Ayra meletakkan secawan mug kopi dihadapan Maksu Suraya kepada wanita berumur 3 dekad itu. Mereka duduk diatas kerusi sambil menikmati suasana malam di balkoni condo.
" Hmmm maksu." Ayra menoleh memandang wajah Maksu Suraya.
" Ya?" Maksu Suraya berbalas pandang.
" Boleh Ayra tanya sesuatu ?" Ayra mengigit bibir bawahnya.
" Apa dia?"
Ayra hela nafas berat. Mulanya dia tak ingin ambil tahu kenapa dia diserahkan kepada Maksu Suraya tapi sekarang dia perlu tahu puncanya sehingga dia digelarkan anak haram oleh bapa kandungnya sendiri.
" Betul ke Maksu ambil Ayra bukan sebab ibu ayah tak mampu tapi ada sebab lain jugak kan? Kenapa ayah panggil Ayra ni anak haram? Ayra ni bukan anak dorang ke? Kalau bukan kenapa nama Ayra mesti berbintikan Nujuad " Soal Ayra tanpa ragu.
Dia perlu tahu kebenaran. Maksu Suraya tergamam bila abang iparnya menggelarkan Ayra anak haram. Ya Allah, sudah hilang keimanan ke abang iparnya tu?
Maksu Suraya hela nafas berat. Mata dipejamkan seketika sebelum menjawab soalan daripada Ayra.
" Ayra bukan anak haram, Ayra anak dorang yang sah nak."
" Habis tu kenapa Ayra dipanggil anak haram?" Tubir mata Ayra sudah mengalirkan airmata.
"Sebenarnya, Maksu ambil Ayra bukan sebab ibu ayah tak mampu. Dorang mampu je jaga Ayra tapi atas kesilapan dulu mereka tak nak jaga Ayra."
" Kesilapan apa?"
" Sebenarnya , Ayra anak bunting pelamin. Tak sampai dua bulan kahwin . Ibu Ayra mengandungkan Ayra . Orang dulu Ayra biasa lah, bukannya educated sangat. Orang sekeliling menuduh ibu ayah Ayra sudah buat maksiat dulu sebelum kahwin. Ayah Ayra pulak rasa benda tu betul dan menganggap ibu dah bunting dulu sebelum kahwin dan menfitnah ibu buat maksiat dengan orang lain.
Jadi berlaku perselisihan faham antara mereka sampailah Ayra lahir. Ibu Ayra tekanan perasaan, dia terpaksa jauhkan Ayra daripada ayah Ayra sebab sikit pun ayah Ayra tak pedulikan Ayra dan pernah hampir nak pukul Ayra ketika Ayra masih bayi lagi. Ibu Ayra bukan tak nak susukan Ayra cuma susu dia tak ada masa tu akibat tekanan yang dialami.
Mereka tu tak belajar tentang kitaran haid dan cara pengiraan hari terakhir period sebab tu jadi macam tu. Berdendam sangat pada anak sendiri sampai dewasa. Ibu Ayra bukan tak sayang Ayra cuma dia tersepit diantara suami dan anak saja."
Ayra tergamam mendengar penjelasan Maksu. Dia tak mampu nak balas apa-apa. Fikirannya kosong, kerana masalah sepele saja. Dia jadi mangsa keadaan namun dia bersyukur Maksu masih sudi menjaganya.
" Sebab itu Maksu ambil Ayra sebab Maksu tak ada anak. Maksu tak rasa Ayra anak haram pun sebab Maksu tahu lah sikit-sikit ilmu perubatan ni."
Ayra memeluk batang tubuh Maksu Suraya, begitu besar pengorbanan Maksu, bayangkan kalau Maksu tak ambil keputusan untuk menjaga dia. Entah hidup entah mati dia ditangan ayahnya.
" Terima kasih Maksu sebab sudi jaga Ayra."
" Sama-sama Sayang. Maksu tak pernah anggap Ayra anak buah malah Maksu anggap Ayra dah macam anak sendiri tau."
Malam itu mereka berpelukan sambil berendam air mata.
*
Jaffan melihat Ayra sedang duduk termenung sambil menompang dagu disalah sebuah meja didalam kelas mereka.
Jaffan ingin menganggu lamunan Ayra, dia dengan sengaja menghempas buku tebal Bussiness Management dihadapan Ayra sehingga membuatkan Ayra terkejut besar. Tiba-tiba saja dikejutkan dengan sebegitu rupa.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Chubby
RomanceFizikal bukan ukuran, Ayra ikhlas mencintai Jeffery walaupun fizikal lelaki itu tiga kali ganda daripadanya. Ayra tak peduli, dia tetap nak lelaki itu. Ayra tak kisah jika orang menganggapnya hanya nak ambil kesempatan keatas lelaki itu. Bagi Jeff...