7

104 10 0
                                    

Mata Encik Nujaid tak lepas memandang Datin Juhaiza dan Datuk Jamian ketika dua orang ada nama berkunjung kerumah kecil mereka. Mereka berdua datang serta beberapa ahli rombongan yang lain. Tujuan mereka adalah ingin meminang Ayra. Memandangkan ibubapa Ayra masih lagi hidup jadi mereka haruslah bertemu dengan ibubapa Ayra, Maksu Suraya juga berada disitu. Wanita itu takkan melepaskan peluang untuk menghadiri acara yang penting.

Maksu Suraya sudah sedia maklum dari awal tentang hajat Datin Juhaiza tapi tidak pada Ayra, Ayra tidak tahu menahu tentang apa-apa acara untuk hari ni. Yang pasti, mereka tetap nakkan Ayra jadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Maksu Suraya sudah boleh menarik nafas lega tatkala anak angkat kesayangannya itu dimiliki , tiada lah dia risau jika dia keluar rumah untuk bekerja dalam waktu yang lama.

" Sebelum korang nak cakap apa-apa, aku nak cakap dulu. Aku boleh serahkan anak kau pada kau tetapi aku nak hantaran sebanyak 100k ."

Membulat semua mata memandang Encik Nujaid tatkala lelaki itu berkata begitu.

Maksu Suraya membantah.

" Abang!!!! Jual anak ke?" Pekik Maksu Suraya.

" Kau diam. Ini hak aku, aku ada hak nak untuk tentukan." Pekik Encik Nujaid semula.

Datin Juhaiza gelengkan kepala melihat tingkah dua beradik itu. Dia juga terkejut dengan permintaan lelaki itu tapi dia bereaksi dengan tenang.

Betul kata Jaffan, Encik Nujaid memang seorang pentingkan diri sendiri dan tak berguna. Sudah lah dia sisihkan anak itu dari kecil malah dia meminta hantaran yang sangat tinggi.

" Macam ini lah, bagi kami masa untuk berbincang dengan anak saya tentang hantaran 100k itu." Ujar Datuk Damian.

" Kata orang kaya takkan setakat 100k tak mampu? Benda celah gigi aja. Kau ada duit, kau ambil lah budak tu . Kalau tak ada duit, kau blah."

Puan Najwa hanya diam dan tak membantah, jika dia membantah buruk padahnya. Hanya dia saja tahu betapa keras perangai Encik Nujaid. Tiada siapa boleh melarang tatkala lelaki itu bersuara.

" Kami faham maksud Encik. Kami tak ada masalah tentang jumlah hantaran itu tapi biarlah kami beritahu kepada anak kami dahulu . Jika dia setuju dengan jumlah tersebut, kami akan beritahu Encik semula." Ujar Datin Juhaiza lembut.

" Baik kalau macam tu, aku beri masa seminggu untuk kata putusnya."

*

" Gila ke? Jual anak? Dah lah tak pernah nak ambik tahu kebajikan budak tu lepastu hantaran nak tinggi. " Jaffan terkejut tatkala mendengar yang Encik Nujaid mahu hantaran setinggi itu. Encik Nujaid memang main gila.

Datin Juhaiza hanya jungkit bahu manakala Datuk Damian masih dengan dunianya, merenung nasib apa yang bakal terjadi.

Jeffery pula seperti Datin Juhaiza, bereaksi tenang. Namun tenang dia ada isi.

" Jeffery tak ada masalah tapi ada syarat harus dibayar." Ujar Jeffery dalam nada tenang.

" Apa maksud Jeff?" Soal Datin Juhaiza.

Jeffery tak menjawab malah dia hanya tersenyum sungging. Jeffery angkat punggung dari sofa lantas keluar rumah.

" Ish budak ni kita tanya, dia tinggalkan kita macam tu saja." Ujar Datin Juhaiza bengang.

" Adalah tu plan dia, lagipun awak bukan tak kenal anak awak tu. Kalau bercakap dengan dia , belum habis lagi dia dah pergi."

Datuk Damian tahu mesti ada sesuatu yang bermain difikiran Jeffery. Dia kenal anak sulungnya, sebelum berbuat sesuatu pasti akan fikir dahulu. Dia tahu Jeffery bijak orangnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayangku Encik ChubbyWhere stories live. Discover now