Jeffery." Butir airmata membasahi pipi. Tangan Ayra memaut erat celahan jari Jeffery.
" Tapi aku tak." Jeffery cuba untuk menarik tangannya daripada dipegang oleh Ayra. Kasar dan dingin. Jeffery berpaling menghadap Ayra.
" Tapi kenapa?"
" Sebab aku tak cintakan kau."
" Tapi Ayra isteri Jeffery."
" Isteri atas kertas sahaja."
Ambil pisau, tikam lah dada ini. Ayra tak mampu mendengar kalimat itu. Sungguh menyakitkan.
" Sampai hati Jeff cakap macam tu." Airmata Ayra mengalir deras.
" Aku tak peduli dengan apa yang kau rasa."
" Lepa- " Belum Ayra menghabiskan ayatnya. Jeffery sudah memintas.
" Aku akan lepaskan kau, tunggu surat cerai."
DEG!
Ayra gelengkan kepala. Dia tak mahu berpisah dengan Jeffery. Dia terlalu sayangkan Jeffery. Jeffery adalah segalanya.
" Ayra ikhlas sayangkan Jeffery. Jangan tinggalkan Ayra."
" Sebab aku dah kurus baru kau ikhlas sayangkan aku? Dulu masa aku gemuk kau tak ikhlas lah sayang aku? Tadi kau baru aja minta aku lepaskan kau bukan?" Mata Jeffery mencerlung keanak mata Ayra.
Sekali lagi Ayra gelengkan kepala menidakkan tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki yang menyandang status suaminya. Dia tak bermaksud meminta lepaskannya.
Hi guys, this is my newbaby. Please give some support please. I will update more soon. Kali ini author kembali lagi dengan fan fiction. Author ambil Jaehyun NCT sebagai watak utama fan-fiction kali ini. ❤️
YOU ARE READING
Sayangku Encik Chubby
RomanceFizikal bukan ukuran, Ayra ikhlas mencintai Jeffery walaupun fizikal lelaki itu tiga kali ganda daripadanya. Ayra tak peduli, dia tetap nak lelaki itu. Ayra tak kisah jika orang menganggapnya hanya nak ambil kesempatan keatas lelaki itu. Bagi Jeff...