6

52 6 1
                                    

Melihat kebisuan Ayra sejak kebelakangan ini membuatkan Jaffan tak senang duduk. Bohong lah kalau dia tak rindu dengan keletah Ayra. Sejak peristiwa Jeffery 'bahasa' kan Ayra. Sejak itu, Ayra seakan menjauh daripadanya. Sudah tak mahu bercakap dengannya sangat. Malah didalam kelas mereka bagai orang asing. Ayra sering mencari alasan untuk menjauhinya. Tugasan assignment berkumpulan pun Ayra hanya hantar report melalui email saja pada dia. Di aplikasi whatsapp pula, Ayra hanya balas benda yang penting saja. Call? Jauh sekali, gadis itu tak pernah mengangkat sebarang panggilan daripadanya.

Jaffan mengusutkan kepalanya. Dia akui bukan Ayra saja kawan yang dia ada tapi Ayra hanya ada kawan dia seorang saja.

Jeffery mengelengkan kepala melihat kekusutan adik lelakinya.

' Macam mati bini' Desisnya didalam hati.

Jeffery menghampiri Jaffan yang berada di tepi kolam ikan koi. Dia hulurkan secawan cup berjenama Zus, kegemaran Jaffan.

Jaffan menyambutnya dengan muka mencuka.

" Favourite Ayra." Ujar Jaffan saat melihat label perisa yang tertera di cup itu. Dia tahu benar kegemaran Ayra.

" Sudah lah dik. Nampaknya, dia sedar diri dan boleh jauhkan diri daripada kau . Kalau suka cakap saja dengan dia. Tak ada muka tu macam mati bini." Ujar Jeffery selamba.

" Tak ada maknanya nak suka dia lagipun dia suka orang lain dan Jaffan suka orang lain."

Kalau abangnya tahu yang dalam hati Ayra hanya ada manusia bernama Muhammad Jeffery sudah pasti lelaki itu akan hantar satu batalion mulut puaka untuk menyerang Ayra.

" Dah tu ? Apa nak risau kan lagi kalau hati masing-masing tak searah."

" Abang tak faham bila hilang kawan tu. Kasihan dia tau, mesti dia sunyi. Sudah lah kawan dia Jaffan seorang aja." Kepala digelengkan lemah.

" Mana ada sunyi, dia sibuk buat part-time kat outlet Zus. Ni tadi abang beli pun abang terserempak dengan dia. Bila dah kerja tu, ada lah kawannya nanti tu."

Jaffan menoleh, dia tak tahu pula yang Ayra sudah mula bekerja. Baru dia teringat yang tempoh hari Ayra ada mencari kerja sambilan. Benarlah, Ayra sudah mahu berdikari sendiri. Nampaknya semakin jauh lah hubungan persahabatan mereka.

" Kau tak payah nak tayangkan muka kelat kau tu. Macam ayam berak kapur pulak."

" Mana ada!!"

*

Ayra duduk diatas tangga bangunan kedai sambil menunggu grab dihadapan outlet tempat dia bekerja. Ayra menompang dagu sambil menunggu dengan bosan. Selalunya awal saja grab sudah sampai entah kenapa malam ini lambat pulak grab sampai. Ayra termenung jauh sehingga dia tidak perasan yang ada sebuah kereta sudah berada dihadapannya.

PIN!!!!!!!!

Bunyi hon kereta berjenama Audi A6 yang bertalu serta bingit secara tiba-tiba mematikan lamunan Ayra. Ayra menutup telinganya dan melihat sebuah kereta yang sangat dia kenali membuatkan dia terus bangkit berdiri seiring dengan Ayra berdiri, hon yang dibunyikan juga berhenti.

Sosok yang dikenali keluar daripada kereta, sosok Jeffery yang tiba-tiba saja muncul.

" Kau tunggu siapa?" Soal Jeffery.

" Grab."

Ujar Ayra lalu melihat aplikasi grab, Ayra tepuk dahi dan memaki diri sendiri. Patutlah dia tunggu lama rupanya dia belum tekan booking. Agaknya dari tadi dia tak perasan. Ini kalau terus menunggu memang dia akan tidur disini. Belum sempat Ayra nak tekan booking, Jeffery sudah bersuara.

Sayangku Encik ChubbyWhere stories live. Discover now